::Ahlan Wa Sahlan::

::Wahai Pemilik Ilmu::

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure she carries, or the way she combs her hairs. The beauty of a woman must be seen from her eyes. Because that is the doorway to her heart, The place where love resides. The beauty of a woman is not the facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is caring that she lovingly gives, The passion that she shows. The beauty of a woman, With passing years-only grows..."

Sunday, December 9, 2012

Dilema Persatuan Dan Organisasi-02


MERUNGKAI DILEMA DAN KEMELUT RASA...


Bismillah wa hamdan syukran lillah.. 
Pada entri yang lepas saya ada memberi beberapa situasi yang berlaku dalam kalangan ahli dan pimpinan persatuan, bila dan di mana sahaja, selaga ia melibatkan satu kata yang membawa maksud organisasi dan persatuan. Namun demikian, jawapan saya mungkin agak fokus pada kondisi di mana saya berada, berdasarkan tahap ilmu yang saya miliki. Jika ada kesilapan, teguran dan pembetulan sangat diraikan. Semoga ada manfaat buat kita semua...


Situasi 1 :
A : "Penting ke Persatuan?"
B : "Kenapa tanya soalan yang pelik tu?"
A : "Apa kaitan antara Islam dan Persatuan? Ada dalil ke yang mewajibkan kita bepersatuan?"
B : "Errrr..."




*Persoalan : Kenapa kita perlu bepersatuan? Apa kaitan antara Islam dan persatuan?


Ya. Benar. Tiada dalil qat’ie yang mengatakan wajibnya bepersatuan. Sama dengan tidak ada dalil yang mengatakan wajib memakai tudung. Benar, memakai tudung tidak wajib, yang wajib adalah menutup aurat. Tudung dan yang seangkatan dengannya hanya wasilah. Maka, pada zaman ini, jika hanya dengan memakai tudung, aurat itu mampu ditutup, maka wajiblah memakai tudung. Ada yang bertanya, bolehla memakai selendang, masih menutup aurat kan? Jawapannya, silakan, jika selendang itu tidak menampakkan bentuk sanggul, tidak tipis, mampu ‘cover’ sebahagian besar bahagian belakang dan dada, tidak menampakkan ‘serpihan-serpihan’ rambut, bukan warna yang boleh menarik perhatian lawan jenis. Tapi persoalannya, adakah selendang hari ini yang menepati kehendak menutup aurat yang telah digariskan Islam? Adakah kepelbagaian tudung dan selendang hari ini mampu ‘cover’ batasan berfesyen yang digariskan Islam? Kerana jangan dilupa, dalam Islam ada satu prinsip "Al-Ghoyah laa tubarrirul wasiilah" atau maknanya "Matlamat tidak menghalalkan cara".

Saturday, December 8, 2012

Dilema Persatuan dan Organisasi...



DILEMA DAN KEMELUT RASA...


Situasi 1 :
A : "Penting ke Persatuan?"
B : "Kenapa tanya soalan yang pelik tu?"
A : "Apa kaitan antara Islam dan Persatuan? Ada dalil ke yang mewajibkan kita bepersatuan?"
B : "Errrr..."


