::Ahlan Wa Sahlan::

::Wahai Pemilik Ilmu::

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure she carries, or the way she combs her hairs. The beauty of a woman must be seen from her eyes. Because that is the doorway to her heart, The place where love resides. The beauty of a woman is not the facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is caring that she lovingly gives, The passion that she shows. The beauty of a woman, With passing years-only grows..."

Tuesday, December 20, 2011

Meniru Dalam Peperiksaan... Budaya Islamkah?

BismiLLAH wa hamdan syukran liLLAH. 
Segala puji hanya buat ALLAH, Pencipta dan Pemilik Mutlak Segala Ciptaan-Nya. Kita hanya makhluk kecil yang diciptakan atas kehendak-Nya. Kita bukan siapa-siapa. Tanpa diri kita yang kecil lagi kerdil ini, ALLAH tetap kekal menjadi Yang Maha Agung. Tidak tergugat hatta sekecil zarahpun atas setiap kecurangan kita kepada-Nya. Ibarat hembusan nafas anak kecil yang cuba meniup sebatang pokok kayu balak yang besar. Akan tumbangkah? Namun begitu, pada saat pokok besar itu yang tumbang menghempap sebatang tubuh anak kecil itu, akan ada peluangkah anak kecil itu bernafas lagi? Jika menurut aturan fitrah normal, akan menjadi leper@penyek@lempeng(bahasa saya)lah anak kecil itu. Lainlah jika takdir menentukan sebaliknya(anak kecil itu selamat), pastinya itu cerita lain pula. 

Demikian perumpamaan yang saya nyatakan sebagai tamsilan kudrat kita sebagai seorang hamba, makhluk ciptaan yang sangat tidak memiliki kekuatan, kekuasaan, keupayaan, apatah lagi kehendak dan keinginan, melainkan semua itu berlaku hanya dengan izin ALLAH Yang Maha Berkuasa. 

Kenapa saya berbicara tentang kudrat pula? Apa kaitan dengan judul meniru? Memang sangat ada kaitan. Tapi sebelum saya menyatakan kaitannya, saya mahu terus kepada fokus yang saya mahu kongsikan dan tekankan buat diri saya dan kita semua. Bersempena dengan musim peperiksaan di tempat saya menuntut ilmu ini. Sebagai Penuntut@Pelajar yang menduduki peperiksaan, Pekerja (Guru, Penjawat Awam dan sebagainya) yang menduduki peperiksaan penilaian dan sesiapa sahaja yang berkaitan dengan kata 'PEPERIKSAAN' atau 'UJIAN'. Bahan utama ini saya kutip dari beberapa laman yang saya cuba rangkumkan untuk menjadi pedoman kita bersama. Moga ada manfaat.

Dari sudut hukum, asasnya adalah :-
1) Meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya haram. Sebuah hadis :-
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ  مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)
(Riwayat Muslim, 1/99)
 
2) Pernah juga diriwayatkan bahawa :-
إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) 
( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-
قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ
Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" 
( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Dari kedua-dua dalil di atas, jelas kepada kita hukum meniru dalam peperiksaan adalah haram bagi guru dan murid kerana ia adalah satu bentuk penipuan.
Dari hadis ketiga juga dapat difahami setiap hasil keuntungan duniawi yang terhasil dari yang haram, maka hukumnya adalah haram jua. Tatkala itu, kenaikan gaji yang diperolehi dari peperiksaan dan pekerjaan yang dilakukan juga adalah dikira pendapatan yang haram.
Amat malang, penipuan yang memberi manfaat dunia seperti ini cukup digemari oleh ramai orang, tanpa mereka sedari kehidupan akhirat mereka dalam bahaya apabila kehidupan harian mereka dikelilingi oleh duit kenaikan gaji dan untung haram tanpa mereka sedari.
Dosa ini ibarat 'time bomb' yang amat menderitakan di alam barzakh, ibarat 'time bomb'  yang akan meletup sejurus seorang itu disapa kematian. Mati dalam keadaan sebegini, adalah mati dengan penuh dosa disebabkan hartanya.

