بسم الله الرحمن الرحيم
Hampir setahun tidak menjengah, ternyata ada sesuatu yang saya terlepas pandang. Maafkan saya pada saudara yang bertanya Meniru Dalam Peperiksaan, Budaya Islamkah? dalam post tersebut saudara yang bertanya tentang permasalahan beliau. Maaf sekali lagi baru dikesempatan ini saya berpeluang mejawab persoalan tersebut.
Terima kasih kerana sudi bertanya.
Tahniah juga. Menjawab persoalan saudara tersebut, sebelumnya saya ingin
menjelaskan bahawa pendapat dan hujah yang saya kemukakan di atas saya kutip
dari sebuah blog, tulisan seorang yang saya hormati, ust zaharudin. Pada saya
hujah dan pendapat beliau sudah jelas dan padat
namun dibawah entri saya itu saya ada menyatakan sedikit tambahan
pendapat peribadi saya sebagai penulis entri.
Saya cuba menjawab seringkas dan
sepadat mungkin. Secara umumnya ketika berbicara soal taubat, ada 3 rukun yang
asas yang perlu dilakukan iaitu solat taubat, meninggalkan maksiat tersebut dan
beriltizam untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Pada pendapat peribadi
saya, saya melihat bahawa apa yang telah dilakukan dulu itu adalah masa lalu
yang telah menjadi sebuah sejarah. Sejarah adalah sesuatu yang tidak mampu kita
ubah. Alhamdulillah saudara telah sedar bahawa perbuatan meniru sewaktu di
belajar dahulu adalah sesuatu yang salah, bukan sahaja dari sisi norma
pendidikan tapi juga dari sisi agama. Bukan sahaja soal halal dan haram, tetapi
berkait rapat soal keberkatan, seperti yang saya sudah nyatakan dalam entri di
atas.
Tetapi, satu hal yang kita perlu
sedari, Islam adalah sebuah agama yang sangat indah. Allah tidak pernah
menzalimi hamba-Nya yang ingin bertaubat. Bila kita merasakan dosa yang kita
pernah lakukan sangat berat tak tertanggung, sebenarnya rahmat dan kasih sayang
Allah jauh lebih besar dari kemurkaan-Nya. Benar, kadangkala perbuatan kita
mengundang murka Allah, tapi disetiap murka Allah pasti aka nada jalan untuk
mendapatkan kembali redha-Nya. Bukankah Allah itu ar-Rahman dan ar-Rahim? =) Jika
saudara yang bertanya menyatakan adakah perlu berhenti kerja, pada hemat saya,
lihatlah pada kesan tindakan tersebut. Adakah dengan berhenti kerja dan mencari
kerja lain akan boleh merubah perbuatan yang lalu itu? Jika tidak, adakah
saudara hendak menganggur semata-mata tidak mahu rezeki yang akan didapatkan
hasil dari perbuatan yang lalu? Atau yang lebih drastik saudara hendak mengulang
kembali pengajian di universiti? Semua itu adalah pilihan. Tergantung pada
peribadi dan kondisi yang hendak memilihnya. Tetapi, pada saya, berpijaklah
dibumi yang nyata. Bukan ingin memudahkan soal beragama, tetapi yakinilah Islam
ada jalan penyelesaian pada semua permasalahan.
Maaf jawapan saya tidak memberi
ketetapan dan keputusan terhadap apa yang harus saudara lakukan, kerana kondisi
dan situasi saudara sangat memberi kesan kepada apa yang harus saudara lakukan
sedangkan saya tidak memahami secara benar keadaan saudara. Adakah saudara
belum berkahwin atau telah bekeluarga dan mempunyai tanggungan, apakah taraf
hidup saudara, adakah jika berhenti kerja merupakan jalan yang paling terbaik
dan tidak mendatangkan mudharat yang lebih besar pada kehidupan saudara. Saya
takut tersalah memberi ketetapan kerana saya berpegang pada prinsip bahawa
keadaan berpengaruh besar pada hukum. Seperti mana ijtihad Saidina Umar tidak
melaksanakan hukuman potong tangan terhadap pencuri pada suatu keadaan dalam
zaman pemerintahan beliau dimana pada saat itu taraf hidup rakyat sangat
kritikal. Darurat, penindasan, kemiskinan, kebuluran menjadi sebab
keterpaksaan. Sedangkan dalam al-Quran tegas dinyatakan hukuman perbuatan
mencuri (barang yang dicuri yang cukup nisab) wajib dipotong tangan. Bukan
bermakna saidina Umar mengingkari, tapi itulah anugerah kebijaksanaan yang
Allah anugerahkan buat seorang sahabat nabi dalam memahami keluasan ilmu
al-Quran dan sunnah. Betapa hukum terkait rapat pada kondisi. Saya yakin,
beliau juga takut tersalah hukum. Meminjam kata-kata seorang penulis terkenal
di Malaysia, “Lebih baik tersalah ampun daripada tersalah memberi hukum”.
Saya hanya memberi jalan, maka
menurut pendapat saya, tanyalah pada iman dan hati saudara, apakah jalan yang
terbaik dan mampu memberi ketenangan kepada saudara. Jalan yang membawa
kebahagiaan dunia dan akhirat yang mampu membawa kepada keredhaan Allah. Semoga
bertemu jalannya. ^_^
~Yakinlah pada ALLAH Ar-Rahman Ar-Rahim kerana DIA juga Al-Gafur~
Harum_Kasturi
Harum_Kasturi
artikelnya sangat menarik,,
ReplyDeletesalam sukses gan,,
Really nice and informative blog, keep it up buddy…Thanks for sharing. Living Day
ReplyDeleteRaw Organic Whole Cashews (320 Count). These Organic Cashews have a rich and creamy flavor and are great for baking, cooking or snacking.
ReplyDeleteBuy Cashews online now.. http://www.cashewdeal.in/