Followers

::Wahai Pemilik Ilmu::

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure she carries, or the way she combs her hairs. The beauty of a woman must be seen from her eyes. Because that is the doorway to her heart, The place where love resides. The beauty of a woman is not the facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is caring that she lovingly gives, The passion that she shows. The beauty of a woman, With passing years-only grows..."
Showing posts with label Syurgaku. Show all posts
Showing posts with label Syurgaku. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Adakah DIA dalam DIRIKU?



KECEMBURUANKU PADA MEREKA...


Assalamu’alaikum warahmatuLLAHI wabarakatuh.

BismiLLAH wa Hamdan syukran liLLAH.
Segala puji buat-Mu Allah, Habibi Qalbi. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh ahlul bait dan para sahabat serta tabi’in, tabi’ tabi’in seterusnya buat para pejuang agama yang telah syahid dan yang masih tegar berdiri memperjuangkan Islam. Ma, Pa’. Guru-guru dan sahabat-sahabiah sefikrah dan seakidah yang saya cintai kerana ALLAH jua.


Ketika jasad dan minda dihimpit kesibukan dan ujian menjalani hidup sebagai musafir ilmu dan khalifah di bumi ALLAH ini, terkadang hayunan langkah seorang muslimat ini terasa lesu dan lemah. Namun, saya tahu, saya perlu mencari penawarnya. Saya tidak boleh membiarkan langkah ini menjadi lemah sehingga terhenti. Kerana bimbang, ketika ia terhenti, ia bakal menjadi langkah terakhir di sebuah perhentian yang pastinya bukanlah destinasi sebenar yang hendak dituju.. Maka, lebih 2 minggu ini, saya menghidangkan pendengaran saya dengan lagu wanita dan srikandi Islam zaman silam. Setiap hari. Semoga ruh itu meresap dalam diri. Semoga mereka 'ada' adalam diri yang kerdil dan lemah ini. Makanya, dalam proses 'refresh' ini, saya dihambat satu rasa. Rasa cemburu dan persoalan. Rasa cemburu yang sentiasa mengundang air mata yang tidak jemu mengalir. Persoalan: Adakah DIA dalam DIRIKU? Siapakah dia?

Tuesday, December 20, 2011

Meniru Dalam Peperiksaan... Budaya Islamkah?

BismiLLAH wa hamdan syukran liLLAH. 
Segala puji hanya buat ALLAH, Pencipta dan Pemilik Mutlak Segala Ciptaan-Nya. Kita hanya makhluk kecil yang diciptakan atas kehendak-Nya. Kita bukan siapa-siapa. Tanpa diri kita yang kecil lagi kerdil ini, ALLAH tetap kekal menjadi Yang Maha Agung. Tidak tergugat hatta sekecil zarahpun atas setiap kecurangan kita kepada-Nya. Ibarat hembusan nafas anak kecil yang cuba meniup sebatang pokok kayu balak yang besar. Akan tumbangkah? Namun begitu, pada saat pokok besar itu yang tumbang menghempap sebatang tubuh anak kecil itu, akan ada peluangkah anak kecil itu bernafas lagi? Jika menurut aturan fitrah normal, akan menjadi leper@penyek@lempeng(bahasa saya)lah anak kecil itu. Lainlah jika takdir menentukan sebaliknya(anak kecil itu selamat), pastinya itu cerita lain pula. 

Demikian perumpamaan yang saya nyatakan sebagai tamsilan kudrat kita sebagai seorang hamba, makhluk ciptaan yang sangat tidak memiliki kekuatan, kekuasaan, keupayaan, apatah lagi kehendak dan keinginan, melainkan semua itu berlaku hanya dengan izin ALLAH Yang Maha Berkuasa. 

Kenapa saya berbicara tentang kudrat pula? Apa kaitan dengan judul meniru? Memang sangat ada kaitan. Tapi sebelum saya menyatakan kaitannya, saya mahu terus kepada fokus yang saya mahu kongsikan dan tekankan buat diri saya dan kita semua. Bersempena dengan musim peperiksaan di tempat saya menuntut ilmu ini. Sebagai Penuntut@Pelajar yang menduduki peperiksaan, Pekerja (Guru, Penjawat Awam dan sebagainya) yang menduduki peperiksaan penilaian dan sesiapa sahaja yang berkaitan dengan kata 'PEPERIKSAAN' atau 'UJIAN'. Bahan utama ini saya kutip dari beberapa laman yang saya cuba rangkumkan untuk menjadi pedoman kita bersama. Moga ada manfaat.