Situasi 2:
A : “B, aku dilantik jadi AJK untuk Biro Dakwah la..”
B : “Ha? AJK? Hahahaha... Engkau biar betul. Apa yang diorang nampak pada ko ni?”
A : “Tu la. Aku pun tak tau. Jangankan AJK,  jadi KD program pun aku tak reti mana. Manala pernah aku join organisasi ni. Persatuan jauh lagi. Biro Dakwah pulak tu. Macam pelik je.”
B : “Aiy, dah lupe ke? Bukan engkau jugak ke yang tak berapa nak suka persatuan? Bukannya set-set persatuan dan yang seangkatan dengannya tu bagi ko, benda alah?”
A : “Tu la. Aku pun tak tahu jugak ni.”
B : “Dah tu, ko nak terima ke tak?”
A : “Aku pun tak tahu.”
B : “Hahaha, macam pelik je kau ni. Biasanya bukan alah lagi kalau sebut pasal persatuan. La ni, dah serba salah pulak? Aiiiy, macam ada yang tak kena je ni. Ko dah kena sampuk ke ape?”
A :  “Ko... janganla cakap macam tu. Aku bukan apa, tadi kata-kata si C tu agak berbekas jugak la dalam kepala aku ni.”
B : “Ok2. Dia kata apa?”
A : “Masa aku cakap dekat dia, wajib ke bepersatuan ni? Aku tak layak la. Tak ade pengalaman berorganisasi ni. Cari orang lain la ea.”
A : “Lepas tu, ko tau dia cakap apa? Dia cakap, Islam tak perlukan kita, tapi kita yang perlukan Islam. Jangan fikir soal pengalaman, sebab Allah tak pilih orang yang hebat untuk jadi pembantu agama-Nya. Tanpa kita pun, Allah dah sedia Hebat dan Maha Agung. Tapi Allah pilih hati-hati tertentu untuk menjadi sebahagian dari penolong dalam perjuangan dakwah Islam. Maka, kitalah yang rugi jika kita menolak tawaran untuk jadi sebahagian dari penolong agama Allah. Kami dah tawarkan pada kalian, terserah kalian jika mahu turut serta atau tidak untuk jadi sebahagian dari ‘team’ ni. Tapi ingat, bukan kami yang pilih. Allah yang pilih kalian, cuma diilhamkan pada kami. Fikirlah elok2. Semoga apa jua keputusan, baik untuk kita semua. ^_^”
B : “Gulp. Ayat dahsyat tu. Dah tu, ko nak terima ke tak?”
A : “Wallahu’alam. Aku fikir masak-masak dulu.”
B : “Fikirlah. Aku doakan yang terbaik untuk ko. Tapi fikir tu, jangan sampai hangus ea. Nanti, kerak yang ko dapat. Eh silap, ustaz. Hehehe.”

Tuesday, December 4, 2012

Walau Hanya Satu Jam 30 Minit


MUTIARA ILMUAN


Bismillah wa hamdan syukran lillah...

Ketika saya membuka laman diskusi jurusan SPH seawal 7 pagi, saya melihat berita tentang pemergian seorang imam besar masjid Baiturrahman merangkap salah seorang dosen di fakultas Ushuluddin.. Serentak ucapan keramat itu terlintas di dalam hati... Ya, sesungguhnya dari-Nya kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali... Mungkin beliau bukan pensyarah fakultas Syariah, dan mungkin saya tidak mengenali apatahlagi menjadi murid kepada beliau, tapi status sebagai guru menjadikan beliau orang yang perlu saya doakan juga...

***************

Lewat tengah hari tadi saya mendapat panggilan dari seorang adik... “Kak, akak ada dekat rumah tak?” Saya mengiyakan... “Akak buat apa? Ana nak jumpa boleh?” Dengan nada yang agak teragak-agak, saya jawab “Akak tengah membaca bahan, tapi boleh je kalau nak jumpa...kenapa ya?” Dalam hati saya agak pelik sebab suara adik tersebut agak serak... “Kak, ana depan rumah ni, ana masuk ya?” Dengan nada terkejut saya jawab “Ya Allah, masuk je, akak tunggu dalam bilik..”
Selang beberapa minit, suara orang memberi salam depan pintu bilik.. saya meminta adik tersebut masuk.. Asma’ dengan wajah sedihnya duduk dihadapan saya, “Kak, ingat tak dosen yang akak pernah masuk kelas saya semester lepas tu?” Saya cuba mengarahkan fikiran saya kepada beberapa bulan yang lepas... “Ya, yang dekat asrama haji tu kan?” “Ya. Akak nak tahu tak, ustaz tu dah meninggal dunia.”

****************

Beberapa bulan pada semester yang lepas....

Wednesday, October 31, 2012

Apabila Ketiadaan Saya Nanti...

