Followers

::Wahai Pemilik Ilmu::

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure she carries, or the way she combs her hairs. The beauty of a woman must be seen from her eyes. Because that is the doorway to her heart, The place where love resides. The beauty of a woman is not the facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is caring that she lovingly gives, The passion that she shows. The beauty of a woman, With passing years-only grows..."
Showing posts with label الطريق العلم. Show all posts
Showing posts with label الطريق العلم. Show all posts

Thursday, March 3, 2016

MENIRU BUKAN SIFAT MUSLIM YANG MUKMIN

بسم الله الرحمن الرحيم

Hampir setahun tidak menjengah, ternyata ada sesuatu yang saya terlepas pandang. Maafkan saya pada saudara yang bertanya Meniru Dalam Peperiksaan, Budaya Islamkah? dalam post tersebut saudara yang bertanya tentang permasalahan beliau. Maaf sekali lagi baru dikesempatan ini saya berpeluang mejawab persoalan tersebut. 

Terima kasih kerana sudi bertanya. Tahniah juga. Menjawab persoalan saudara tersebut, sebelumnya saya ingin menjelaskan bahawa pendapat dan hujah yang saya kemukakan di atas saya kutip dari sebuah blog, tulisan seorang yang saya hormati, ust zaharudin. Pada saya hujah dan pendapat beliau sudah jelas dan padat  namun dibawah entri saya itu saya ada menyatakan sedikit tambahan pendapat peribadi saya sebagai penulis entri.

Saya cuba menjawab seringkas dan sepadat mungkin. Secara umumnya ketika berbicara soal taubat, ada 3 rukun yang asas yang perlu dilakukan iaitu solat taubat, meninggalkan maksiat tersebut dan beriltizam untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Pada pendapat peribadi saya, saya melihat bahawa apa yang telah dilakukan dulu itu adalah masa lalu yang telah menjadi sebuah sejarah. Sejarah adalah sesuatu yang tidak mampu kita ubah. Alhamdulillah saudara telah sedar bahawa perbuatan meniru sewaktu di belajar dahulu adalah sesuatu yang salah, bukan sahaja dari sisi norma pendidikan tapi juga dari sisi agama. Bukan sahaja soal halal dan haram, tetapi berkait rapat soal keberkatan, seperti yang saya sudah nyatakan dalam entri di atas.

Tetapi, satu hal yang kita perlu sedari, Islam adalah sebuah agama yang sangat indah. Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya yang ingin bertaubat. Bila kita merasakan dosa yang kita pernah lakukan sangat berat tak tertanggung, sebenarnya rahmat dan kasih sayang Allah jauh lebih besar dari kemurkaan-Nya. Benar, kadangkala perbuatan kita mengundang murka Allah, tapi disetiap murka Allah pasti aka nada jalan untuk mendapatkan kembali redha-Nya. Bukankah Allah itu ar-Rahman dan ar-Rahim? =) Jika saudara yang bertanya menyatakan adakah perlu berhenti kerja, pada hemat saya, lihatlah pada kesan tindakan tersebut. Adakah dengan berhenti kerja dan mencari kerja lain akan boleh merubah perbuatan yang lalu itu? Jika tidak, adakah saudara hendak menganggur semata-mata tidak mahu rezeki yang akan didapatkan hasil dari perbuatan yang lalu? Atau yang lebih drastik saudara hendak mengulang kembali pengajian di universiti? Semua itu adalah pilihan. Tergantung pada peribadi dan kondisi yang hendak memilihnya. Tetapi, pada saya, berpijaklah dibumi yang nyata. Bukan ingin memudahkan soal beragama, tetapi yakinilah Islam ada jalan penyelesaian pada semua permasalahan.