Tindakan
Tindakan ' u turn' bagi mereka yang telah terlanjur begini adalah dengan segera bertawbat, melupuskan harta yang haram secara ansuran, memperbanyakkan sedeqah dan juga meningkatkan kualiti diri sesuai dengan nilai 'PTK tipu' yang diperolehinya (bagi yang bekerja). Tetapi, bagi pelajar, usahakanlah untuk berubah. Bersungguhlah dalam menuntut ilmu. Jaminan rezeki yang halal dan berkat bermula dari cara dan usaha awal (menuntut ilmu) yang benar dan berkat.

Ke Kubur Juga Akhirnya
Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jarang kenikmatan sementara ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya?. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala kenikmatan dunia.  Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.
Nabi SAW bersabda :-
أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت
Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT" 
( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)

Sumber : zaharuddin.net
 ********************
Peperiksaan merupakan amanah kepada kita..amanah kita dengan diri sendiri, amanah kita dengan ibubapa, amanah kita dengan guru, dan yang paling utama amanah kita dengan Allah..
Cuba bayangkan jika kita mendapat pekerjaan dari hasil kita meniru di dalam peperiksaan dahulu..kita beri anak isteri kita makan(bagi lelaki), kita berikan mak ayah kita..sedangkan hasil yang kita peroleh di atas jalan kezaliman kerana kita mengambil hak org lain yang sepatutnya mendapat pekerjaan tersebut berdasarkan penilaian akademik yg sebenar..adakah rezeki yg kita dapatkan itu adalah HALAL dan BERKAT?
Ayuh fikirkan!
Ingatlah sabda Nabi SAW "La imana liman la amanata lahu" yang bermaksud “Tidak ada iman bagi sesiapa yg tidak ada amanah pada dirinya”
Dan tidak amanah atau khianat ini merupakan satu ciri dari 3 ciri org yg munafik yg diterangkan di dalam hadis yg diriwayat dari Abi Hurairah R.A ;
“Ayatul munafiqi thlasah, iza haddasa kazaba waiza wa’ada akhlafa waiza’tumina khaana”
“Tanda-tanda atau ciri-ciri orang yg munafik ada tiga : 1) bila bercakap dia berdusta 2)bila berjanji dia mungkiri 3)bila diberi amanah dia khianati..

**********
Kembali kepada perkaitan antara kudrat kita sebagai hamba ALLAH dengan perbuatan meniru. Saya ingin kita fikirkan bersama...Adakah ALLAH suka dengan perbuatan meniru ini? Saat hati kita ragu-ragu untuk menjawab, saat rasa gundah dan serba salah hadir, itulah ketidaktenangan hati. Ingatlah, saat kita merasa tidak tenang melakukan sesuatu yang kita tidak pasti, yakinlah disitu ada hint yang ALLAH berikan. Dalam surah al-Fath, ayat 3 ALLAH menyatakan bahawa DIA lah yang memberikan sakinah (ketenangan) ke dalam hati orang-orang beriman, agar bertambah lagi keimanan kita. Dalam surah ar-Rad juga kita dinyatakan bahawa, hanya dengan mengingati ALLAH jiwa akan menjadi tenang. Dalam surah al-Fajr juga ALLAH menyeru pada jiwa-jiwa yang tenang agar kembali kepada-Nya dalam keadaan redha Rabb kita. Selusuri dengan pandangan mata hati, redha ALLAH sangat berkait rapat dengan ketenangan hati. Fatwa Hati. Demikian juga yang disebutkan dalam Hadith 40 Imam Nawawi. 

Kudrat kita, kehendak kita, nafsu yang memburu, mahukan kecemerlangan. Tidak salah, tapi janganlah usahakan melalui jalan yang tidak benar. Kita mahu berjaya, tapi tidak mahu berusaha dengan usaha yang benar(meniru juga adalah usaha, ya. Tapi usaha yang salah). Jangan sampai, bila kita dah berjaya, harta pun dah mencapai status kaya, pangkat dah tinggi dan megah, anak-anak dihantar keluar negara, hidup mewah, namun diakhirnya kita tersungkur lemah tak berdaya. Akhirnya di HARI PERHITUNGAN, kita menjadi papa-kedana kerana rupanya ALLAH tidak memandang harta, pangkat, nilai keputusan dalam penghakiman-Nya. Lalu, jadilah kita orang yang rugi yang muflis dan dicampak ke tempat yang tiada keampunan melainkan azab siksa-Nya. Na'uzubillahi min dzalik ya Rabb. Pada saat itulah, kita ibarat anak kecil yang cuba meniup pokok yang besar. Kita cuba menegakkan kehendak diri, ternyata ALLAH adalah Sang Agung Yang Sangat Perkasa dan Berkuasa terhadap segalanya.

