::Ahlan Wa Sahlan::

::Wahai Pemilik Ilmu::

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure she carries, or the way she combs her hairs. The beauty of a woman must be seen from her eyes. Because that is the doorway to her heart, The place where love resides. The beauty of a woman is not the facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is caring that she lovingly gives, The passion that she shows. The beauty of a woman, With passing years-only grows..."

Thursday, March 3, 2016

MENIRU BUKAN SIFAT MUSLIM YANG MUKMIN

بسم الله الرحمن الرحيم

Hampir setahun tidak menjengah, ternyata ada sesuatu yang saya terlepas pandang. Maafkan saya pada saudara yang bertanya Meniru Dalam Peperiksaan, Budaya Islamkah? dalam post tersebut saudara yang bertanya tentang permasalahan beliau. Maaf sekali lagi baru dikesempatan ini saya berpeluang mejawab persoalan tersebut. 

Terima kasih kerana sudi bertanya. Tahniah juga. Menjawab persoalan saudara tersebut, sebelumnya saya ingin menjelaskan bahawa pendapat dan hujah yang saya kemukakan di atas saya kutip dari sebuah blog, tulisan seorang yang saya hormati, ust zaharudin. Pada saya hujah dan pendapat beliau sudah jelas dan padat  namun dibawah entri saya itu saya ada menyatakan sedikit tambahan pendapat peribadi saya sebagai penulis entri.

Saya cuba menjawab seringkas dan sepadat mungkin. Secara umumnya ketika berbicara soal taubat, ada 3 rukun yang asas yang perlu dilakukan iaitu solat taubat, meninggalkan maksiat tersebut dan beriltizam untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Pada pendapat peribadi saya, saya melihat bahawa apa yang telah dilakukan dulu itu adalah masa lalu yang telah menjadi sebuah sejarah. Sejarah adalah sesuatu yang tidak mampu kita ubah. Alhamdulillah saudara telah sedar bahawa perbuatan meniru sewaktu di belajar dahulu adalah sesuatu yang salah, bukan sahaja dari sisi norma pendidikan tapi juga dari sisi agama. Bukan sahaja soal halal dan haram, tetapi berkait rapat soal keberkatan, seperti yang saya sudah nyatakan dalam entri di atas.

Tetapi, satu hal yang kita perlu sedari, Islam adalah sebuah agama yang sangat indah. Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya yang ingin bertaubat. Bila kita merasakan dosa yang kita pernah lakukan sangat berat tak tertanggung, sebenarnya rahmat dan kasih sayang Allah jauh lebih besar dari kemurkaan-Nya. Benar, kadangkala perbuatan kita mengundang murka Allah, tapi disetiap murka Allah pasti aka nada jalan untuk mendapatkan kembali redha-Nya. Bukankah Allah itu ar-Rahman dan ar-Rahim? =) Jika saudara yang bertanya menyatakan adakah perlu berhenti kerja, pada hemat saya, lihatlah pada kesan tindakan tersebut. Adakah dengan berhenti kerja dan mencari kerja lain akan boleh merubah perbuatan yang lalu itu? Jika tidak, adakah saudara hendak menganggur semata-mata tidak mahu rezeki yang akan didapatkan hasil dari perbuatan yang lalu? Atau yang lebih drastik saudara hendak mengulang kembali pengajian di universiti? Semua itu adalah pilihan. Tergantung pada peribadi dan kondisi yang hendak memilihnya. Tetapi, pada saya, berpijaklah dibumi yang nyata. Bukan ingin memudahkan soal beragama, tetapi yakinilah Islam ada jalan penyelesaian pada semua permasalahan.

Maaf jawapan saya tidak memberi ketetapan dan keputusan terhadap apa yang harus saudara lakukan, kerana kondisi dan situasi saudara sangat memberi kesan kepada apa yang harus saudara lakukan sedangkan saya tidak memahami secara benar keadaan saudara. Adakah saudara belum berkahwin atau telah bekeluarga dan mempunyai tanggungan, apakah taraf hidup saudara, adakah jika berhenti kerja merupakan jalan yang paling terbaik dan tidak mendatangkan mudharat yang lebih besar pada kehidupan saudara. Saya takut tersalah memberi ketetapan kerana saya berpegang pada prinsip bahawa keadaan berpengaruh besar pada hukum. Seperti mana ijtihad Saidina Umar tidak melaksanakan hukuman potong tangan terhadap pencuri pada suatu keadaan dalam zaman pemerintahan beliau dimana pada saat itu taraf hidup rakyat sangat kritikal. Darurat, penindasan, kemiskinan, kebuluran menjadi sebab keterpaksaan. Sedangkan dalam al-Quran tegas dinyatakan hukuman perbuatan mencuri (barang yang dicuri yang cukup nisab) wajib dipotong tangan. Bukan bermakna saidina Umar mengingkari, tapi itulah anugerah kebijaksanaan yang Allah anugerahkan buat seorang sahabat nabi dalam memahami keluasan ilmu al-Quran dan sunnah. Betapa hukum terkait rapat pada kondisi. Saya yakin, beliau juga takut tersalah hukum. Meminjam kata-kata seorang penulis terkenal di Malaysia, “Lebih baik tersalah ampun daripada tersalah memberi hukum”.

