::Wahai Pemilik Ilmu::

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure she carries, or the way she combs her hairs. The beauty of a woman must be seen from her eyes. Because that is the doorway to her heart, The place where love resides. The beauty of a woman is not the facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is caring that she lovingly gives, The passion that she shows. The beauty of a woman, With passing years-only grows..."

Sunday, May 13, 2012

YANG KU DAMBA BUKANLAH SYURGA

Assalamu’alaikum warahmatuLLAHI wabarakatuh.

BismiLLAH wa Hamdan syukran liLLAH.

Segala puji buat-Mu Allah, Habibi Qalbi. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh ahlul bait dan para sahabat serta tabi’in, tabi’ tabi’in seterusnya buat para pejuang agama yang telah syahid dan yang masih tegar berdiri memperjuangkan Islam. Ma, Pa’. Guru-guru dan sahabat-sahabiah sefikrah dan seakidah.

Selama kita hidup di dunia ini, selama kita mengenal erti kehidupan, selama kita mula mengetahui hakikat penciptaan, setelah kita memahami tujuan kita diciptakan dan selama kita bernafas dengan nikmat Iman dan Islam, pernah tak kita bertanya pada diri kita, apakah yang kita damba untuk sebuah kehidupan?


Ya, pastinya kehidupan dunia ini dan kehidupan di akhirat sana. Pernah tak? Ketika saya menyelak beberapa lembaran kehidupan insan2 yang pernah saya temui, ramai juga yang mendambakan syurga. Tidak kurang juga yang mendambakan Redha Allah. Anda? =)
Cuba jawab dalam hati, dan jika rasa ingin berkongsi, silakan.

Saya nak kongsi apa yang saya dambakan dalam hidup saya. Saya rindukan syurga, juga harapkan Redha Allah. Tapi yang saya sangat dambakan adalah Cinta PEMILIK Syurga dan Cinta. =)





Berjalan Tanpa Henti
Melangkah Dengan Pasti..
Sekalipun mendung menghiasi hari-hari, Jangan pernah berhenti...
Tangis dan Tawa Bukan Nilaian Rasa di Hati
Cuma Lambang Kekerdilan Diri 
Berhadapan Belaian Ilahi...
-Kaz-

No comments:

Post a Comment

Followers

::Mutiara Hadith::

::Mutiara Hadith::
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)

~Bicara Zahidah~

~Bicara Zahidah~
"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...