Dari sudut hukum, asasnya adalah :-
1) Meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya haram. Sebuah hadis :-
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ  مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" 
(Riwayat Muslim, 1/99)
 
2) Pernah juga diriwayatkan bahawa :-
إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) 
( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-
قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ
Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" 
( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Dari kedua-dua dalil di atas, jelas kepada kita hukum meniru dalam peperiksaan adalah haram bagi guru dan murid kerana ia adalah satu bentuk penipuan.
Dari hadis ketiga juga dapat difahami setiap hasil keuntungan duniawi yang terhasil dari yang haram, maka hukumnya adalah haram jua. Tatkala itu, kenaikan gaji yang diperolehi dari peperiksaan dan pekerjaan yang dilakukan juga adalah dikira pendapatan yang haram.
Amat malang, penipuan yang memberi manfaat dunia seperti ini cukup digemari oleh ramai orang, tanpa mereka sedari kehidupan akhirat mereka dalam bahaya apabila kehidupan harian mereka dikelilingi oleh duit kenaikan gaji dan untung haram tanpa mereka sedari.
Dosa ini ibarat 'time bomb' yang amat menderitakan di alam barzakh, ibarat 'time bomb'  yang akan meletup sejurus seorang itu disapa kematian. Mati dalam keadaan sebegini, adalah mati dengan penuh dosa disebabkan hartanya.

Tindakan
Tindakan ' u turn' bagi mereka yang telah terlanjur begini adalah dengan segera bertawbat, melupuskan harta yang haram secara ansuran, memperbanyakkan sedeqah dan juga meningkatkan kualiti diri sesuai dengan nilai 'PTK tipu' yang diperolehinya (bagi yang bekerja). Tetapi, bagi pelajar, usahakanlah untuk berubah. Bersungguhlah dalam menuntut ilmu. Jaminan rezeki yang halal dan berkat bermula dari cara dan usaha awal (menuntut ilmu) yang benar dan berkat.

Ke Kubur Juga Akhirnya
Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jarang kenikmatan sementara ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya?. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala kenikmatan dunia.  Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.
Nabi SAW bersabda :-
أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت
Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT" 
( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)

Sumber : zaharuddin.net
 ********************
Peperiksaan merupakan amanah kepada kita..amanah kita dengan diri sendiri, amanah kita dengan ibubapa, amanah kita dengan guru, dan yang paling utama amanah kita dengan Allah..
Cuba bayangkan jika kita mendapat pekerjaan dari hasil kita meniru di dalam peperiksaan dahulu..kita beri anak isteri kita makan(bagi lelaki), kita berikan mak ayah kita..sedangkan hasil yang kita peroleh di atas jalan kezaliman kerana kita mengambil hak org lain yang sepatutnya mendapat pekerjaan tersebut berdasarkan penilaian akademik yg sebenar..adakah rezeki yg kita dapatkan itu adalah HALAL dan BERKAT?
Ayuh fikirkan!
Ingatlah sabda Nabi SAW "La imana liman la amanata lahu" yang bermaksud “Tidak ada iman bagi sesiapa yg tidak ada amanah pada dirinya”
Dan tidak amanah atau khianat ini merupakan satu ciri dari 3 ciri org yg munafik yg diterangkan di dalam hadis yg diriwayat dari Abi Hurairah R.A ;
“Ayatul munafiqi thlasah, iza haddasa kazaba waiza wa’ada akhlafa waiza’tumina khaana”
“Tanda-tanda atau ciri-ciri orang yg munafik ada tiga : 1) bila bercakap dia berdusta 2)bila berjanji dia mungkiri 3)bila diberi amanah dia khianati..

**********
Kembali kepada perkaitan antara kudrat kita sebagai hamba ALLAH dengan perbuatan meniru. Saya ingin kita fikirkan bersama...Adakah ALLAH suka dengan perbuatan meniru ini? Saat hati kita ragu-ragu untuk menjawab, saat rasa gundah dan serba salah hadir, itulah ketidaktenangan hati. Ingatlah, saat kita merasa tidak tenang melakukan sesuatu yang kita tidak pasti, yakinlah disitu ada hint yang ALLAH berikan. Dalam surah al-Fath, ayat 3 ALLAH menyatakan bahawa DIA lah yang memberikan sakinah (ketenangan) ke dalam hati orang-orang beriman, agar bertambah lagi keimanan kita. Dalam surah ar-Rad juga kita dinyatakan bahawa, hanya dengan mengingati ALLAH jiwa akan menjadi tenang. Dalam surah al-Fajr juga ALLAH menyeru pada jiwa-jiwa yang tenang agar kembali kepada-Nya dalam keadaan redha Rabb kita. Selusuri dengan pandangan mata hati, redha ALLAH sangat berkait rapat dengan ketenangan hati. Fatwa Hati. Demikian juga yang disebutkan dalam Hadith 40 Imam Nawawi. 

