Followers

::Wahai Pemilik Ilmu::

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure she carries, or the way she combs her hairs. The beauty of a woman must be seen from her eyes. Because that is the doorway to her heart, The place where love resides. The beauty of a woman is not the facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is caring that she lovingly gives, The passion that she shows. The beauty of a woman, With passing years-only grows..."

Wednesday, October 31, 2012

Apabila Ketiadaan Saya Nanti...

15 Zulhijjah 1433H. 
KOTA BHARU: "Apabila ketiadaan saya nanti, pemimpin lain hendaklah sambung dan teruskan perjuangan memarbatkan Islam. 

Saya berharap generasi pelapis hari ini meneruskan perjuangan Islam," pesan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat..

Pesanan ini dibuat beliau melalui wartawan Harakah, Salmah Mat Husein dan Rizal Tahir ketika kedua-duanya menemubual beliau baru-baru ini.

Monday, May 28, 2012

I'm Not Afraid To Stand Alone

Bismillah wa hamdan syukran liLLAH. 
Ketika mencari 'sesuatu' untuk santapan rohani, saya bertemu dengan lirik lagu ini. Sangat menjentik sukma iman. Inspirasi yang lahir dari kisah seorang mukminah yang berdepan ujian hebat saat pertemuan antara dua akidah dan dua prinsip. Ketika itu terbukti siapa DIA dihati dan dalam diri kita. Allah.. Sesungguhnya dalam setiap laluan hari, dalam setiap detik masa, dalam setiap edaran darah, dalam setiap detak jantung, dalam setiap denyutan nadi dan dalam setiap helaan nafas, hakikatnya KITA TIDAK PERNAH BERSENDIRI. Maka, wahai diri dan saudara yang saya sayangi kerana Allah, jangan pernah biarkan rasa sendiri itu ada dalam diri dan hati. ^_^



I'm Not Afraid To Stand Alone by Native Deen

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Sunday, May 13, 2012

YANG KU DAMBA BUKANLAH SYURGA

Assalamu’alaikum warahmatuLLAHI wabarakatuh.

BismiLLAH wa Hamdan syukran liLLAH.

Segala puji buat-Mu Allah, Habibi Qalbi. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh ahlul bait dan para sahabat serta tabi’in, tabi’ tabi’in seterusnya buat para pejuang agama yang telah syahid dan yang masih tegar berdiri memperjuangkan Islam. Ma, Pa’. Guru-guru dan sahabat-sahabiah sefikrah dan seakidah.

Selama kita hidup di dunia ini, selama kita mengenal erti kehidupan, selama kita mula mengetahui hakikat penciptaan, setelah kita memahami tujuan kita diciptakan dan selama kita bernafas dengan nikmat Iman dan Islam, pernah tak kita bertanya pada diri kita, apakah yang kita damba untuk sebuah kehidupan?

Wednesday, April 25, 2012

~Mutiara Ilhami~

BismiLLAH wa Hamdan Syukran liLLAH...

Sudah lama tidak berkarya. Menajamkan pena ilham. Tarikh diari ilhami pun sudah jauh meninggalkan realiti perjalanan hari. Kali ini terasa untuk menerbitkan. Bahagia Sebuah Derita, sekadar sebuah irisan minda. Tentang kudrat hamba berdepan dengan 'belaian' Pencipta. Semoga ada manfaat buat semua..

 ************

Bahagia Sebuah Derita

Di sini… Ku teruskan langkah kaki
Menjalani hari yang pernah terbiar sepi
Menangisi suatu yang telah terpatri
Sehingga diri ini terasa mati...


Namun semua itu sudah tidak bererti
Kerana kini ku sudah punya inspirasi
Kan ku hayun langkah berani
Mencari erti yang selama ini kucari….CITA


Demi jiwa yang ada dalam genggaman-Nya
Ku hanya manusia biasa
Jatuhnya aku pasti kan terguris luka
Sakitnya pasti mengundang air mata...


Ya Rahman  Kau Pemilik Segala
Ya Rahim Kau Penyembuh Luka
Ya Allah Pada-Mu ku serahkan Jiwa
Moga AKHIRNYA derita itu ku rasa bahagia…


Kembara Sufi,
Istana_Zahidah
1.34 pagi/ B.2 / Villa D’ KIPSAS/ Tgk. Diblang, Darussalam, Banda Aceh.