Saya hanya memberi jalan, maka menurut pendapat saya, tanyalah pada iman dan hati saudara, apakah jalan yang terbaik dan mampu memberi ketenangan kepada saudara. Jalan yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat yang mampu membawa kepada keredhaan Allah. Semoga bertemu jalannya. ^_^


~Yakinlah pada ALLAH Ar-Rahman Ar-Rahim kerana DIA juga Al-Gafur~


Harum_Kasturi

KISAH NYATA & KEHIDUPAN 1 : Suami, Isteri & Masjid yang runtuh

Bismillahi wa hamdan syukran liLLAH...

Hampir setahun tidak menjengah laman ilham ini. Rindu rasanya. Terasa terbejat rentak jemari setelah sekian lama tidak mencatat limpahan idea kedalam ruangan diari maya ini. 

Tidak tahu mengapa peristiwa pagi tadi terasa seakan meracik-racik minda untuk mengetuk kembali papan kekunci berwarna putih gading ini. Walahal hampir setahun ini saya berazam untuk kembali melazimkan menulis secara klasik, menemukan kembali antara pen dan buku diari setelah sekian lama menjadikan laman maya sebagai pengganti. Ternyata masih ada jejak yang perlu saya lewati. Masih terasa sayang untuk meninggalkan teratak usang yang telah sekian lama menjadi sahabat setia saya sejak tahun 2008 lagi. Walaupun mampu dihitung laman yang terisi, namun laman itulah yang menjadi bukti setia perjalanan kehidupan seorang musafir dan pemburu ilmu. ^_^

Kembali pada peristiwa yang membawa saya menjejaki lagi dunia maya ini. Kisahnya bermula ketika saya memasuki ruangan mahkamah rendah syariah bagi mengikuti sebuah perbicaraan. Namun lumrah dunia perundangan dan kehakiman syariah, lagi-lagi bagi kes2 yang hanya perlu dibicarakan dalam mahkamah rendah, kes2 yang melibatkan tuntutan cerai, permohonan pendaftaran perkahwinan bagi pernikahan diluar Malaysia, adakalanya berpuluh kes yang perlu diselesaikan dalam satu hari. Bayangkan saja, sejak 9 pagi hingga 11 pagi, hampir 20 kes yang telah didaftarkan untuk diselesaikan. Bagi yang mendapatkan khidmat guaman sama ada menggunakan khidmat birobantuan guaman atau peguam persendirian, ia menjadi pemudah cara yang memudahkan lagi urusan perbicaraan. Namun bagi yang memilih untuk tidak diwakili oleh mana-mana peguam, tentunya mengambil lebih masa dalam proses perbicaraan.

Apa yang saya ingin kongsikan adalah tentang salah satu kes yang saya saksikan pagi tadi. Kisah yang membuatkan jantung saya berdegup pantas dan dada saya terasa sesak. Mungkin hal biasa bagi sesetengah orang, tapi bagi saya, itu adalah saat2 yang luar biasa lebih lagi ianya adalah hal yang mampu menggegarkan Arasy ALLAH. Ya. Thalaq. Mungkin ianya sesuatu yang biasa didengari, tapi peristiwa menyaksikan gugurnya thalaq secara langsung sangat memberi kesan, setiap kali ia berlaku, walaupun oleh dan kepada individu yang berbeza. Seawal pagi saya dihidangkan dengan pemandangan pilu itu. Kisah seorang suami yang membuat tuntutan cerai terhadap isteri. Saat si suami ditanyakan oleh hakim tentang persetujuannya untuk bercerai, tanpa ragu si suami mengangguk dan mengatakan setuju untuk bercerai. Ketika pula hakim bertanyakan persetujuan si isteri, kelihatan si isteri masih ragu dan setelah beberapa kali ditanya, barulah si isteri menyatakan persetujuan untuk bercerai. saya memerhatikan keduanya, namun apa yang menyedihkan, seakan tiada lagi getar yang mampu mengikat kasih antara keduanya. Tatkala hakim memerintahkan untuk saling bermaafan sebelum si suami melafazkan thalaq, kelihatan keduanya saling bersalaman dan meminta maaf namun apa yang nyata adalah tidak lagi kelihatan kemesraan pasangan suami isteri yang sya pasti tentunya keindahan dan kebahagiaan itu pernah mereka kecapi. Mungkin segalanya telah sirna dan mula padam. Sebabnya, hanya mereka yang mengetahui.