Kudrat kita, kehendak kita, nafsu yang memburu, mahukan kecemerlangan. Tidak salah, tapi janganlah usahakan melalui jalan yang tidak benar. Kita mahu berjaya, tapi tidak mahu berusaha dengan usaha yang benar(meniru juga adalah usaha, ya. Tapi usaha yang salah). Jangan sampai, bila kita dah berjaya, harta pun dah mencapai status kaya, pangkat dah tinggi dan megah, anak-anak dihantar keluar negara, hidup mewah, namun diakhirnya kita tersungkur lemah tak berdaya. Akhirnya di HARI PERHITUNGAN, kita menjadi papa-kedana kerana rupanya ALLAH tidak memandang harta, pangkat, nilai keputusan dalam penghakiman-Nya. Lalu, jadilah kita orang yang rugi yang muflis dan dicampak ke tempat yang tiada keampunan melainkan azab siksa-Nya. Na'uzubillahi min dzalik ya Rabb. Pada saat itulah, kita ibarat anak kecil yang cuba meniup pokok yang besar. Kita cuba menegakkan kehendak diri, ternyata ALLAH adalah Sang Agung Yang Sangat Perkasa dan Berkuasa terhadap segalanya.

Wahai diri dan saudara yang saya kasihi kerana ALLAH,

Biarlah result kita rendah asalkan BERKAT.. NAMUN LEBIH BAIK jika keputusan kita cemerlang melalui usaha yang BENAR. Yakinlah, bahawa ALLAH tidak memandang berapa nilai PNGK atau IPK yang kita ada. Tetapi ALLAH menilai bagaimana cara dan usaha yang kita lakukan dalam kita menjalani aturan kehidupan hamba, abid yang diciptakan untuk beribadah kepada-Nya. ALLAH melihat bagaimana kita cara kita menjadikan peperiksaan itu satu nilaian IBADAH disisi ALLAH. Kerana hanya itu yang membezakan kita disisi-Nya. Taqwa dan rasa bertuhan(ihsan) ketika kita menjawab soalan.
Ayuh bersama kita fikirkan dan renungkan..
Sesungguhnya, SEDIKIT yang berkat itu akan sentiasa terasa mencukupi... Sedangkan yang BANYAK tetapi tidak berkat, tidak akan pernah terasa puas apatah lagi rasa mencukupi.
Wallahu 'alam.
********

"Mujahidah Solehah Melangkah GAGAH Menuju Redha Khaliknya"
 

Monday, December 12, 2011

Nilai Waktu Yang Berlalu...

  
BINGKISAN SEBUAH PERJALANAN USIA

Bismillahi ar-Rahman ar-Rahim.

Segala pujian hanya buat-Mu, Pencipta dan Pentadbir alam. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah, Habibullah, Nabiyullah, Muhammad s.a.w, ahlul bait, para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in, para ulama, mujtahid, para pejuang agama, mak dan pa, saudara sedarah, guru-guru dan sahabat-sahabat dan muslimin muslimat yang saya cintai kerana ALLAH. 

          SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH. ALLAHUAKBAR. Terima kasih ALLAH atas segala nikmat yang telah Kau berikan. Nikmat Iman dan Islam. Nikmat Kesihatan, Kebijaksanaan, Kecerdasan. Nikmat Kasih sayang. Keluarga, guru-guru dan sahabat yang menjadi penolong dalam kehidupan beragama. Hari ini, 12.12.2011 (17 Muharram 1433 H), genap usia 23 tahun menghirup udara ALLAH, melihat ciptaan ALLAH, berjalan diatas bumi ALLAH. Menikmati segala pinjaman dan kurniaan ALLAH. Semoga HARI INI dan yang akan datang LEBIH BAIK dari SEMALAM yang berlaku. Semoga setiap detik yang berlalu dalam saya menjalani kehidupan hamba menyimpan manfaat dan kebaikan buat diri dan orang lain.

