::Wahai Pemilik Ilmu::

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure she carries, or the way she combs her hairs. The beauty of a woman must be seen from her eyes. Because that is the doorway to her heart, The place where love resides. The beauty of a woman is not the facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is caring that she lovingly gives, The passion that she shows. The beauty of a woman, With passing years-only grows..."

Sunday, December 11, 2011

Ku Teruskan Langkah Kerana-Mu

 -SRIKANDI SEJATI TIDAK LAHIR DI ATAS 
LAUTAN YANG TENANG-



BismiLLAH wa hamdan syukran liLLAH. 
Sekadar sebuah lontaran minda.
Sekadar sebuah lakaran pena kehidupan hamba.


Ya Rabbi,
Telah jauh perjalanan ini,
Pendakian menuju cinta-Mu...
Namun tidak tahu mengapa, hayunan langkah ini semakin lemah.
Seumpama nafas yang kian lelah.
Mendaki puncak cinta-Mu tidak semudah itu rupanya.
Semakin ku cuba mendaki,
Semakin itulah ribuan rintangan datang menguji.

Rabbi,
Laluan ini semakin sukar
Ujian yang datang terlalu mencabar.
Terkadang... rasa hati ingin saja menyerah kalah.
Menghentikan segala langkah.
Kembali ke maqam asalnya hamba.
Tapi, saat itu jua, akal ini tersentak... 
Jeritan Bai'ah bergema menggegar sukma minda.
Rupanya IMAN ini terlalu tegar.
Rela menggagahi langkah yang sukar,
Tabah merintangi laluan yang pudar.

Rabbi,
Cinta-Mu terlalu Agung.
Kasih-Mu teduhan rimbun.
Meskipun saatnya belum terpatri,
Namun langkah ini tidak akan pernah berhenti...
Rabbi,
Akan ku buktikan, Sumpah INI bukan sekadar JANJI!


(Ketika saya sedang menyelak lembaran catatan perjalanan kehidupan saya, saya bertemu dengan salah satu catatan. Puisi ini saya lakarkan pada 12.11. Tahun 2009. Semasa saya baru ditaklifkan menjadi Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar KIPSAS dalam masa yang sama memegang taklifan sebagai Timbalan Pengerusi Nisa' Kuantan dan beberapa amanah berat lain. Catatan ini saya lakarkan pada jam 2.27 pagi di bilik C105, Maskan As-Sakinah yang menjadi saksi titik pemula perjalanan kehidupan seorang hamba kerdil yang perlu melaksanakan amanah berat yang ditaklif dipundaknya)

 ********************

-"MUJAHIDAH GAGAH PADA JIWA YANG TABAH
MENGHARUNGI MEHNAH 
SEBAGAI TANDA CINTA DARI RABBNYA"-

  

No comments:

Post a Comment

Followers

::Mutiara Hadith::

::Mutiara Hadith::
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)

~Bicara Zahidah~

~Bicara Zahidah~
"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...