Followers

::Wahai Pemilik Ilmu::

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure she carries, or the way she combs her hairs. The beauty of a woman must be seen from her eyes. Because that is the doorway to her heart, The place where love resides. The beauty of a woman is not the facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is caring that she lovingly gives, The passion that she shows. The beauty of a woman, With passing years-only grows..."
Showing posts with label Catatan Perjalanan(KIPSAS). Show all posts
Showing posts with label Catatan Perjalanan(KIPSAS). Show all posts

Saturday, February 18, 2012

WARKAH BUATMU...

SEKADAR SEBUAH LUAHAN RASA…
WARKAH BUAT ADIK-ADIK SAYA…



BismiLLAH wa hamdan syukran liLLAH.
Segala puji bagi ALLAH yang menciptakan seluruh kejadian antara langit dan bumi.


Menjalani kehidupan sebagai musafir ilmu diperantauan hakikatnya adalah kesinambungan sebuah perjalanan dalam episode Kembara Ilmu. Realiti dunia sebagai sebuah persinggahan adalah tamsilan kepada fasa kehidupan berbeza yang perlu dilalui oleh setiap yang bernama manusia. Bermula dari fasa alam roh ke alam Rahim kemudian ke alam dunia. Setiap fasa perlu melalui sebuah proses peralihan.
Apa yang dialami, dirasa, dilihat, didengar, ditemui pastinya berbeza bagi setiap fasa namun yang pastinya setiap pertemuan pasti diiringi bersamanya sebuah jaminan perpisahan. Itu lumrah bagi yang bernyawa. Perjalanan dan peralihan juga adakalanya memisahkan diri dari insan2 yang pernah hadir dalam hidup kita kerana tidak selamanya kita akan bersama dengan mereka-mereka yang kita temui disetiap fasa kehidupan yang kita lalui. Tadika, sekolah rendah, menengah, IPT, alam kerjaya dsb. Semuanya di hiasi dengan insan2 yang berbeza, suasana yang berbeza, masa yang berbeza, tempat dan situasi yang berbeza. Demikian saja sebuah mukaddimah.=)

Sunday, December 11, 2011

Ku Teruskan Langkah Kerana-Mu

 -SRIKANDI SEJATI TIDAK LAHIR DI ATAS 
LAUTAN YANG TENANG-



BismiLLAH wa hamdan syukran liLLAH. 
Sekadar sebuah lontaran minda.
Sekadar sebuah lakaran pena kehidupan hamba.


Ya Rabbi,
Telah jauh perjalanan ini,
Pendakian menuju cinta-Mu...
Namun tidak tahu mengapa, hayunan langkah ini semakin lemah.
Seumpama nafas yang kian lelah.
Mendaki puncak cinta-Mu tidak semudah itu rupanya.
Semakin ku cuba mendaki,
Semakin itulah ribuan rintangan datang menguji.

Rabbi,
Laluan ini semakin sukar
Ujian yang datang terlalu mencabar.
Terkadang... rasa hati ingin saja menyerah kalah.
Menghentikan segala langkah.
Kembali ke maqam asalnya hamba.
Tapi, saat itu jua, akal ini tersentak... 
Jeritan Bai'ah bergema menggegar sukma minda.
Rupanya IMAN ini terlalu tegar.
Rela menggagahi langkah yang sukar,
Tabah merintangi laluan yang pudar.

Rabbi,
Cinta-Mu terlalu Agung.
Kasih-Mu teduhan rimbun.
Meskipun saatnya belum terpatri,
Namun langkah ini tidak akan pernah berhenti...
Rabbi,
Akan ku buktikan, Sumpah INI bukan sekadar JANJI!


(Ketika saya sedang menyelak lembaran catatan perjalanan kehidupan saya, saya bertemu dengan salah satu catatan. Puisi ini saya lakarkan pada 12.11. Tahun 2009. Semasa saya baru ditaklifkan menjadi Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar KIPSAS dalam masa yang sama memegang taklifan sebagai Timbalan Pengerusi Nisa' Kuantan dan beberapa amanah berat lain. Catatan ini saya lakarkan pada jam 2.27 pagi di bilik C105, Maskan As-Sakinah yang menjadi saksi titik pemula perjalanan kehidupan seorang hamba kerdil yang perlu melaksanakan amanah berat yang ditaklif dipundaknya)

 ********************

-"MUJAHIDAH GAGAH PADA JIWA YANG TABAH
MENGHARUNGI MEHNAH 
SEBAGAI TANDA CINTA DARI RABBNYA"-

  

Tuesday, September 20, 2011

AlhamduliLLAH. Selamat Sudah.

KONVOKESYEN KIPSAS 2011

19 SEPTEMBER 2011
DEWAN JUBLI PERAK, KUANTAN PAHANG 







 Salam Graduasi buat sahabat dan adik2 seperjuangan.

Buat Pensyarah2 yang disayangi, terima kasih yang tidak terhingga atas segala kasih sayang, tunjuk ajar, teguran dan ilmu yang diberikan. Doakan anak didikmu ini menjadi Insan Yang Cemerlang Dunia dan Akhirat.  

Buat staf kakitangan KIPSAS, terima kasih atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan sepanjang kami menjadi warga KIPSAS. 

Buat adik2 HELWI, MPP0910, SYADEPT, AMAN CLUB, dan semua adik2 kakk, semoga kalian menjadi Pejuang Agama yang tidak pernah gentar meletakkan ISLAM sebagai deenul hayah. Dimana pun kalian berada.