Maaf jawapan saya tidak memberi ketetapan dan keputusan terhadap apa yang harus saudara lakukan, kerana kondisi dan situasi saudara sangat memberi kesan kepada apa yang harus saudara lakukan sedangkan saya tidak memahami secara benar keadaan saudara. Adakah saudara belum berkahwin atau telah bekeluarga dan mempunyai tanggungan, apakah taraf hidup saudara, adakah jika berhenti kerja merupakan jalan yang paling terbaik dan tidak mendatangkan mudharat yang lebih besar pada kehidupan saudara. Saya takut tersalah memberi ketetapan kerana saya berpegang pada prinsip bahawa keadaan berpengaruh besar pada hukum. Seperti mana ijtihad Saidina Umar tidak melaksanakan hukuman potong tangan terhadap pencuri pada suatu keadaan dalam zaman pemerintahan beliau dimana pada saat itu taraf hidup rakyat sangat kritikal. Darurat, penindasan, kemiskinan, kebuluran menjadi sebab keterpaksaan. Sedangkan dalam al-Quran tegas dinyatakan hukuman perbuatan mencuri (barang yang dicuri yang cukup nisab) wajib dipotong tangan. Bukan bermakna saidina Umar mengingkari, tapi itulah anugerah kebijaksanaan yang Allah anugerahkan buat seorang sahabat nabi dalam memahami keluasan ilmu al-Quran dan sunnah. Betapa hukum terkait rapat pada kondisi. Saya yakin, beliau juga takut tersalah hukum. Meminjam kata-kata seorang penulis terkenal di Malaysia, “Lebih baik tersalah ampun daripada tersalah memberi hukum”.

Saya hanya memberi jalan, maka menurut pendapat saya, tanyalah pada iman dan hati saudara, apakah jalan yang terbaik dan mampu memberi ketenangan kepada saudara. Jalan yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat yang mampu membawa kepada keredhaan Allah. Semoga bertemu jalannya. ^_^


~Yakinlah pada ALLAH Ar-Rahman Ar-Rahim kerana DIA juga Al-Gafur~


Harum_Kasturi

Wednesday, April 25, 2012

~Mutiara Ilhami~

BismiLLAH wa Hamdan Syukran liLLAH...

Sudah lama tidak berkarya. Menajamkan pena ilham. Tarikh diari ilhami pun sudah jauh meninggalkan realiti perjalanan hari. Kali ini terasa untuk menerbitkan. Bahagia Sebuah Derita, sekadar sebuah irisan minda. Tentang kudrat hamba berdepan dengan 'belaian' Pencipta. Semoga ada manfaat buat semua..

 ************

Bahagia Sebuah Derita

Di sini… Ku teruskan langkah kaki
Menjalani hari yang pernah terbiar sepi
Menangisi suatu yang telah terpatri
Sehingga diri ini terasa mati...


Namun semua itu sudah tidak bererti
Kerana kini ku sudah punya inspirasi
Kan ku hayun langkah berani
Mencari erti yang selama ini kucari….CITA


Demi jiwa yang ada dalam genggaman-Nya
Ku hanya manusia biasa
Jatuhnya aku pasti kan terguris luka
Sakitnya pasti mengundang air mata...


Ya Rahman  Kau Pemilik Segala
Ya Rahim Kau Penyembuh Luka
Ya Allah Pada-Mu ku serahkan Jiwa
Moga AKHIRNYA derita itu ku rasa bahagia…


Kembara Sufi,
Istana_Zahidah
1.34 pagi/ B.2 / Villa D’ KIPSAS/ Tgk. Diblang, Darussalam, Banda Aceh.