Monday, April 16, 2012

It's In Your Hearts

DUNIA DAN REALITI


BismiLLAH wa hamdan syukran liLLAH...

Sudah lama rasanya tidak menulis sesuatu di sini. Semalam, Alhamdulillah saya dan beberapa sahabiah selamat menghantar sahabat-sahabat di lapangan tugu untuk menjalani KPM (Kuliah Pengabdian Masyarakat)-PAR di Bener Maria berhampiran Takengon, Aceh Tengah. KPM merupakan antara syarat wajib yang perlu dijalani bagi Mahasiswa IAIN Ar-Raniry bagi melayakkan diri menjadi graduan yang mendapat ijazah atau disebut sebagai Strata 1 (S-1) dengan gelaran SHI (Sarjana Hukum Islam) bagi mahasiswa fakulti syariah, selain daripada Skripsi dan Ujian Komprehensif. Hal ini bermakna, sekalipun subjek dah habis, selagi tidak menyelesaikan KPM, Skripsi dan Ujian Komprehensif, cita-cita untuk kembali ke Malaysia hanyalah sebuah angan-angan. =) 

KPM yang juga sama erti dengan latihan amali dakwah ini berlangsung selama 45 hari. KPM terbahagi kepada 3 jenis, yaitu KPM PAR, KPM Regular dan KPM Mandiri. KPM PAR merupakan KPM yang mana para peserta ditaja sepenuhnya untuk melakukan kajian yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Maka, sesuai dengan tajaan, syarat untuk mendapatkan tempat bagi KPM PAR juga adalah agak sulit, yaitu perlu memiliki SK dan mengikuti ujian @ temuduga di setiap fakulti masing-masing. Bagi KPM Regular pula, adalah KPM yang mana syarat utamanya adalah memiliki SK pembimbing Skripsi. Biaya perbelanjaan pula ditanggung separuh oleh pihak Universiti. Yang terakhir, KPM Mandiri merupakan KPM yang mana khusus bagi pelajar yang masih belum mempunyai SK Pembimbing Skripsi. Sesuai dengan namanya, biaya bagi KPM Mandiri dikeluarkan sepenuhnya oleh mahasiswa tersebut.

Tuesday, April 10, 2012

Pengawasan Syariat Islam Di Aceh

JUDUL PRESENTASI:
PENGAWASAN SYARIAT ISLAM DI ACEH
MAHASISWI:
KASRINA BINTI RULLY (131109186)
NURUL HABIBAH (131008638) 

1. PENDAHULUAN
1.1 LATAR BELAKANG
Dalam pembicaraan mengenai perlaksanaan Syariat Islam di Aceh, tidak akan mampu terlepas dari berbicara mengenai pihak yang bertanggungjawab memastikan kelancaran perjalanan penegakannya.
Perjalanan penegakan syari’at Islam di Aceh merupakan fenomena yang sangat penting untuk dicermati, kerna jika dilihat dari sisi praktis hukum, hal ini merupakan suatu usaha awal yang baru dalam sebuah penegakan hukum Islam di Indonesia yang selama ini merupakan sebuah negara yang identik dengan hukum Positif.
Kerna itu, dalam usaha pelaksanaannya, penulis melihat peran dan tanggungjawab pihak atau lembaga yang mengawasi perjalanannya sangat penting dan signifikan agar usaha dan perancangan yang telah diatur selari dengan perlaksanaannya. Hal ini karena, perancangan tanpa dokongan pihak lain hanya akan menjadikan impian ini sebuah khayalan imaginasi yang bersifat teoritis semata. 

Saturday, February 18, 2012

WARKAH BUATMU...

SEKADAR SEBUAH LUAHAN RASA…
WARKAH BUAT ADIK-ADIK SAYA…



BismiLLAH wa hamdan syukran liLLAH.
Segala puji bagi ALLAH yang menciptakan seluruh kejadian antara langit dan bumi.