Wahai diri dan saudara yang saya kasihi kerana ALLAH,

Biarlah result kita rendah asalkan BERKAT.. NAMUN LEBIH BAIK jika keputusan kita cemerlang melalui usaha yang BENAR. Yakinlah, bahawa ALLAH tidak memandang berapa nilai PNGK atau IPK yang kita ada. Tetapi ALLAH menilai bagaimana cara dan usaha yang kita lakukan dalam kita menjalani aturan kehidupan hamba, abid yang diciptakan untuk beribadah kepada-Nya. ALLAH melihat bagaimana kita cara kita menjadikan peperiksaan itu satu nilaian IBADAH disisi ALLAH. Kerana hanya itu yang membezakan kita disisi-Nya. Taqwa dan rasa bertuhan(ihsan) ketika kita menjawab soalan.
Ayuh bersama kita fikirkan dan renungkan..
Sesungguhnya, SEDIKIT yang berkat itu akan sentiasa terasa mencukupi... Sedangkan yang BANYAK tetapi tidak berkat, tidak akan pernah terasa puas apatah lagi rasa mencukupi.
Wallahu 'alam.
********

"Mujahidah Solehah Melangkah GAGAH Menuju Redha Khaliknya"
 

8 comments:

  1. Sedikit tambahan...
    terjemahan kata-kata Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin, seperti berikut:

    - Tidak halal bagi seorang pelajar meniru ketika peperiksaan. Kerana perbuatan menipu termasuk dalam dosa-dosa besar, kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Sesiapa menipu, maka bukan dari kalangan kami".

    -Dan kerana hasil kerja menirunya, dia akan berjaya dalam peperiksaan, dan diberikan slip peperiksaan, sedangkan dia tidak berhak memperolehinya.

    -Kemudian, dia akan menjawat pekerjaan dalam negaranya, sedangkan jawatan-jawatan itu tidak layak diberikan kecuali kepada orang yang mempunyai sijil. Jika sijil yang diperolehinya adalah hasil daripada perbuatan meniru, maka dibimbangi gaji-gaji yang diperolehi adalah harta haram.

    -Kerana, dia mendapat gaji tersebut walhal dia tidak berhak, kerana dia sebenarnya tidak mencapai kelayakan yang sebenar. Atau dengan kata lebih tepat, dia tidak mencapai tahap yang melayakkan dirinya menjawat sesuatu jawatan. Maka penerimaan gajinya adalah termasuk memakan harta tanpa hak.

    - Manakala sangkaan sesetengah orang bahawa tidak mengapa meniru dalam subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, atau Matematik, sangkaan ini tidak berasas. Kerana semua subjek yang terdapat dalam kurikulum hendaklah dikuasai oleh pelajar. Dia juga diberikan sijil dengan kepercayaan dia menguasai semua subjek. Jika dia meniru dalam sesetengah subjek, maka ia dikira khianat terhadap amanahnya, dan pada hakikatnya dia tidak berjaya.

    wallahu 'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik.. ! Usaha tangga kejayaan ..

      Delete
  2. Saya sedang bekrja disektor kerajaan ..pada masa lampau saya sering meniru dalam peperiksaan ketika di universiti..apakah harus saya buat untuk bertaubat..perlukah saya berhenti kerja sekarang

    ReplyDelete
  3. Bertaubat dengan penuh kesedaran.. jangan terfikirpun dlm hati tuah meniru lebih bagus dri tuah orang yang x meniru.. sedarkan yang lain supaya jangan meniru
    .. selalu bersedekah kepada fakir miskin dan selalu bayar zakat untuk menyucikan harta

    ReplyDelete
  4. macam mana dengan status pekerjaan saya..rezeki yang dipeolehi itu..pohon penjelasan

    ReplyDelete
  5. Bagus artikle ni....meniru dan menipu masih kerap menjadi perkara biasa bagi orang kita dalam exam,jual beli sedangkan perkara itu sudah ternyata batil dan haram

    ReplyDelete
  6. Saya nak tye mcm mne klu kita da terlanjur meniru, n rse menyesal sbb da mniru..perlu ke sy mengaku salah sy dgn guru sy tu yg sy da meniru?