          Teringat tentang salah sebuah buku yang saya miliki. Buku yang saya beli sewaktu menjadi musafir ilmu di bumi Kuantan. Buku yang berjudul 'Aku, Buku dan Cinta'. Tentang seorang ulama yang bernama Ibn Aqil al-Hanbali. Seorang yang sangat sibuk dengan ilmu. Sebuah tulisan tangannya yang berbunyi; "Haram bagiku melewatkan masa walau satu jam saja untuk suatu masalah selain ilmu. Sehingga apabila lidahku sudah penat dan mataku sudah lelah, aku pun berbaring namun tetap berfikir. Tiadalah aku bangun dari tidurku itu melainkan permasalahan dan idea-idea telah aku perolehi. Setiap kali usiaku bertambah, setiap kali pula hatiku tenang dalam menuntut ilmu. Dalam usia lapan puluh ini, aku merasakan semangatku dalam menimba ilmu, lebih kencang bila dibandingkan waktu aku masih berumur dua puluh tahun yang lalu." Beliau juga pernah mengatakan; "Aku berusaha sekuat tenagaku memangkas waktu kesibukanku yang lain. Demi menjaga waktu agar dapat membaca lebih banyak. Aku rela meninggalkan roti dan hanya memakan manisan dengan segelas air, kerana bila aku makan roti, maka banyaklah masaku yang terbuang." SUBHANALLAH. Tidak layak rasanya untuk menggelar diri ini seorang pencinta ilmu. Terlalu jauh rasanya sifat dan kebiasaan seorang pencinta ilmu itu dari diri ini. Malu yang teramat sangat, jika Ibn Aqil, Imam Syafi'e, Imam Malik, Imam Ahmad, Sufyan al-Tsauri, Imam Muslim, Ibn Taimiyah, As-Syaukani, Al-Dzahab, Ibn Hazm dan para ulama pencinta ilmu yang lain ada dihadapan saya lalu menilai upaya dan hafalan ilmu saya. Aduh, usia yang semakin meningkat dan masa yang semakin pantas berlalu, namun saya masih belum mampu menguasai ilmu yang banyak. Saya perlu berubah! Untuk melayakkan diri menjadi pencinta ilmu yang sejati!
          
          Mak dan pa, terima kasih dan sayang yang tidak terhingga atas ucapan dan doa sempena hari lahir anakmu ini. Panggilan telefon seawal pagi yang sangat membahagiakan saya. Mendengar suara ibu dan ayah yang telah menjadi antara asbab utama lahirnya seorang Qasrina didunia fana ini. Insan yang telah menjadi kekuatan utama berdirinya seorang Muslimah GAGAH. Satu-satunya kakak yang saya miliki, terima kasih juga atas kiriman sms dan doa yang diberi. Semoga rumahtangga yang dibina bahagia hingga ke syurga. Dihiasi keindahan anak-anak yang comel, soleh dan solehah. Adik-adik saya yang memberi ucapan tidak langsung melalui mak, terima kasih juga. Buat satu-satunya abang yang saya ada, terima kasih atas segala pemberian sepanjang adikmu ini menjadi musafir ilmu di bumi Aceh Nanggroe Darussalam. Sanggup melewatkan untuk membina keluarga sendiri kerana mahu membantu mak dan pa membiaya pengajian adikmu ini.  Semoga dikurniakan isteri yang solehah, penyejuk mata keluarga. Terima kasih, atuk, nek, mak, pa, saudara serahim, mak dan bapa saudara, sepupu dan semua keluarga, guru-guru, sahabat-sahabiah dan adik-adik usrah yang sentiasa menjadi pendorong dan mendoakan  saya. Ya ALLAH terima kasih kepada-Mu, Rabb yang mengurniakan mereka dalam kehidupan ana. Terima kasih kerana menghadirkan mereka, sebagai penghias, peneman dan cahaya dalam perjalanan pulang ana kepada-Mu. Kasihi mereka seperti mana mereka mengasihi ana seperti diri mereka sendiri. Amiin. 


          Buatmu Rasulullah, terima kasih dan cinta atas segala kecintaanmu buat umatmu. Tanpa dirimu dengan izin Rabb kita, tiadalah kami menghirup segar udara Iman dan Islam. Tiadalah kami menghidu nikmat haruman akhlak dan adab dalam setiap sunnah yang kau tinggalkan. Cinta buatmu telah kubaja kemas dalam satu ruang khas didalam hati ini. Andai ada cinta manusia yang cuba mengambil sedikit ruang cintamu dan Rabb kita, tidak sekali akan kubiarkan itu terjadi. Akan kupertahankan. Sekalipun dengan jiwa, darah dan air mata. Bantulah diri ini menyemai dan memeliharanya agar ia tetap menjadi cinta yang segar dan wangi saat pertemuan kita di Akhirat sana. Sebagai sebuah mahar untuk melamar cinta Pemilik cintaku dan cintamu ya Rasulullah. Uhibbuka ya Habibullah.

