15 Zulhijjah 1433H.
KOTA BHARU: "Apabila ketiadaan saya nanti, pemimpin
lain hendaklah sambung dan teruskan perjuangan memarbatkan Islam.
Saya
berharap generasi pelapis hari ini meneruskan perjuangan Islam," pesan
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat..
Pesanan ini dibuat beliau melalui wartawan Harakah, Salmah Mat Husein dan Rizal Tahir ketika kedua-duanya menemubual beliau baru-baru ini.
Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional semakin ramai menyertai PAS termasuk juga di Sabah dan Sarawak. Ramai yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS.
"Rakyat boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Kelantan, di mana pemimpinnya tidak pentingkan diri sendiri, sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat dan tidak rasuah.
"Ini menjadi model kepada masyarakat untuk lebih mempercayai perjuangan PAS," kata beliau.

Sumber:HARAKAHDAILY
*******
Kembara Sufi: Bagi yang tidak mencintainya, cubalah Jangan pandang TG sebagai tokoh politik, tetapi pandanglah bicara yang lahir itu amanat dan nukilan dari sosok seorang alim ulama' dan seorang pejuang agama yang beramanat kepada generasi pelapis hari ini... Generasi yang bakal menyambung mata rantai perjuangan menegakkan Islam dan membumikan Tarbiah Islam di bumi Malaysia yang tercinta...
Sosok yang telah lama berada dalam saff perjuangan untuk menyebarkan dan menegakkan Kalimatul Haq di bumi Tanah Melayu kita...
No comments:
Post a Comment