Buat adik2 muslimat KIPSAS yang sangat kakk sayangi, harapan seorang kakk, jadilah adik2 seorang muslimat yang tegar dan tabah menghadapi mehnah Dunia. Peliharalah humaira', ubudiyah dan wara' dalam diri. Doa kakk, semoga kita semua menjadi Mar'atus Solehah yang mampu menggoncang dunia dengan teguh keimanan, bukan dengan ayunya senyuman. 
Ingatlah adik2ku sayang,
MUSLIMAH GAGAH Pada JIWA Yang TABAH! 

Tuesday, May 17, 2011

Diakhir Sebuah Persinggahan-Catatan Perjalanan (1)

SEBUAH PERKONGSIAN... Semoga ada Ibrah dan Hikmah yang mampu dikutip.
BismiLLAHI ar-Rahman ar-Rahim...

Dengan nama-Mu Ya ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji buat-Mu. Keagungan-Mu. Kebesaran-Mu. Selawat dan salam buat junjungan tercinta, Baginda RasuluLLAH, ahlul bait, para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in, para pejuang agama yang bertebaran dimuka Bumi yang masih tegar mempertahankan Islam.. Buat ma dan pa'. Guru-guru. Sesungguhnya tiada kata dan lafaz yang mampu menggambarkan kesyukuran atas nikmat yang ENGKAU berikan. Nikmat IMAN dan ISLAM.

Seiring berjalannya waktu, bertambahlah usia dan semakin hampirlah kita kepada destinasi yang dituju. Setiap perjalanan pasti ada destinasi. Perjalanan didunia adalah menuju akhirat. Ketika tiba ke pintu akhirat, maka berakhirlah perjalanan di dunia. Gerbang yang akan dilalui sebelum ke alam Akhirat di namakan Gerbang Kematian. Ya. Gerbang Kematian.

Kini, saya berada di salah satu Gerbang. Bukan Gerbang Kematian, tapi Gerbang Kehidupan. Kerana sebelum tiba di Gerbang Kematian, Gerbang Kehidupanlah antara Gerbang yang sangat hebat ujiannya. Catatan kehidupan ini menuliskan bahawa tamatlah perjalanan saya, seorang musafir Ilmu peringkat Diploma setelah 3 tahun berada di persinggahan bernama KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH, Kuantan, Pahang. 


SEBUAH PERMULAAN -INDAHNYA UKHUWAH ITU

Mengenang kembali permulaan sewaktu menjejak bumi KIPSAS, memberi sejuta makna. Tanpa diiringi keluarga, saya melakukan segalanya bersendirian. Hanya doa keluarga dari bumi Bawah Bayu yang mengiringi. Namun, saya tidak akan mengeluh kerana Allah tidak pernah membiarkan hamba-Nya. Dipertemukan dengan adik2, yang sangat membantu. Sh. Nur Husna, Maslina, Farhana, Nur Izzati, Peija. Ya. adik2 inilah yang menjadi insan-insan pertama yang ALLAH kurniakan disepanjang musafir ilmu ini. Mengenali mereka membuka satu lagi pintu. Pintu Ukhuwah. Kepayahan berada di perantauan mengundang air mata. Sesungguhnya, satu purnama bukanlah satu masa yang panjang untuk memahami dan menghayati makna REDHA dan IKHLAS. Ia memerlukan perjalanan yang panjang. Namun DIA Masih Mengerti. Dihulurkan bantuan tanda Kasih Sayang-Nya. Pengorbanan kalian sangat besar maknanya buat kakak. Tidak pernah terlupa saat kunci bilik(D312) kakk tertinggal di dalam bilik, Izzati memanjat tingkap kecil yang tinggi sehingga 2 jarinya terluka berdarah terkena besi tajam. Peristiwa itu menjadikan kakk seorang yang peka terhadap kecederaan. Ya. Kesilapan kakk menggunakan tissue rupanya mengundang padah. Kesakitan. Maaf dan terima kasih buat kalian. 

Lebih dari itu, kesetiaan kalian menemani kakk makan sehingga habis makanan itu ternyata membuat kakk lebih menghargai kebersamaan. Sehingga kakk menjadi kekok tanpa penasihat pemakanan.=) Teringat juga saat kepayahan semasa final exam semasa meduduki maddah Bahasa Arab. 3 insan yang sangat banyak membantu dalam kejayaan ini. Ustz Fauzi. Kata2 yg tidak pernah saya akan lupa. InshaALLAH. "Jangan biarkan kekurangan anda menjadi kelemahan. Jika kamu rajin berusaha, tidak mustahil dengan izin-Nya, kamu berjaya melanjutkan pelajaran di bumi Anbiya'." (Nyata benar. Ia hampir menjadi kenyataan) Pieja dan Izzati. Dua adik yg tidak jemu menemani dan membantu saya khasnya utk subjek BA. Syukran jiddan. Selain itu, ALLAH limpahkan lagi Rahmat-Nya. Dikurniakan lagi sahabat sefikrah yg sangat mengambil berat. Kak Pah, Kak Farah, Kak Asanah, Syirah, Anip. Syukran Jiddan. Tanpa bantuan kalian, mungkin agak sukar untuk saya melalui fasa pertama kehidupan seorang musafir ilmu dibumi Kuantan ini. Ya ALLAH, berkati dan rahmati insan2 ini. Insan yang pernah membantu perjalanan musafir Ilmu ini. Jaga dan peliharalah kami dalam nikmat IMAN dan ISLAM sehingga tiba di hari pertemuan dengan-Mu dan himpunkanlah kami bersama insan2 soleh. Amiiin.




::Mutiara Hadith::

::Mutiara Hadith::
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)

~Bicara Zahidah~

~Bicara Zahidah~
"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...