 *********

Sebuah Puisi, bingkisan Hari Lahir Seorang Hamba...

Menyusuri lembaran tersurat,
Menghela nafas panjang...
Melihat lakaran Pena Kehidupan yang tidak terduga...
Adakalanya Indah, Kemas, Rapi dan Teratur.
Umpama sulaman benang... Halus tersusun.
Jua adakalanya bak ikatan tali yang tersimpul, Kusut tidak terungkai... 

Segalanya menuntut sejuta pengorbanan dan kesetiaan. kesabaran dan penghayatan.
Selagi tidak bertemu penghujungnya,
Selama itulah keikhlasan Sekeping Hati teruji...
Mencari jawapan, Persoalan demi persoalan...

Denyutan Nadi yang menunjangi kehidupan ini
Akan terus bernyanyi mengikut rentak lagu ciptaan ILAHI...
Andai tiba waktu yang terpatri,
Segalanya akan terhenti.
Tanpa ada yang mampu menghalangi.
Di saat itulah segalanya terbukti
Bahawa JANJI ALLAH itu PASTI...

*********

"MUJAHIDAH GAGAH, MENGHAYUN LANGKAH 
MENUJU MARDHATILLAH"

Sunday, December 11, 2011

Ku Teruskan Langkah Kerana-Mu

 -SRIKANDI SEJATI TIDAK LAHIR DI ATAS 
LAUTAN YANG TENANG-



BismiLLAH wa hamdan syukran liLLAH. 
Sekadar sebuah lontaran minda.
Sekadar sebuah lakaran pena kehidupan hamba.


Ya Rabbi,
Telah jauh perjalanan ini,
Pendakian menuju cinta-Mu...
Namun tidak tahu mengapa, hayunan langkah ini semakin lemah.
Seumpama nafas yang kian lelah.
Mendaki puncak cinta-Mu tidak semudah itu rupanya.
Semakin ku cuba mendaki,
Semakin itulah ribuan rintangan datang menguji.

Rabbi,
Laluan ini semakin sukar
Ujian yang datang terlalu mencabar.
Terkadang... rasa hati ingin saja menyerah kalah.
Menghentikan segala langkah.
Kembali ke maqam asalnya hamba.
Tapi, saat itu jua, akal ini tersentak... 
Jeritan Bai'ah bergema menggegar sukma minda.
Rupanya IMAN ini terlalu tegar.
Rela menggagahi langkah yang sukar,
Tabah merintangi laluan yang pudar.

Rabbi,
Cinta-Mu terlalu Agung.
Kasih-Mu teduhan rimbun.
Meskipun saatnya belum terpatri,
Namun langkah ini tidak akan pernah berhenti...
Rabbi,
Akan ku buktikan, Sumpah INI bukan sekadar JANJI!


(Ketika saya sedang menyelak lembaran catatan perjalanan kehidupan saya, saya bertemu dengan salah satu catatan. Puisi ini saya lakarkan pada 12.11. Tahun 2009. Semasa saya baru ditaklifkan menjadi Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar KIPSAS dalam masa yang sama memegang taklifan sebagai Timbalan Pengerusi Nisa' Kuantan dan beberapa amanah berat lain. Catatan ini saya lakarkan pada jam 2.27 pagi di bilik C105, Maskan As-Sakinah yang menjadi saksi titik pemula perjalanan kehidupan seorang hamba kerdil yang perlu melaksanakan amanah berat yang ditaklif dipundaknya)

 ********************

-"MUJAHIDAH GAGAH PADA JIWA YANG TABAH
MENGHARUNGI MEHNAH 
SEBAGAI TANDA CINTA DARI RABBNYA"-

  

Tuesday, November 15, 2011

INDAHNYA ISLAM (1)....=)

 
MARAHLAH.....MARAHLAH KERANA TUHANMU!






Assalamu’alaikum warahmatuLLAHI wabarakatuh.
BismiLLAH wa Hamdan syukran liLLAH.
Segala puji buat-Mu Allah, Habibi Qalbi. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh ahlul bait dan para sahabat serta tabi’in, tabi’ tabi’in seterusnya buat para pejuang agama yang telah syahid dan yang masih tegar berdiri memperjuangkan Islam. Ma, Pa’. Guru-guru dan sahabat-sahabiah sefikrah dan seakidah. 