Menjalani kehidupan sebagai musafir ilmu diperantauan hakikatnya adalah kesinambungan sebuah perjalanan dalam episode Kembara Ilmu. Realiti dunia sebagai sebuah persinggahan adalah tamsilan kepada fasa kehidupan berbeza yang perlu dilalui oleh setiap yang bernama manusia. Bermula dari fasa alam roh ke alam Rahim kemudian ke alam dunia. Setiap fasa perlu melalui sebuah proses peralihan.
Apa yang dialami, dirasa, dilihat, didengar, ditemui pastinya berbeza bagi setiap fasa namun yang pastinya setiap pertemuan pasti diiringi bersamanya sebuah jaminan perpisahan. Itu lumrah bagi yang bernyawa. Perjalanan dan peralihan juga adakalanya memisahkan diri dari insan2 yang pernah hadir dalam hidup kita kerana tidak selamanya kita akan bersama dengan mereka-mereka yang kita temui disetiap fasa kehidupan yang kita lalui. Tadika, sekolah rendah, menengah, IPT, alam kerjaya dsb. Semuanya di hiasi dengan insan2 yang berbeza, suasana yang berbeza, masa yang berbeza, tempat dan situasi yang berbeza. Demikian saja sebuah mukaddimah.=)

Sunday, January 22, 2012

Adakah DIA dalam DIRIKU?



KECEMBURUANKU PADA MEREKA...


Assalamu’alaikum warahmatuLLAHI wabarakatuh.

BismiLLAH wa Hamdan syukran liLLAH.
Segala puji buat-Mu Allah, Habibi Qalbi. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh ahlul bait dan para sahabat serta tabi’in, tabi’ tabi’in seterusnya buat para pejuang agama yang telah syahid dan yang masih tegar berdiri memperjuangkan Islam. Ma, Pa’. Guru-guru dan sahabat-sahabiah sefikrah dan seakidah yang saya cintai kerana ALLAH jua.


Ketika jasad dan minda dihimpit kesibukan dan ujian menjalani hidup sebagai musafir ilmu dan khalifah di bumi ALLAH ini, terkadang hayunan langkah seorang muslimat ini terasa lesu dan lemah. Namun, saya tahu, saya perlu mencari penawarnya. Saya tidak boleh membiarkan langkah ini menjadi lemah sehingga terhenti. Kerana bimbang, ketika ia terhenti, ia bakal menjadi langkah terakhir di sebuah perhentian yang pastinya bukanlah destinasi sebenar yang hendak dituju.. Maka, lebih 2 minggu ini, saya menghidangkan pendengaran saya dengan lagu wanita dan srikandi Islam zaman silam. Setiap hari. Semoga ruh itu meresap dalam diri. Semoga mereka 'ada' adalam diri yang kerdil dan lemah ini. Makanya, dalam proses 'refresh' ini, saya dihambat satu rasa. Rasa cemburu dan persoalan. Rasa cemburu yang sentiasa mengundang air mata yang tidak jemu mengalir. Persoalan: Adakah DIA dalam DIRIKU? Siapakah dia?

Thursday, January 5, 2012

2012 Reading Challenge

How Goodreads Can Help You Read More Books in 2012

Bismillah wa Hamdan syukran lillah.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Segala puji bagi Allah yang masih memberi kita kesempatan untuk bernafas lagi sehingga ke detik ini. Tahun Baru, Ujian dan Mehnah yang Baru, Tapi Jasad masih sama. =) Sempena tahun baru yang telah menjengahkan dirinya, saya mahu menyeru dan mengajak kepada diri dan sahabat-sahabat dan saudara saya (andalah!), JOM KITA MEMBACA. CABAR DIRI, AKAL, IMAN DAN ILMU ANDA DENGAN MEMBACA!

Disini saya kongsikan sebuah web yang menganjurkan 'Reading Challenge' untuk diri sendiri. Bukan untuk pertandingan ya! =) Tapi sebelum tu, kena jadi ahli la dulu ye. =) Kemudian tetapkanlah skor dan 'goal' yang anda ingin capai. Selamat Membaca! =)

Posted by Patrick on January 04, 2012
Drink less coffee. Volunteer more. Join a gym. Every year we make resolutions that we think will make us better people—more considerate, more well-rounded (or, in the words of Radiohead, "Fitter, happier, more productive."). While we can't help you lose weight or spend more time with your family, we can help with one common New Year's resolution—to read more. Here are three simple ways Goodreads can keep you on pace to finish more books in 2012!

Saturday, December 31, 2011

TRAGEDI TAHUN BARU 2012

KEBANGKITAN MAHASISWA CETUS KONTROVERSI PEMERINTAH


TANJUNG MALIM, 1 Jan: Himpunan mahasiswa protes Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dicemari insiden keganasan pihak polis yang bertindak memukul mahasiswa ketika cuba meleraikan mereka.

Dalam insiden awal pagi tadi, dua mahasiswa termasuk Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS, Safwan Anang Talib dilaporkan cedera parah dibelasah anggota FRU.