15 Zulhijjah 1433H. 
KOTA BHARU: "Apabila ketiadaan saya nanti, pemimpin lain hendaklah sambung dan teruskan perjuangan memarbatkan Islam. 

Saya berharap generasi pelapis hari ini meneruskan perjuangan Islam," pesan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat..

Pesanan ini dibuat beliau melalui wartawan Harakah, Salmah Mat Husein dan Rizal Tahir ketika kedua-duanya menemubual beliau baru-baru ini.

Monday, May 28, 2012

I'm Not Afraid To Stand Alone

Bismillah wa hamdan syukran liLLAH. 
Ketika mencari 'sesuatu' untuk santapan rohani, saya bertemu dengan lirik lagu ini. Sangat menjentik sukma iman. Inspirasi yang lahir dari kisah seorang mukminah yang berdepan ujian hebat saat pertemuan antara dua akidah dan dua prinsip. Ketika itu terbukti siapa DIA dihati dan dalam diri kita. Allah.. Sesungguhnya dalam setiap laluan hari, dalam setiap detik masa, dalam setiap edaran darah, dalam setiap detak jantung, dalam setiap denyutan nadi dan dalam setiap helaan nafas, hakikatnya KITA TIDAK PERNAH BERSENDIRI. Maka, wahai diri dan saudara yang saya sayangi kerana Allah, jangan pernah biarkan rasa sendiri itu ada dalam diri dan hati. ^_^



I'm Not Afraid To Stand Alone by Native Deen

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Sunday, May 13, 2012

YANG KU DAMBA BUKANLAH SYURGA

Assalamu’alaikum warahmatuLLAHI wabarakatuh.

BismiLLAH wa Hamdan syukran liLLAH.

Segala puji buat-Mu Allah, Habibi Qalbi. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh ahlul bait dan para sahabat serta tabi’in, tabi’ tabi’in seterusnya buat para pejuang agama yang telah syahid dan yang masih tegar berdiri memperjuangkan Islam. Ma, Pa’. Guru-guru dan sahabat-sahabiah sefikrah dan seakidah.

Selama kita hidup di dunia ini, selama kita mengenal erti kehidupan, selama kita mula mengetahui hakikat penciptaan, setelah kita memahami tujuan kita diciptakan dan selama kita bernafas dengan nikmat Iman dan Islam, pernah tak kita bertanya pada diri kita, apakah yang kita damba untuk sebuah kehidupan?

Wednesday, April 25, 2012

~Mutiara Ilhami~

BismiLLAH wa Hamdan Syukran liLLAH...

Sudah lama tidak berkarya. Menajamkan pena ilham. Tarikh diari ilhami pun sudah jauh meninggalkan realiti perjalanan hari. Kali ini terasa untuk menerbitkan. Bahagia Sebuah Derita, sekadar sebuah irisan minda. Tentang kudrat hamba berdepan dengan 'belaian' Pencipta. Semoga ada manfaat buat semua..

 ************

Bahagia Sebuah Derita

Di sini… Ku teruskan langkah kaki
Menjalani hari yang pernah terbiar sepi
Menangisi suatu yang telah terpatri
Sehingga diri ini terasa mati...


Namun semua itu sudah tidak bererti
Kerana kini ku sudah punya inspirasi
Kan ku hayun langkah berani
Mencari erti yang selama ini kucari….CITA


Demi jiwa yang ada dalam genggaman-Nya
Ku hanya manusia biasa
Jatuhnya aku pasti kan terguris luka
Sakitnya pasti mengundang air mata...


Ya Rahman  Kau Pemilik Segala
Ya Rahim Kau Penyembuh Luka
Ya Allah Pada-Mu ku serahkan Jiwa
Moga AKHIRNYA derita itu ku rasa bahagia…


Kembara Sufi,
Istana_Zahidah
1.34 pagi/ B.2 / Villa D’ KIPSAS/ Tgk. Diblang, Darussalam, Banda Aceh.