APA KHABAR IMAN KITA (IMAN SAYA DAN IMAN SAHABAT SEKALIAN?) =)

Seiring berjalannya waktu, seiring berputarnya roda kehidupan. Saya ingin mengingatkan diri saya dan kita semua. Untuk apakah kita hidup? Apakah tujuan sebenar kehidupan kita? Bangun, tidur, solat, makan, belajar, bekerja, nikah, senyum, ketawa, marah, menangis, nonton tv, dengar radio (ikim ;)), berjalan, berlari, duduk, memandu, memberi pendapat, menerima kritikan dan sebagainya rutin seorang manusia… Keletihan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sehari-harian… Untuk apakah semua itu?

Mungkin ada yang akan menjawab “itulah fitrah kehidupan sebagai manusia”, mungkin juga ada yang berkata “untuk mencari kebahagiaan”, dan saya paling pasti, bagi yang bersifat islamik, akan menjawab “untuk beribadah kepada ALLAH”. Hujah dan dalil yang paling utama adalah surah az-dzariat ayat 56, 

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (56)

                Benar. Teramat benar. Itulah tujuan sebenar hidup manusia. Untuk beribadah kepada Allah. Namun, berapa ramaikah diantara kita yang memahami konsep ibadah yang sebenar-benarnya? Kita sendiri, saat kita menyebut atau mendengar perkataan ibadah, apakah yang terlintas diminda kita? Jujurlah. Secara umumnya, pasti perkara pertama yang terbayang adalah solat, zakat, haji dan puasa, bukan? =) itulah minda umum kita.
                Wahai Jiwa-jiwa yang lembut, sesungguhnya konsep ibadah itu luas. Setiap perkara yang kita lakukan dari sebesar-besar perkara(mentadbir negara) sehinggalah sekecil-kecil perkara(bersin) pun mampu menjadi ibadah disisi Islam. Ya, benar. Demikian betapa indah dan mudahnya Islam. Bukankah Islam juga mendidik kita adab bersin? Hatta yang mendoakan orang yang bersin juga mampu beroleh pahala secara mudah. Ada yang bertanya, kalau Islam mengajar semua perkara, bolehkah dalam keadaan kita marah kita beribadah? =) Kalau saya katakan, dalam marah pun kita masih mampu menjadikannya ibadah. Percayakah?=)

Ya, marah itu mampu menjadi ibadah jika marah itu kita salurkan secara betul. Marahlah… Marahlah… tapi biarlah marahmu itu kerana Allah… Bagaimana? Marahlah atas perkara-perkara yang merendahkan martabat Islam dan perkara-perkara yang melanggar hak Allah. Itu marah yang sebenarnya. Kalau marah dengan seseorang yang kita benci@tak suka? =) Benci dan marahlah kerana sikapnya yang perlu dan boleh diubah. Jangan dimarah orang atau sifatnya. Kerana, sifatnya yang tidak sempurna itu adalah ciptaan Allah. Bukankah jika kita memarahinya kerana fizikalnya yang tidak sempurna, secara tidak langsung kita juga mempersoalkan Penciptanya? Na’uzubiLLAH.

            Seringkali bukan, kita mendengar bila orang marah, akan menyebut sekali fizikal orang yang dimarahi. Contohnya “manalah sipolan ni. Dahlah pendek, lembab lagi..” atau “menyampahnya sipolan tu. Berlagak depan cikgu. Tunjuk baiklah tu. Muka x lengkap, perangai pun sama..” Mesti kita pernah dengar kata-kata tu kan?=) bahkan saya yakin, mungkin ada dari sahabat-sahabat yang pernah mendengar kata-kata yang lebih teruk lagi, kan? Bukan menghukum, jauhlagi bersangka buruk, tapi itulah realiti hari ini. Bukan Islam melarang untuk marah. Namun, jika ia lebih melibatkan kepentingan peribadi, yang sangat digalakkan adalah bersabar dan memaafkan. 

Pasti ada lagi yang bertanya, kalau Islam membenarkan marah, kenapa perlu ada maaf? =) Jika semua manusia mahu mempertahankan haknya untuk marah, nescaya hancur ranaplah dunia. Kenapa saya mengatakan bahawa, jika ia melibatkan kepentingan peribadi antara individu, bukannya Islam tidak memberi hak untuk marah, tetapi BERSABAR DAN MEMAAFKAN ITU LEBIH MULIA. Kenapa, semarah-marah kita terhadap hinaan atau kritikan orang lain, disaat kita rasa terhina itu, disaat kita rasa sedih itu, cubalah sedaya mungkin kita mengenangkan bagaimana RASULULLAH dihina, dibaling dengan najis, dilempar dengan batu, namun baginda masih mahu untuk bersabar. Demi umatnya. Demi kasihnya. Kalaulah Baginda tidak bersabar, nescaya hancurlah penduduk To’if. Bukankah Malaikat Jibril menawarkan untuk menghempap penduduk To’if dengan bukit lantaran penghinaan mereka terhadap Kekasih Allah itu. Ya Kekasih Allah. 

