::Ahlan Wa Sahlan::

::Wahai Pemilik Ilmu::

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure she carries, or the way she combs her hairs. The beauty of a woman must be seen from her eyes. Because that is the doorway to her heart, The place where love resides. The beauty of a woman is not the facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is caring that she lovingly gives, The passion that she shows. The beauty of a woman, With passing years-only grows..."

Sunday, January 22, 2012

Adakah DIA dalam DIRIKU?



KECEMBURUANKU PADA MEREKA...


Assalamu’alaikum warahmatuLLAHI wabarakatuh.

BismiLLAH wa Hamdan syukran liLLAH.
Segala puji buat-Mu Allah, Habibi Qalbi. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh ahlul bait dan para sahabat serta tabi’in, tabi’ tabi’in seterusnya buat para pejuang agama yang telah syahid dan yang masih tegar berdiri memperjuangkan Islam. Ma, Pa’. Guru-guru dan sahabat-sahabiah sefikrah dan seakidah yang saya cintai kerana ALLAH jua.


Ketika jasad dan minda dihimpit kesibukan dan ujian menjalani hidup sebagai musafir ilmu dan khalifah di bumi ALLAH ini, terkadang hayunan langkah seorang muslimat ini terasa lesu dan lemah. Namun, saya tahu, saya perlu mencari penawarnya. Saya tidak boleh membiarkan langkah ini menjadi lemah sehingga terhenti. Kerana bimbang, ketika ia terhenti, ia bakal menjadi langkah terakhir di sebuah perhentian yang pastinya bukanlah destinasi sebenar yang hendak dituju.. Maka, lebih 2 minggu ini, saya menghidangkan pendengaran saya dengan lagu wanita dan srikandi Islam zaman silam. Setiap hari. Semoga ruh itu meresap dalam diri. Semoga mereka 'ada' adalam diri yang kerdil dan lemah ini. Makanya, dalam proses 'refresh' ini, saya dihambat satu rasa. Rasa cemburu dan persoalan. Rasa cemburu yang sentiasa mengundang air mata yang tidak jemu mengalir. Persoalan: Adakah DIA dalam DIRIKU? Siapakah dia?

DIA...
1. Ingatkah kita lagi tentang susuk seorang Wanita Agung. Mungkin Ramai manusia sudah memiliki ingatan yang sirna mengenai seorang Ummul Mukminin bernama Khadijah binti Khuwailid. Hidup dalam lingkungan keluarga yang terhormat sehingga mendapat didikan akhlak yang mulia, sifat yang tegas, dan mampu menghindari hal-hal yang tidak terpuji sehingga kaumnya pada masa jahiliyah menyebutnya dengan ath thahirah (wanita yang suci). Dia… Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaan dan segenap harta miliknya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman,  tanpa meragukan sedikit pun seruan Nabi. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan jauh lagi meninggalkannya. Peribadinya yang tenang membuatnya tidak tergesa-gesa dalam mengambil keputusan mengikuti kebanyakan pendapat penduduk negerinya yang menganggap Nabi Muhammad sebagai orang yang telah mengkhianati tradisi luhur bangsanya. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga dirinya dijemput ALLAH SWT meninggalkan seorang suami yang bakal menjalani Tarbiyah Allah dengan segenap penyerahan dan sandaran hanya pada-NYA. Bayangkanlah wahai diri dan sahabiah semua, dia Khadijah… Wanita yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan sekadar makan pucuk kayu sahaja hingga mulutnya terluka. Dia… Wanita yang telah mengorbankan seluruh hidup, jiwa dan hartanya untuk kepentingan dakwah di jalan Allah. Keteguhan hati dan istiqomahnya dalam iman tidak terbanding dangan sesiapapun isteri Baginda sehingga Allah berkenan menitip salamNya melalui Jibril untuk Khadijah dan menyiapkan sebuah rumah baginya di syurga. Betapa mulianya seorang Khadijah. Besarnya pengaruh seorang Khadijah pada risalah nubuwah,  mulia akhlaknya dan cinta yang sucinya sangat membekas di hati Rasulullah sehingga baginda tidak jemu menyebut-nyebut kebaikannya walaupun seorang Khadijah telah wafat. Ya. Kehebatan seorang Khadijah mengundang cemburu. Cemburu Aisyah. Cemburu saya. Aduh! Dimanakah Khadijah dalam diriku dan kita semua..