Monday, April 16, 2012

It's In Your Hearts

DUNIA DAN REALITI


BismiLLAH wa hamdan syukran liLLAH...

Sudah lama rasanya tidak menulis sesuatu di sini. Semalam, Alhamdulillah saya dan beberapa sahabiah selamat menghantar sahabat-sahabat di lapangan tugu untuk menjalani KPM (Kuliah Pengabdian Masyarakat)-PAR di Bener Maria berhampiran Takengon, Aceh Tengah. KPM merupakan antara syarat wajib yang perlu dijalani bagi Mahasiswa IAIN Ar-Raniry bagi melayakkan diri menjadi graduan yang mendapat ijazah atau disebut sebagai Strata 1 (S-1) dengan gelaran SHI (Sarjana Hukum Islam) bagi mahasiswa fakulti syariah, selain daripada Skripsi dan Ujian Komprehensif. Hal ini bermakna, sekalipun subjek dah habis, selagi tidak menyelesaikan KPM, Skripsi dan Ujian Komprehensif, cita-cita untuk kembali ke Malaysia hanyalah sebuah angan-angan. =) 

KPM yang juga sama erti dengan latihan amali dakwah ini berlangsung selama 45 hari. KPM terbahagi kepada 3 jenis, yaitu KPM PAR, KPM Regular dan KPM Mandiri. KPM PAR merupakan KPM yang mana para peserta ditaja sepenuhnya untuk melakukan kajian yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Maka, sesuai dengan tajaan, syarat untuk mendapatkan tempat bagi KPM PAR juga adalah agak sulit, yaitu perlu memiliki SK dan mengikuti ujian @ temuduga di setiap fakulti masing-masing. Bagi KPM Regular pula, adalah KPM yang mana syarat utamanya adalah memiliki SK pembimbing Skripsi. Biaya perbelanjaan pula ditanggung separuh oleh pihak Universiti. Yang terakhir, KPM Mandiri merupakan KPM yang mana khusus bagi pelajar yang masih belum mempunyai SK Pembimbing Skripsi. Sesuai dengan namanya, biaya bagi KPM Mandiri dikeluarkan sepenuhnya oleh mahasiswa tersebut.

Tuesday, April 10, 2012

Pengawasan Syariat Islam Di Aceh

JUDUL PRESENTASI:
PENGAWASAN SYARIAT ISLAM DI ACEH
MAHASISWI:
KASRINA BINTI RULLY (131109186)
NURUL HABIBAH (131008638) 

1. PENDAHULUAN
1.1 LATAR BELAKANG
Dalam pembicaraan mengenai perlaksanaan Syariat Islam di Aceh, tidak akan mampu terlepas dari berbicara mengenai pihak yang bertanggungjawab memastikan kelancaran perjalanan penegakannya.
Perjalanan penegakan syari’at Islam di Aceh merupakan fenomena yang sangat penting untuk dicermati, kerna jika dilihat dari sisi praktis hukum, hal ini merupakan suatu usaha awal yang baru dalam sebuah penegakan hukum Islam di Indonesia yang selama ini merupakan sebuah negara yang identik dengan hukum Positif.
Kerna itu, dalam usaha pelaksanaannya, penulis melihat peran dan tanggungjawab pihak atau lembaga yang mengawasi perjalanannya sangat penting dan signifikan agar usaha dan perancangan yang telah diatur selari dengan perlaksanaannya. Hal ini karena, perancangan tanpa dokongan pihak lain hanya akan menjadikan impian ini sebuah khayalan imaginasi yang bersifat teoritis semata. 

Saturday, February 18, 2012

WARKAH BUATMU...

SEKADAR SEBUAH LUAHAN RASA…
WARKAH BUAT ADIK-ADIK SAYA…



BismiLLAH wa hamdan syukran liLLAH.
Segala puji bagi ALLAH yang menciptakan seluruh kejadian antara langit dan bumi.


