MERUNGKAI DILEMA DAN KEMELUT RASA...
Bismillah wa hamdan syukran lillah..
Pada entri yang lepas saya ada memberi beberapa situasi yang berlaku dalam kalangan ahli dan pimpinan persatuan, bila dan di mana sahaja, selaga ia melibatkan satu kata yang membawa maksud organisasi dan persatuan. Namun demikian, jawapan saya mungkin agak fokus pada kondisi di mana saya berada, berdasarkan tahap ilmu yang saya miliki. Jika ada kesilapan, teguran dan pembetulan sangat diraikan. Semoga ada manfaat buat kita semua...
Situasi 1 :
A : "Penting ke Persatuan?"
B : "Kenapa tanya soalan yang pelik tu?"
A : "Apa kaitan antara Islam dan Persatuan? Ada dalil ke yang mewajibkan kita bepersatuan?"
B : "Errrr..."
*Persoalan : Kenapa kita perlu
bepersatuan? Apa kaitan antara Islam dan persatuan?
Ya. Benar. Tiada dalil qat’ie
yang mengatakan wajibnya bepersatuan. Sama dengan tidak ada dalil yang
mengatakan wajib memakai tudung. Benar, memakai tudung tidak wajib, yang wajib
adalah menutup aurat. Tudung dan yang seangkatan dengannya hanya wasilah. Maka,
pada zaman ini, jika hanya dengan memakai tudung, aurat itu mampu ditutup, maka
wajiblah memakai tudung. Ada yang bertanya, bolehla memakai selendang, masih
menutup aurat kan? Jawapannya, silakan, jika selendang itu tidak menampakkan
bentuk sanggul, tidak tipis, mampu ‘cover’ sebahagian besar bahagian belakang
dan dada, tidak menampakkan ‘serpihan-serpihan’ rambut, bukan warna yang boleh
menarik perhatian lawan jenis. Tapi persoalannya, adakah selendang hari ini
yang menepati kehendak menutup aurat yang telah digariskan Islam? Adakah
kepelbagaian tudung dan selendang hari ini mampu ‘cover’ batasan berfesyen yang
digariskan Islam? Kerana jangan dilupa, dalam Islam ada satu prinsip "Al-Ghoyah laa tubarrirul wasiilah" atau maknanya "Matlamat tidak menghalalkan cara".
Wudhu’ hukumnya sunat. Solat yang
wajib. Tetapi, solat tidak boleh didirikan tanpa wudhuk terlebih dahulu. Sahnya
solat, salah satunya dengan adanya wudhuk.
Maka, wajiblah wudhu’ untuk menunaikan solat. Adakah ia merubah hukum
asal wudhu’? Tidak, Hukum asal wudhu’ tetap sunat. Tetapi menjadi wajib ketika
hendak menunaikan solat.
Samalah seperti bepersatuan.
Persatuan tidak wajib, yang wajib adalah melantik pemimpin. Kenapa? Kerana
Islam mensyaratkan untuk melantik seorang imam atau ketua dalam permusafiran
yang mencapai tiga orang atau lebih. Islam menggariskan solat berjemaah yang
diketuai seorang imam. Bukan dua. Islam mewajibkan untuk mentaati pemimpin.
Rasulullah di lantik sebagai khalifah. Ketua Negara. Ketika wafatnya baginda
Rasulullah, perkara pertama yang dilakukan umat Islam adalah melantik pemimpin
pengganti Rasulullah. Ia tercatat dalam Peristiwa Tsaqifah Bani Sa'idah. Wajibnya ada pemimpin yang ditaati. Kerana isu
kepimpinanlah terjadinya peristiwa Tahkim dalam kisah Perang Shiffin antara
Saidina Ali dan Muawiyah bin Abi Sufyan. Kerana perlunya memilih SEORANG
PEMIMPIN. Sejarah dunia membuktikan, perlu ada pemimpin. Negara mana didunia
ini yang tidak punya pemimpin? Soal dia lelaki atau perempuan, soal dia Islam
atau bukan, itu persoalan seterusnya. Apa yang menjadi KEUTAMAAN adalah
WAJIBNYA ada pemimpin. Itu tidak bisa lagi dinafikan.
Maka, dalam konteks Banda Aceh,
wajibkan bepersatuan?
Kita masyarakat mahasiswa dalam
kelompok yang kecil. Maka, jika hanya 3 orang yang bermusafir pun, Islam
mensyaratkan untuk melantik seorang imam@ketua, apatahlagi jika melibatkan
hampir 200 lebih mahasiswa Malaysia. Apakah ada cara dan jalan lain yang boleh
ditempuh untuk mencapai kesatuan agar mahasiswa tidak berpecah, memudahkan
urusan imigrasi dan kebajikan mahasiswa, memudahkan pihak kedutaan besar
mengesan data dan kedudukan pelajar? Selain dari bepersatuan?
Setakat sehingga hari ini, hanya
dengan jalan bepersatuanlah mampu mencapai segala yang dimaksudkan. Maka,
wajiblah adanya persatuan. Setelah adanya persatuan dan pemimpin, Islam
mewajibkan agar yang dipimpin itu mentaati pemimpin dalam batas selagi mana
yang memimpin itu tidak membawa kepada kemaksiatan dan kesyirikan kepada Allah. Malah, dalam prinsip ahli sunnah berkenaan kepimpinan, sah dan wajib ditaati seorang pemimpin (walaupun dia zhalim) dan haram memberontak selagi dia bukanlah pemimpin yang bersifat Ibahiyah (Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram). Maka, selagi pemimpin yang ada masih menjaga kebajikan dan membawa kepada perkara yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran, maka ikuti dan taatilah dia. Semoga ada berkahnya. Aamiin.
'ala kulli hal, wallahu 'alam bisshawab...
-------- To be continued.
No comments:
Post a Comment