Pasti ada lagi yang menyatakan, BAGINDA ADALAH RASULULLAH. Ya, Baginda adalah Rasulullah. Lantas? Apakah lagi alasan kita  lagi wahai Saudara Yang Saya Cintai Kerana ALLAH? Bukankah kita sendiri menyatakan bahawa kita beriman dengan Al-Quran? Dan bukankah didalam Al-Quran itu sendiri yang menyatakan bahwa Baginda itu lah Qudwah? Ikutan yang perlu kita ikuti? Bukankah dalam kalimah syahadah itu sendiri kita bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah? Apakah persaksian kita itu hanya sebuah kata-kata semata? =) Jangan seperti itu saudaraku..

Mahukah saya kongsikan satu kisah, ketika seorang isteri memesan kepada suaminya untuk membeli sebiji buah tembikai. Ketika suaminya membeli buah tembikai tersebut, suaminya bertanya kepada penjual tersebut, adakah buah tembikai yang dipilihnya itu baik? Lantas sipenjual menjawab, InshaAllah buah yang dijualnya baik2. Dia tidak akan menjual yang tidak baik. Sisuami pun dengan yakinnya membawa buah tembikai itu pulang. Saat siisteri membelah buah tembikai itu, ternyata buah tembikai itu tidak baik. Lantas, siisteri yang mengidam itu naik marah (fahamlah kan, bila wanita mengidam tak dapat apa yang dia nak..=).  Sisuami yang mendengar lantas beristighfar dan berkata “Isteriku, jika engkau mahu menyalahkanku, tidak mengapa. Marahlah, tapi tentang keburukan buah itu, apakah engkau mahu menyalahkan penjual itu? Dia juga pasti hanya mahu menjual yang terbaik. Lalu, apakah engkau mahu menyalahkan sipekebun yang menanam tembikai itu? Sudah pasti di juga hanya mahu mendapatkan hasil yang baik. Tidak ada penanam yang mahu melihat hasil tanamannya buruk dan rosak”. Sambil tersenyum, suaminya berkata lagi, “takkanlah mahu menyalahkan buah itu kan?” Setelah itu, suaminya mula bersuara lebih serius, “Isteriku, setelah tiada siapa yang boleh dipersalahkan untuk engkau marahi, hanya satu yang bertanggungjawab menjadikan ini semua. Tahukah engkau isteriku? Siapa yang engkau marahkan?” siisteri mula tertunduk. Suaminya pun menyambung, “ALLAHkah yang engkau marahkan Wahai isteriku?...Beristighfar dan bertaubatlah…”siisteri pun mula menitiskan air mata.

Wahai Saudara dan sahabat sekalian, kita adakalanya seringkali terlepas pandang perkara kecil yang sebenarnya besar kesannya pada impak iman dan akidah kita. Marilah. Marilah saudara dan sahabat yang sangat saya cintai kerana Allah, marilah kita Recheck dan Renew kembali iman dan syahadah kita. Bimbang akhirnya kita nanti dikumpulkan dalam kalangan orang yang munafik. Berkata apa yang kita tidak perbuat. Sekadar berkata kita cinta Rasulullah, tetapi dalam masa yang sama, masih mengkhianati sunnahnya. Na’uzubillah. Ighfirlana ya Rabbana, Ya Rahman, Ya Rahim.

******************************
وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (55)

**************

-MUJAHIDAH SOLEHAH, 
TIDAK GENTAR MENJULANG AGAMA
SEKALIPUN SEISI DUNIA MENGHALANGNYA-


Thursday, November 10, 2011

What goes around, Comes around!

"No one becomes someone on his own; No iron becomes a sharp dagger alone."





Assalam'alaikum warahmatuLLAH. BismiLLAH wa Hamdan Syukran liLLAH. First of all, I want to say, this is the first time I writing my entry in English.=) quite awkward. But I'm still on the way of learning. Yup. Learning process.
The reason why I writing this, when I read my lecturer's entry, I felt smething. Yup, my lecturer. Not my ex-lecturer. We alwys heard the terms 'ex-grlfrnd, ex-housemte, and etc. But for me, in terms of education, there is no 'ex-teacher or ex-lecturer'. 
I just want to share. Nothing more than that.