Menjalani kehidupan sebagai musafir ilmu diperantauan hakikatnya adalah kesinambungan sebuah perjalanan dalam episode Kembara Ilmu. Realiti dunia sebagai sebuah persinggahan adalah tamsilan kepada fasa kehidupan berbeza yang perlu dilalui oleh setiap yang bernama manusia. Bermula dari fasa alam roh ke alam Rahim kemudian ke alam dunia. Setiap fasa perlu melalui sebuah proses peralihan.
Apa yang dialami, dirasa, dilihat, didengar, ditemui pastinya berbeza bagi setiap fasa namun yang pastinya setiap pertemuan pasti diiringi bersamanya sebuah jaminan perpisahan. Itu lumrah bagi yang bernyawa. Perjalanan dan peralihan juga adakalanya memisahkan diri dari insan2 yang pernah hadir dalam hidup kita kerana tidak selamanya kita akan bersama dengan mereka-mereka yang kita temui disetiap fasa kehidupan yang kita lalui. Tadika, sekolah rendah, menengah, IPT, alam kerjaya dsb. Semuanya di hiasi dengan insan2 yang berbeza, suasana yang berbeza, masa yang berbeza, tempat dan situasi yang berbeza. Demikian saja sebuah mukaddimah.=)

Sunday, January 22, 2012

Adakah DIA dalam DIRIKU?



KECEMBURUANKU PADA MEREKA...


Assalamu’alaikum warahmatuLLAHI wabarakatuh.

BismiLLAH wa Hamdan syukran liLLAH.
Segala puji buat-Mu Allah, Habibi Qalbi. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh ahlul bait dan para sahabat serta tabi’in, tabi’ tabi’in seterusnya buat para pejuang agama yang telah syahid dan yang masih tegar berdiri memperjuangkan Islam. Ma, Pa’. Guru-guru dan sahabat-sahabiah sefikrah dan seakidah yang saya cintai kerana ALLAH jua.


Ketika jasad dan minda dihimpit kesibukan dan ujian menjalani hidup sebagai musafir ilmu dan khalifah di bumi ALLAH ini, terkadang hayunan langkah seorang muslimat ini terasa lesu dan lemah. Namun, saya tahu, saya perlu mencari penawarnya. Saya tidak boleh membiarkan langkah ini menjadi lemah sehingga terhenti. Kerana bimbang, ketika ia terhenti, ia bakal menjadi langkah terakhir di sebuah perhentian yang pastinya bukanlah destinasi sebenar yang hendak dituju.. Maka, lebih 2 minggu ini, saya menghidangkan pendengaran saya dengan lagu wanita dan srikandi Islam zaman silam. Setiap hari. Semoga ruh itu meresap dalam diri. Semoga mereka 'ada' adalam diri yang kerdil dan lemah ini. Makanya, dalam proses 'refresh' ini, saya dihambat satu rasa. Rasa cemburu dan persoalan. Rasa cemburu yang sentiasa mengundang air mata yang tidak jemu mengalir. Persoalan: Adakah DIA dalam DIRIKU? Siapakah dia?

Thursday, January 5, 2012

2012 Reading Challenge

How Goodreads Can Help You Read More Books in 2012

Bismillah wa Hamdan syukran lillah.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Segala puji bagi Allah yang masih memberi kita kesempatan untuk bernafas lagi sehingga ke detik ini. Tahun Baru, Ujian dan Mehnah yang Baru, Tapi Jasad masih sama. =) Sempena tahun baru yang telah menjengahkan dirinya, saya mahu menyeru dan mengajak kepada diri dan sahabat-sahabat dan saudara saya (andalah!), JOM KITA MEMBACA. CABAR DIRI, AKAL, IMAN DAN ILMU ANDA DENGAN MEMBACA!