Tuesday, April 10, 2012

Pengawasan Syariat Islam Di Aceh

JUDUL PRESENTASI:
PENGAWASAN SYARIAT ISLAM DI ACEH
MAHASISWI:
KASRINA BINTI RULLY (131109186)
NURUL HABIBAH (131008638) 

1. PENDAHULUAN
1.1 LATAR BELAKANG
Dalam pembicaraan mengenai perlaksanaan Syariat Islam di Aceh, tidak akan mampu terlepas dari berbicara mengenai pihak yang bertanggungjawab memastikan kelancaran perjalanan penegakannya.
Perjalanan penegakan syari’at Islam di Aceh merupakan fenomena yang sangat penting untuk dicermati, kerna jika dilihat dari sisi praktis hukum, hal ini merupakan suatu usaha awal yang baru dalam sebuah penegakan hukum Islam di Indonesia yang selama ini merupakan sebuah negara yang identik dengan hukum Positif.
Kerna itu, dalam usaha pelaksanaannya, penulis melihat peran dan tanggungjawab pihak atau lembaga yang mengawasi perjalanannya sangat penting dan signifikan agar usaha dan perancangan yang telah diatur selari dengan perlaksanaannya. Hal ini karena, perancangan tanpa dokongan pihak lain hanya akan menjadikan impian ini sebuah khayalan imaginasi yang bersifat teoritis semata. 

Sunday, January 22, 2012

Adakah DIA dalam DIRIKU?



KECEMBURUANKU PADA MEREKA...


Assalamu’alaikum warahmatuLLAHI wabarakatuh.

BismiLLAH wa Hamdan syukran liLLAH.
Segala puji buat-Mu Allah, Habibi Qalbi. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh ahlul bait dan para sahabat serta tabi’in, tabi’ tabi’in seterusnya buat para pejuang agama yang telah syahid dan yang masih tegar berdiri memperjuangkan Islam. Ma, Pa’. Guru-guru dan sahabat-sahabiah sefikrah dan seakidah yang saya cintai kerana ALLAH jua.


Ketika jasad dan minda dihimpit kesibukan dan ujian menjalani hidup sebagai musafir ilmu dan khalifah di bumi ALLAH ini, terkadang hayunan langkah seorang muslimat ini terasa lesu dan lemah. Namun, saya tahu, saya perlu mencari penawarnya. Saya tidak boleh membiarkan langkah ini menjadi lemah sehingga terhenti. Kerana bimbang, ketika ia terhenti, ia bakal menjadi langkah terakhir di sebuah perhentian yang pastinya bukanlah destinasi sebenar yang hendak dituju.. Maka, lebih 2 minggu ini, saya menghidangkan pendengaran saya dengan lagu wanita dan srikandi Islam zaman silam. Setiap hari. Semoga ruh itu meresap dalam diri. Semoga mereka 'ada' adalam diri yang kerdil dan lemah ini. Makanya, dalam proses 'refresh' ini, saya dihambat satu rasa. Rasa cemburu dan persoalan. Rasa cemburu yang sentiasa mengundang air mata yang tidak jemu mengalir. Persoalan: Adakah DIA dalam DIRIKU? Siapakah dia?

Thursday, January 5, 2012

2012 Reading Challenge

How Goodreads Can Help You Read More Books in 2012

Bismillah wa Hamdan syukran lillah.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Segala puji bagi Allah yang masih memberi kita kesempatan untuk bernafas lagi sehingga ke detik ini. Tahun Baru, Ujian dan Mehnah yang Baru, Tapi Jasad masih sama. =) Sempena tahun baru yang telah menjengahkan dirinya, saya mahu menyeru dan mengajak kepada diri dan sahabat-sahabat dan saudara saya (andalah!), JOM KITA MEMBACA. CABAR DIRI, AKAL, IMAN DAN ILMU ANDA DENGAN MEMBACA!

Disini saya kongsikan sebuah web yang menganjurkan 'Reading Challenge' untuk diri sendiri. Bukan untuk pertandingan ya! =) Tapi sebelum tu, kena jadi ahli la dulu ye. =) Kemudian tetapkanlah skor dan 'goal' yang anda ingin capai. Selamat Membaca! =)

Posted by Patrick on January 04, 2012
Drink less coffee. Volunteer more. Join a gym. Every year we make resolutions that we think will make us better people—more considerate, more well-rounded (or, in the words of Radiohead, "Fitter, happier, more productive."). While we can't help you lose weight or spend more time with your family, we can help with one common New Year's resolution—to read more. Here are three simple ways Goodreads can keep you on pace to finish more books in 2012!