DIA...
2. Mungkin ramai juga yang mula terlupa tentang seorang Fatimah Az-Zahrah binti Muhammad SAW. Dia adalah belahan jiwa Rasulullah, puteri wanita terpandang dan mantap agamanya, isteri daripada lelaki ahli syurga iaitu Ali bin Abi Thalib. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci dan tegar itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya sehingga kecintaan Baginda padanya melebihi cinta pada yang lainnya. Dalam shahih Muslim menurut syarah An Nawawi Nabi bersabda: "Fatimah merupakan belahan diriku. Siapa yang menyakitinya, bererti menyakitiku." Dia seorang Fatimah. Seorang wanita yang rela hidup dalam kefakiran demi mengecap manisnya iman bersama ayah dan suami tercinta. Dia seorang wanita yang sangat tabah, kuat menempuhi segala dugaan. Ingatkah kita lagi tentang kisah sekalung rantai pemberian arwah ibundanya tercinta yang diberikannya kepada seorang musafir miskin sedang Fatimah juga pada masa itu sudah berpuasa 3 hari lantaran tiada makanan dirumahnya? Menitis air mata seorang Nabi melihatkan taqwa puterinya. Sungguh… Layaklah dia menjadi wanita penghulu syurga. Ya ALLAH… Kemanakah Fatimah dalam diri yang kerdil ini?


DIA...
3. Mungkin, lebih ramai yang telah melupakan susuk seorang wanita bernama Asiah binti Muzahim. Permaisuri seorang Raja yang zalim. Dialah seorang isteri solehah kepada seorang suami yang dilaknati ALLAH. Beriman kepada Rabb yang Satu dikala suaminya Firaun menentang Nabi Musa dan ALLAH. Seorang wanita biasa, namun kuasa ALLAH telah menjadikan bicara lembut dan sifat keibuan miliknya untuk menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH menjadikannya antara yang beriman dengan seruan Nabi Musa AS. Malah, ALLAH juga telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya sebuah Istana di syurga atas ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya demi memperjuangkan deen ISLAM dalam dirinya. Dia wanita biasa yang memiliki Iman dan Taqwa yang luar biasa sehingga kisahnya terukir dalam lipatan Al-Quran untuk dijadikan panduan buat semua muslimah. Dia…Wanita Solehah dalam Asuhan Seorang Lelaki yang dimurka ALLAH. Menjadi bukti sebuah hakikat, bahawa betapapun besar kecintaan dan kepatuhannya pada suami ternyata di hatinya masih tersedia tempat tertinggi yang ia isi dengan cinta pada Allah dan RasulNya. Ya ALLAH, adakah Asiah dalam diri yang lemah ini…


DIA...
4. Mungkin lebih ramai yang mula terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Puteri seorang alim bernama Imran. Maryam Binti Imran. Sang Perawan yang menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, sehingga ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria AS sebagai penjaga. Kesucian yang terpelihara, akhlak yang terpuji, peribadi yang mulia melayakkan dia, seorang Maryam, wanita barokah yang rahimnya dipilih ALLAH untuk mengandung dan melahirkan seorang nabi. Isa AS. Setelah melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai cercaan dan hinaan, dia wanita tegar dan solehah yang meletakkan seluruh pergantungan hanya kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya dirinya. Akhirnya, ALLAH menurunkan pembelaanya melalui anak kecil, seorang Isa AS yang boleh berbicara dan menyeru manusia ketika masih dalam buaian. Mulianya seorang Maryam sehingga satu surah dalam Al-Quran yang mulia dinamakan surah Maryam. Ya ALLAH… Hebatnya Seorang Maryam… tidak terjangkau dia dalam diri yang kerdil ini.