Disini saya kongsikan sebuah web yang menganjurkan 'Reading Challenge' untuk diri sendiri. Bukan untuk pertandingan ya! =) Tapi sebelum tu, kena jadi ahli la dulu ye. =) Kemudian tetapkanlah skor dan 'goal' yang anda ingin capai. Selamat Membaca! =)

Posted by Patrick on January 04, 2012
Drink less coffee. Volunteer more. Join a gym. Every year we make resolutions that we think will make us better people—more considerate, more well-rounded (or, in the words of Radiohead, "Fitter, happier, more productive."). While we can't help you lose weight or spend more time with your family, we can help with one common New Year's resolution—to read more. Here are three simple ways Goodreads can keep you on pace to finish more books in 2012!

Followers

::Mutiara Hadith::

::Mutiara Hadith::
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)

::IAIN AR-RANIRY (2011/2013)::

Semester 7 (11/12)
INU 1001 Pendidikan Kewarganegaraan

INU 1004 Bahasa Indonesia

INU 3002 Ilmu Budaya Dasar

INK 3004 Matematika Dasar

INK 3007 Hadis

SYA 1009 Ilmu Hukum

SPH 3009 Asbab Ikhtilaf Al-Fuqaha

SPH 3010 Sosiologi Hukum

SPH 3011 Hukum Islam Di Indonesia
*******
Semester Pendek (10/11)
SYA 7701 Filsafat Hukum Islam

SYA 7702 Praktikum

SYA 7703 Membahas Kitab Fiqh II
*******

Semester 8 (11/12)

SYA 2007 Hukum Adat

SYA 4701 Ushul Fiqh II

SYA 4702 Hukum Islam Dan Masyarakat

SPH 4708 Ushul Fiqh Muqaranah I

SMI 4709 Epistomologi Perundang-Undangan I

SYA 6701 Ushul Fiqh III

SPH 6805 Epistomologi Perundang-Undangan II

SPH 6806 Ushul Fiqh Muqaranah II

SPH 6807 Syari’at Islam Di Aceh

SPH 6808 Takhrij Hadis

SPH 6809 Hukum Perkahwinan Di Indonesia

*******

Semester 9 (11/12)

SYA 5702 Membahas Kitab Fiqh I

SPH 5803 Membahas Kitab Tafsir

SPH 5804 Muqaranah Mazhab Fil Jinayah

SPH 5805 Hukum Tata Negara

SPH 5806 Ilmu Falak

SPH 5809 Legal Drafting I

SPH 7804 Metode Penelitian Hukum

SPH 7806 Metode Ijtihad Kontemporer

SPH 7809 Legal Drafting II

*******

Semester 10 (12/13)

SYA 8701 KPM

SYA 8702 Skripsi

SYA 8703 Ujian Komprehensif

:: KIPSAS 2008/2011 ::

Semester 4 (09/10)

ASU 2012 Qawaidh Fiqhiyah

ASU 2022 Pengantar Fiqh Islam

ASU 2073 Usul Fiqh

ASU 2102 Siyasah Syar'iyyah

ASU 2142 Al-'arabiyyah li al-syariyyah 1

ASU 2202 Undang-Undang Jenayah Perbandingan

ASU 2222 Undang-Undang Keluarga Perbandingan

ASU 2262 Bahasa Inggeris 3

KIP 2031 Halaqah Usrah 3
*******

Semester 5 (10/11)

KIP 2041 Usrah II

ASU 2272 Bahasa Inggeris IV

ASU 2152 Al-Arabiyyah Li Al-Syar'iyah II

ASU 2083 Pentadbiran Harta Orang Islam

ASU 2232 Undang-Undang Syarikat & Perkongsian

ASU 2242 Undang-Undang Keterangan Perbandingan

ASU 2212 Undang-Undang Probet Perwarisan

ASU 2062 Fiqh Muamalat
*******

Semester 6 (10/11)

ASU2052 Ayat & Hadith Ahkam

ASU2282 English For Law

ASU2122 Kaunseling Islam & Guaman Syari'e

ASU2132 Undang-Undang Prosedur Mal & Jenayah

ASU2252 Undang-Undang Acara Sivil & Jenayah

ASU2093 Ulum Al-Quran & Ulum Hadith

ASU2984 Kertas Projek

~Bicara Zahidah~

~Bicara Zahidah~
"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...