Beliau dilapor patah tulang rusuk, patah gigi geraham akibat dipijak anggota polis dan kini didakwa sedang mendapat rawatan di wad kecemasan di Hospital Slim River.

Seorang lagi mahasiswa yang cedera parah, Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul.

Selain itu, sekurang-kurangnya 17 mahasiswa lain ditangkap dalam insiden malam tadi dan kini telah dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Antara mereka termasuk pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli; dua bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir dan Hilman Idham serta Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath.

Dalam satu respon segera, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan mengutuk keganasan ke atas mahasiswa yang berhimpun secara aman malam tadi.

"Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga  PDRM sehingga jam 12 tengahari ini agar semua tahanan itu dibebaskan.

"Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River," katanya kepada Harakahdaily.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai sungguh zalim dan kejam, Nasruddin juga memeberi amaran, satu himpunan lebih besar akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa tersebut.

"Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia.

"Jika  tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas," tegasnya.
Harakahdaily sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden tersebut.


BismiLLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Assalamu'alaikum wbt. 
Pagi yang indah di Bumi Nanggroe Aceh Darussalam namun bagi saya pagi ini adalah pagi yang suram di Bumi Malaysia negara yang tercinta. Suram bukan kerana matahari tidak sudi memunculkan diri atau cuaca langit yang kelam, tetapi suram kerana ada hati-hati yang sedang berduka dan kecewa. Saya dan sahabiah2 yang berada agak jauh dari Bumi Malaysia masih terasa tempiasnya. Bukan kerana dekatnya jarak dua negara, tapi kerana dekatnya hati-hati kami yang diikat dengan tali ukhwah.

Saya terkedu melihat laporan akhbar pagi ini ditambah dengan laporan dari sahabiah saya yang sejak awal pagi hari setia mendapatkan khabar dari Malaysia (12.00 pagi). Takziah dan Tahniah buat saudara-saudara saya yang berjuang atas platform pembebasan minda mahasiswa dari penjajahan dan penindasan internal. Takziah kerana ada yang tercedera namun tahniah kerana berjaya mencetuskan satu lagi reformasi untuk membuka mata hati dan minda mahasiswa lain yang sedang lena dibuai arus keselesaan dan kemajuan teknologi tanpa menyedari hakikat penipuan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Namun yang paling utama bagi saya, untuk membuka mata hati para aparat pemerintah agar menyedari bahawa mahasiswa perlu diberi peluang untuk melontarkan gagasan dan idea mereka. Memberi peluang kepada mahasiswa untuk belajar, mengajar dan diajar tentang hakikat dan realiti pentas dunia pemerintahan. Bukankah Mahasiswa sering dicanangkan untuk menjadi PEMIMPIN GENERASI? Maka, kenapa perlu dihalang? Jika silap, tegurlah sebagai seorang 'ayah' dan 'ibu', namun teguran itu bukanlah dalam bentuk 'sentuhan' yang mampu membawa maut sehingga 'anak' kalian ini terlantar parah dikatil hospital. Pada hemat saya, 'ayah tiri' sekalipun ada juga yang berperikemanusiaan.

(Takziah buat Akh Safwan Anang Talib dan Isteri, Ukh Mastura atas kecederaan Akh Safwan) serta Akh Amar Rasyidi. Buat 17 mahasiswa lain yang masih ditahan, tahniah buat kalian. Jadikan tempoh tahanan itu satu 'kenangan indah' yang tidak diberi dan tidak dirasai oleh mahasiswa-mahasiswa yang biasa. Antum adalah syabab dan mahasiswa yang luar biasa. Jadikan ia fasa awal kepada tarbiah ke arah melahirkan Pemimpin Masa Hadapan yang tegar dan sigap. Kerana apa yang kita lalui hari ini hanyalah sedikit berbanding apa yang telah dilalui oleh Syeikh Ahmad Yasin, Imam Hassan Al-Banna, Syed Qutb, Zainab Al-Ghazali Imam Ahmad, Imam Hanafi, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali, Saidina Hamzah dan yang paling utama, apa yang kita lalui HARI INI tidaklah seluka dan separah apa yang telah dilalui oleh Kekasih Hati, Muhammad saw.
******

 
 

::Mutiara Hadith::

::Mutiara Hadith::
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)

~Bicara Zahidah~

~Bicara Zahidah~
"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...