DILEMA DAN KEMELUT RASA...
Situasi 1 :
A : "Penting ke Persatuan?"
B : "Kenapa tanya soalan yang
pelik tu?"
A : "Apa kaitan antara Islam dan
Persatuan? Ada dalil ke yang mewajibkan kita bepersatuan?"
B : "Errrr..."
Situasi 2:
A : “B, aku dilantik jadi AJK
untuk Biro Dakwah la..”
B : “Ha? AJK? Hahahaha... Engkau
biar betul. Apa yang diorang nampak pada ko ni?”
A : “Tu la. Aku pun tak tau.
Jangankan AJK, jadi KD program pun aku
tak reti mana. Manala pernah aku join organisasi ni. Persatuan jauh lagi. Biro
Dakwah pulak tu. Macam pelik je.”
B : “Aiy, dah lupe ke? Bukan
engkau jugak ke yang tak berapa nak suka persatuan? Bukannya set-set persatuan
dan yang seangkatan dengannya tu bagi ko, benda alah?”
A : “Tu la. Aku pun tak tahu
jugak ni.”
B : “Dah tu, ko nak terima ke
tak?”
A : “Aku pun tak tahu.”
B : “Hahaha, macam pelik je kau
ni. Biasanya bukan alah lagi kalau sebut pasal persatuan. La ni, dah serba
salah pulak? Aiiiy, macam ada yang tak kena je ni. Ko dah kena sampuk ke ape?”
A : “Ko... janganla cakap macam tu. Aku bukan
apa, tadi kata-kata si C tu agak berbekas jugak la dalam kepala aku ni.”
B : “Ok2. Dia kata apa?”
A : “Masa aku cakap dekat dia, wajib
ke bepersatuan ni? Aku tak layak la. Tak ade pengalaman berorganisasi ni. Cari
orang lain la ea.”
A : “Lepas tu, ko tau dia cakap
apa? Dia cakap, Islam tak perlukan kita, tapi kita yang perlukan Islam. Jangan
fikir soal pengalaman, sebab Allah tak pilih orang yang hebat untuk jadi
pembantu agama-Nya. Tanpa kita pun, Allah dah sedia Hebat dan Maha Agung. Tapi
Allah pilih hati-hati tertentu untuk menjadi sebahagian dari penolong dalam
perjuangan dakwah Islam. Maka, kitalah yang rugi jika kita menolak tawaran
untuk jadi sebahagian dari penolong agama Allah. Kami dah tawarkan pada kalian,
terserah kalian jika mahu turut serta atau tidak untuk jadi sebahagian dari
‘team’ ni. Tapi ingat, bukan kami yang pilih. Allah yang pilih kalian, cuma
diilhamkan pada kami. Fikirlah elok2. Semoga apa jua keputusan, baik untuk kita
semua. ^_^”
B : “Gulp. Ayat dahsyat tu. Dah
tu, ko nak terima ke tak?”
A : “Wallahu’alam. Aku fikir
masak-masak dulu.”
B : “Fikirlah. Aku doakan yang
terbaik untuk ko. Tapi fikir tu, jangan sampai hangus ea. Nanti, kerak yang ko
dapat. Eh silap, ustaz. Hehehe.”