::Wahai Pemilik Ilmu::

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure she carries, or the way she combs her hairs. The beauty of a woman must be seen from her eyes. Because that is the doorway to her heart, The place where love resides. The beauty of a woman is not the facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is caring that she lovingly gives, The passion that she shows. The beauty of a woman, With passing years-only grows..."

Monday, April 16, 2012

It's In Your Hearts

DUNIA DAN REALITI


BismiLLAH wa hamdan syukran liLLAH...

Sudah lama rasanya tidak menulis sesuatu di sini. Semalam, Alhamdulillah saya dan beberapa sahabiah selamat menghantar sahabat-sahabat di lapangan tugu untuk menjalani KPM (Kuliah Pengabdian Masyarakat)-PAR di Bener Maria berhampiran Takengon, Aceh Tengah. KPM merupakan antara syarat wajib yang perlu dijalani bagi Mahasiswa IAIN Ar-Raniry bagi melayakkan diri menjadi graduan yang mendapat ijazah atau disebut sebagai Strata 1 (S-1) dengan gelaran SHI (Sarjana Hukum Islam) bagi mahasiswa fakulti syariah, selain daripada Skripsi dan Ujian Komprehensif. Hal ini bermakna, sekalipun subjek dah habis, selagi tidak menyelesaikan KPM, Skripsi dan Ujian Komprehensif, cita-cita untuk kembali ke Malaysia hanyalah sebuah angan-angan. =) 

KPM yang juga sama erti dengan latihan amali dakwah ini berlangsung selama 45 hari. KPM terbahagi kepada 3 jenis, yaitu KPM PAR, KPM Regular dan KPM Mandiri. KPM PAR merupakan KPM yang mana para peserta ditaja sepenuhnya untuk melakukan kajian yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Maka, sesuai dengan tajaan, syarat untuk mendapatkan tempat bagi KPM PAR juga adalah agak sulit, yaitu perlu memiliki SK dan mengikuti ujian @ temuduga di setiap fakulti masing-masing. Bagi KPM Regular pula, adalah KPM yang mana syarat utamanya adalah memiliki SK pembimbing Skripsi. Biaya perbelanjaan pula ditanggung separuh oleh pihak Universiti. Yang terakhir, KPM Mandiri merupakan KPM yang mana khusus bagi pelajar yang masih belum mempunyai SK Pembimbing Skripsi. Sesuai dengan namanya, biaya bagi KPM Mandiri dikeluarkan sepenuhnya oleh mahasiswa tersebut.


Namun, KPM hanyalah suatu irisan minda saya, kerana 2 Peristiwa semalam yang menjadi ilham untuk saya menulis adalah tentang bicara dan kata-kata salah seorang adik yang merupakan salah seorang senior saya disini, kerana saya merupakan pelajar lanjutan 2011, sedangkan beliau merupakan pelajar kemasukan tahun satu sejak tahun 2008. Jadi, meski jarak usia agak jauh, beliau masih senior saya. =) Akmal; "Akak, masa KPM ni la kita benar-benar teruji. Kita selalu berbicara tentang Bi'ah Solehah, tapi hakikatnya, tidak semudah itu." Saya tersenyum dan menyambung "Benar, KPM lah medan ALLAH nak menguji bicara kita. Tujuh semester kita asyik berteori. Pada masa inilah untuk kita mengukur teori dan praktikal. Mampukah ia berjalan seiring." Ketika kita membicarakan tentang Bi'ah Solehah, pada masa inilah prinsip kita akan teruji. Bila kita dikelilingi oleh mereka-mereka yang tidak atau belum memahami tentang Bi'ah Solehah. Seperti yang kita sedia maklum (bagi kami yang belajar di sini) mahasiswa Aceh atau dikenali sebagai Anak Aceh, bersifat agak terbuka dalam isu pergaulan atau istilah yang familiar dalam kalangan anak Malaysia, 'Ikhtilat'. Hakikatnya, KPM hanya suatu akademi dan pra kepada sebuah lapangan dakwah realiti yang lebih luas dan mencabar, yaitu pentas dakwah masyarakat Malaysia. Tanah air kita. Bumi kelahiran kita.

Peristiwa kedua adalah juga dari bicara individu yang sama, Akmal; " Akak, lepas ni akak nak buat apa? Akak nak kemana? Akak nikah dulu ke?" Dengan riak terkejut dan kemudian baru tersenyum, saya menjawab "Dimana dan apa yang ALLAH telah tuliskan serta takdirkan buat kakak, disitulah kakk akan berdiri. Itulah yang kakak akan lakukan." Akmal dengan nada yang kurang berpuas hati, menyambung "Akak nak sambung master terus ke? dekat mana?" Saya menjawab "InshaAllah. Hajat hati nak menunaikan impian yang pernah hampir terputus untuk berada di Jordan sebagai seorang musafir ilmu. Sekalipun bukan dalam peringkat master, tapi ambil kursus lughah pun tak pe. Apa yang penting, untuk kakk menyambung impian untuk berada disana sebagai seorang penuntut ilmu..Titik. Master, inshaAllah. Belanda, Aceh dan Malaysia ada." Saya tersenyum panjang. Dalam kepala ni dah banyak awan-awan dan lampu-lampu muncul. Saya perlu jelaskan kembali strategi kehidupan saya. Semoga laluan dan hayunan langkah ini dipermudahkan. Amiin Ya Rabb. Tentang nikah? Segalanya ada dalam GENGGAMAN-NYA. Segalanya ada pada hati dan minda saya. It's in my heart. Untuk menduga dan meneka? silakan. It's in your hearts. =)


Sebenarnya, saat melihat pemergian sahabat2 semalam, ada rasa sayu dan kosong terbit dalam hati. Saya pun tidak tahu kenapa.. Wallahu 'alam.


No comments:

Post a Comment

Followers

::Mutiara Hadith::

::Mutiara Hadith::
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)

~Bicara Zahidah~

~Bicara Zahidah~
"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...