Saat lafaz thalaq itu terdengar dari si suami, terlihat si isteri mengalirkan air mata. Saat itu juga terdengar bisikan ditelinga saya, "Sebagaimana seorang wanita itu menitiskan airmata saat lafaz ijab dan qabul, seperti itulah juga ketika thalaq dilafazkan". Terasa suasana murung meliputi ruangan perbicaraan tanda runtuhnya sebuah masjid yang telah dibina.

Mungkin kisah tersebut hanyalah salah satu kisah di antara beribu kisah kehidupan rumah tangga. Namun apa yang mampu saya kutip dari kisah tersebut ingin saya rangkum dalam sebuah untaian kata; "Semua manusia inginkan kebahagiaan. Tiada manusia yang ingin hidup dalam penderitaan. Tapi mampukah kita melihat indahnya pelangi tanpa perlu merasai hujan dalam panas mentari?"


~Harum_Kasturi~

Followers

::Mutiara Hadith::

::Mutiara Hadith::
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)

::IAIN AR-RANIRY (2011/2013)::

Semester 7 (11/12)
INU 1001 Pendidikan Kewarganegaraan

INU 1004 Bahasa Indonesia

INU 3002 Ilmu Budaya Dasar

INK 3004 Matematika Dasar

INK 3007 Hadis

SYA 1009 Ilmu Hukum

SPH 3009 Asbab Ikhtilaf Al-Fuqaha

SPH 3010 Sosiologi Hukum

SPH 3011 Hukum Islam Di Indonesia
*******
Semester Pendek (10/11)
SYA 7701 Filsafat Hukum Islam

SYA 7702 Praktikum

SYA 7703 Membahas Kitab Fiqh II
*******

Semester 8 (11/12)

SYA 2007 Hukum Adat

SYA 4701 Ushul Fiqh II

SYA 4702 Hukum Islam Dan Masyarakat

SPH 4708 Ushul Fiqh Muqaranah I

SMI 4709 Epistomologi Perundang-Undangan I

SYA 6701 Ushul Fiqh III

SPH 6805 Epistomologi Perundang-Undangan II

SPH 6806 Ushul Fiqh Muqaranah II

SPH 6807 Syari’at Islam Di Aceh

SPH 6808 Takhrij Hadis

SPH 6809 Hukum Perkahwinan Di Indonesia

*******

Semester 9 (11/12)

SYA 5702 Membahas Kitab Fiqh I

SPH 5803 Membahas Kitab Tafsir

SPH 5804 Muqaranah Mazhab Fil Jinayah

SPH 5805 Hukum Tata Negara

SPH 5806 Ilmu Falak

SPH 5809 Legal Drafting I

SPH 7804 Metode Penelitian Hukum

SPH 7806 Metode Ijtihad Kontemporer

SPH 7809 Legal Drafting II

*******

Semester 10 (12/13)

SYA 8701 KPM

SYA 8702 Skripsi

SYA 8703 Ujian Komprehensif

:: KIPSAS 2008/2011 ::

Semester 4 (09/10)

ASU 2012 Qawaidh Fiqhiyah

ASU 2022 Pengantar Fiqh Islam

ASU 2073 Usul Fiqh

ASU 2102 Siyasah Syar'iyyah

ASU 2142 Al-'arabiyyah li al-syariyyah 1

ASU 2202 Undang-Undang Jenayah Perbandingan

ASU 2222 Undang-Undang Keluarga Perbandingan

ASU 2262 Bahasa Inggeris 3

KIP 2031 Halaqah Usrah 3
*******

Semester 5 (10/11)

KIP 2041 Usrah II

ASU 2272 Bahasa Inggeris IV

ASU 2152 Al-Arabiyyah Li Al-Syar'iyah II

ASU 2083 Pentadbiran Harta Orang Islam

ASU 2232 Undang-Undang Syarikat & Perkongsian

ASU 2242 Undang-Undang Keterangan Perbandingan

ASU 2212 Undang-Undang Probet Perwarisan

ASU 2062 Fiqh Muamalat
*******

Semester 6 (10/11)

ASU2052 Ayat & Hadith Ahkam

ASU2282 English For Law

ASU2122 Kaunseling Islam & Guaman Syari'e

ASU2132 Undang-Undang Prosedur Mal & Jenayah

ASU2252 Undang-Undang Acara Sivil & Jenayah

ASU2093 Ulum Al-Quran & Ulum Hadith

ASU2984 Kertas Projek

~Bicara Zahidah~

~Bicara Zahidah~
"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...