    ReplyDelete

Followers

::Mutiara Hadith::

::Mutiara Hadith::
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)

::IAIN AR-RANIRY (2011/2013)::

Semester 7 (11/12)
INU 1001 Pendidikan Kewarganegaraan

INU 1004 Bahasa Indonesia

INU 3002 Ilmu Budaya Dasar

INK 3004 Matematika Dasar

INK 3007 Hadis

SYA 1009 Ilmu Hukum

SPH 3009 Asbab Ikhtilaf Al-Fuqaha

SPH 3010 Sosiologi Hukum

SPH 3011 Hukum Islam Di Indonesia
*******
Semester Pendek (10/11)
SYA 7701 Filsafat Hukum Islam

SYA 7702 Praktikum

SYA 7703 Membahas Kitab Fiqh II
*******

Semester 8 (11/12)

SYA 2007 Hukum Adat

SYA 4701 Ushul Fiqh II

SYA 4702 Hukum Islam Dan Masyarakat

SPH 4708 Ushul Fiqh Muqaranah I

SMI 4709 Epistomologi Perundang-Undangan I

SYA 6701 Ushul Fiqh III

SPH 6805 Epistomologi Perundang-Undangan II

SPH 6806 Ushul Fiqh Muqaranah II

SPH 6807 Syari’at Islam Di Aceh

SPH 6808 Takhrij Hadis

SPH 6809 Hukum Perkahwinan Di Indonesia

*******

Semester 9 (11/12)

SYA 5702 Membahas Kitab Fiqh I

SPH 5803 Membahas Kitab Tafsir

SPH 5804 Muqaranah Mazhab Fil Jinayah

SPH 5805 Hukum Tata Negara

SPH 5806 Ilmu Falak

SPH 5809 Legal Drafting I

SPH 7804 Metode Penelitian Hukum

SPH 7806 Metode Ijtihad Kontemporer

SPH 7809 Legal Drafting II

*******

Semester 10 (12/13)

SYA 8701 KPM

SYA 8702 Skripsi

SYA 8703 Ujian Komprehensif

:: KIPSAS 2008/2011 ::

Semester 4 (09/10)

ASU 2012 Qawaidh Fiqhiyah

ASU 2022 Pengantar Fiqh Islam

ASU 2073 Usul Fiqh

ASU 2102 Siyasah Syar'iyyah

ASU 2142 Al-'arabiyyah li al-syariyyah 1

ASU 2202 Undang-Undang Jenayah Perbandingan

ASU 2222 Undang-Undang Keluarga Perbandingan

ASU 2262 Bahasa Inggeris 3

KIP 2031 Halaqah Usrah 3
*******

Semester 5 (10/11)

KIP 2041 Usrah II

ASU 2272 Bahasa Inggeris IV

ASU 2152 Al-Arabiyyah Li Al-Syar'iyah II

ASU 2083 Pentadbiran Harta Orang Islam

ASU 2232 Undang-Undang Syarikat & Perkongsian

ASU 2242 Undang-Undang Keterangan Perbandingan

ASU 2212 Undang-Undang Probet Perwarisan

ASU 2062 Fiqh Muamalat
*******

Semester 6 (10/11)

ASU2052 Ayat & Hadith Ahkam

ASU2282 English For Law

ASU2122 Kaunseling Islam & Guaman Syari'e

ASU2132 Undang-Undang Prosedur Mal & Jenayah

ASU2252 Undang-Undang Acara Sivil & Jenayah

ASU2093 Ulum Al-Quran & Ulum Hadith

ASU2984 Kertas Projek

~Bicara Zahidah~

~Bicara Zahidah~
"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...