Thursday, December 16, 2010

"Sanah Helwa Ya Ummi" (2)

BismilALLAHI Ar-RAHMAN Ar-RAHIM

Salaam dan selawat serta pujian buat Rasul tercinta, Muhammad HabibuLLAH, ahlul bait baginda, para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in, para salafus soleh dan seterusnya para pejuang agama yang bertebaran dibumi ALLAH juga kepada mereka yang bergelar ibu.

Ingin kulakar sebuah puisi. Ianya tidaklah seindah mana namun cukup buat menyatakan bahawa kami terlalu menghargaimu.

Andai dihamparkan seluas bumi,
Masih tidak mampu mengukur betapa luasnya kasih dan cinta anak-anakmu ini 
Terhadap seorang wanita yang telah mengandungkan, melahirkan dan membesarkan kami.
Mak, Jasamu terlalu murni.

Andai diselam lautan terdalam,
Masih tidak mampu menyentuh dasar lautan kasih yang tersulam.
Memandang wajahmu,
Seumpama ku temui cahaya dikala gelapnya suram.
Mak, hadirmu adalah tanda kasih Ar-Rahman.

Andai jua di lakar sebuah keindahan,
Masih tidak mampu menggambarkan betapa bahagia hati anak-anakmu ini
Memiliki seorang ibu sepertimu.

Andai diceritakan sebuah kisah,
Masih tidak mampu membalas segala jasa dan pengorbananmu menjadi seorang ibu 
kepada anak-anakmu.
Hatta sebuah puisi masih tidak mampu mentafsirkan betapa halusnya rasa anak-anakmu ini terhadap seorang ibu yang telah banyak berkorban demi melihat kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya.

Mak, 
Masih teringat bait kata-kata keramatmu 2 tahun lalu ketika berbicara tentang jasa yang perlu dibalas. Kata-kata yang mak tuturkan setelah melihat filem yang mengisahkan seorang anak derhaka;
"Mak gembira jika anak-anak mak berjaya pada masa hadapan. Biarpun duit tidak dikirimkan. Atau khabar tidak ditanyakan. Atau juga mungkin akhirnya mak akan dihantar kerumah orang-orang tua. Tidak mengapa, yang penting mak tahu anak mak yang telah mak lahirkan dan besarkan telah menjadi orang yang berjaya. Tapi, mak akan marah sekiranya di masa hadapan nanti, jika anak mak hadapi masalah atau kesempitan hidup, perkara itu disembunyikan dari pengetahuan mak.. 
Tiada harga buat kasih sayang mak"

Mak, 
Tahukah hati yang mendengar ini seumpama meletup dan terbakar sebelum sempat bicara itu ditamatkan. 
Tahukah dirimu wahai ibu yang telah menumpangkan anakmu dirahimmu yang mulia dan tanganmu yang telah mengasuh serta mendidik anakmu sehingga dewasa,
Tidak sekali terlintas untuk membiarkan dirimu hatta tidak sedetik rasa tergamak melihat air matamu tumpah kerana kekhilafan anakmu ini, jauh lagi untuk menyisihkanmu dari kehidupan.

Andai diminta sebuah pembuktian,
Akan kukorbankan segalanya demimu ibu.
Namun satu yang tidak mungkin jadi tandingan jua pilihan.
Jangan diminta untuk berpaling dari ALLAH dan Rasul.

Mak, Pa,
Meskipun namamu tiada dalam lipatan sejarah dunia,
Walaupun teratak yang kalian sediakan tidak seindah mahligai istana,
Biarpun dirimu tidak dikenali manusia lainnya,
Biarlah...
Asal kami tahu, kalian adalah anugerah paling mulia yang ALLAH berikan.


Dengan seluruh kekuatan iman dan amal, ingin kuseru segenap alam,
"Mak...
Kami bangga dan bersyukur menjadi anakmu"


Titipan Khas buat mak tercinta,
Ruhaema Binti Parukai...

"YA ALLAH, 
Ampunkanlah dosa-dosa ibu bapa kami.
Kasihilah ibu bapa kami dan sayangilah mereka seperti mana mereka telah menyayangi dan mendidik kami sejak kecil.
Kurniakanlah mereka kesejahteraan hidup didunia dan akhirat"
Amiin.


::Mutiara Hadith::

::Mutiara Hadith::
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)

~Bicara Zahidah~

~Bicara Zahidah~
"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...