DIA… Khadijah, Fatimah, Maryam dan Asiah. Mereka wanita utama. Mereka Wanita Penghulu Syurga. Dimanakah mereka dalam diriku dan diri kita semua? Wahai wanita dan Muslimah akhir zaman yang mahu menggelar diri kita ini sebagai Wanita Solehah! 


Layakkah?



(Aduh! Bagaimana harus saya kawal rasa cemburu yang semakin menebal ini? Hati saya diamuk resah. Tolonglah.)


No comments:

Post a Comment

Followers

::Mutiara Hadith::

::Mutiara Hadith::
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)

::IAIN AR-RANIRY (2011/2013)::

Semester 7 (11/12)
INU 1001 Pendidikan Kewarganegaraan

INU 1004 Bahasa Indonesia

INU 3002 Ilmu Budaya Dasar

INK 3004 Matematika Dasar

INK 3007 Hadis

SYA 1009 Ilmu Hukum

SPH 3009 Asbab Ikhtilaf Al-Fuqaha

SPH 3010 Sosiologi Hukum

SPH 3011 Hukum Islam Di Indonesia
*******
Semester Pendek (10/11)
SYA 7701 Filsafat Hukum Islam

SYA 7702 Praktikum

SYA 7703 Membahas Kitab Fiqh II
*******

Semester 8 (11/12)

SYA 2007 Hukum Adat

SYA 4701 Ushul Fiqh II

SYA 4702 Hukum Islam Dan Masyarakat

SPH 4708 Ushul Fiqh Muqaranah I

SMI 4709 Epistomologi Perundang-Undangan I

SYA 6701 Ushul Fiqh III

SPH 6805 Epistomologi Perundang-Undangan II

SPH 6806 Ushul Fiqh Muqaranah II

SPH 6807 Syari’at Islam Di Aceh

SPH 6808 Takhrij Hadis

SPH 6809 Hukum Perkahwinan Di Indonesia

*******

Semester 9 (11/12)

SYA 5702 Membahas Kitab Fiqh I

SPH 5803 Membahas Kitab Tafsir

SPH 5804 Muqaranah Mazhab Fil Jinayah

SPH 5805 Hukum Tata Negara

SPH 5806 Ilmu Falak

SPH 5809 Legal Drafting I

SPH 7804 Metode Penelitian Hukum

SPH 7806 Metode Ijtihad Kontemporer

SPH 7809 Legal Drafting II

*******

Semester 10 (12/13)

SYA 8701 KPM

SYA 8702 Skripsi

SYA 8703 Ujian Komprehensif

:: KIPSAS 2008/2011 ::

Semester 4 (09/10)

ASU 2012 Qawaidh Fiqhiyah

ASU 2022 Pengantar Fiqh Islam

ASU 2073 Usul Fiqh

ASU 2102 Siyasah Syar'iyyah

ASU 2142 Al-'arabiyyah li al-syariyyah 1

ASU 2202 Undang-Undang Jenayah Perbandingan

ASU 2222 Undang-Undang Keluarga Perbandingan

ASU 2262 Bahasa Inggeris 3

KIP 2031 Halaqah Usrah 3
*******

Semester 5 (10/11)

KIP 2041 Usrah II

ASU 2272 Bahasa Inggeris IV

ASU 2152 Al-Arabiyyah Li Al-Syar'iyah II

ASU 2083 Pentadbiran Harta Orang Islam

ASU 2232 Undang-Undang Syarikat & Perkongsian

ASU 2242 Undang-Undang Keterangan Perbandingan

ASU 2212 Undang-Undang Probet Perwarisan

ASU 2062 Fiqh Muamalat
*******

Semester 6 (10/11)

ASU2052 Ayat & Hadith Ahkam

ASU2282 English For Law

ASU2122 Kaunseling Islam & Guaman Syari'e

ASU2132 Undang-Undang Prosedur Mal & Jenayah

ASU2252 Undang-Undang Acara Sivil & Jenayah

ASU2093 Ulum Al-Quran & Ulum Hadith

ASU2984 Kertas Projek

~Bicara Zahidah~

~Bicara Zahidah~
"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...