Tuesday, December 20, 2011

Meniru Dalam Peperiksaan... Budaya Islamkah?

BismiLLAH wa hamdan syukran liLLAH. 
Segala puji hanya buat ALLAH, Pencipta dan Pemilik Mutlak Segala Ciptaan-Nya. Kita hanya makhluk kecil yang diciptakan atas kehendak-Nya. Kita bukan siapa-siapa. Tanpa diri kita yang kecil lagi kerdil ini, ALLAH tetap kekal menjadi Yang Maha Agung. Tidak tergugat hatta sekecil zarahpun atas setiap kecurangan kita kepada-Nya. Ibarat hembusan nafas anak kecil yang cuba meniup sebatang pokok kayu balak yang besar. Akan tumbangkah? Namun begitu, pada saat pokok besar itu yang tumbang menghempap sebatang tubuh anak kecil itu, akan ada peluangkah anak kecil itu bernafas lagi? Jika menurut aturan fitrah normal, akan menjadi leper@penyek@lempeng(bahasa saya)lah anak kecil itu. Lainlah jika takdir menentukan sebaliknya(anak kecil itu selamat), pastinya itu cerita lain pula. 

Demikian perumpamaan yang saya nyatakan sebagai tamsilan kudrat kita sebagai seorang hamba, makhluk ciptaan yang sangat tidak memiliki kekuatan, kekuasaan, keupayaan, apatah lagi kehendak dan keinginan, melainkan semua itu berlaku hanya dengan izin ALLAH Yang Maha Berkuasa. 

Kenapa saya berbicara tentang kudrat pula? Apa kaitan dengan judul meniru? Memang sangat ada kaitan. Tapi sebelum saya menyatakan kaitannya, saya mahu terus kepada fokus yang saya mahu kongsikan dan tekankan buat diri saya dan kita semua. Bersempena dengan musim peperiksaan di tempat saya menuntut ilmu ini. Sebagai Penuntut@Pelajar yang menduduki peperiksaan, Pekerja (Guru, Penjawat Awam dan sebagainya) yang menduduki peperiksaan penilaian dan sesiapa sahaja yang berkaitan dengan kata 'PEPERIKSAAN' atau 'UJIAN'. Bahan utama ini saya kutip dari beberapa laman yang saya cuba rangkumkan untuk menjadi pedoman kita bersama. Moga ada manfaat.

Dari sudut hukum, asasnya adalah :-
1) Meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya haram. Sebuah hadis :-
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ  مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" 
(Riwayat Muslim, 1/99)
 
2) Pernah juga diriwayatkan bahawa :-
إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) 
( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-
قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ
Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" 
( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Dari kedua-dua dalil di atas, jelas kepada kita hukum meniru dalam peperiksaan adalah haram bagi guru dan murid kerana ia adalah satu bentuk penipuan.
Dari hadis ketiga juga dapat difahami setiap hasil keuntungan duniawi yang terhasil dari yang haram, maka hukumnya adalah haram jua. Tatkala itu, kenaikan gaji yang diperolehi dari peperiksaan dan pekerjaan yang dilakukan juga adalah dikira pendapatan yang haram.
Amat malang, penipuan yang memberi manfaat dunia seperti ini cukup digemari oleh ramai orang, tanpa mereka sedari kehidupan akhirat mereka dalam bahaya apabila kehidupan harian mereka dikelilingi oleh duit kenaikan gaji dan untung haram tanpa mereka sedari.
Dosa ini ibarat 'time bomb' yang amat menderitakan di alam barzakh, ibarat 'time bomb'  yang akan meletup sejurus seorang itu disapa kematian. Mati dalam keadaan sebegini, adalah mati dengan penuh dosa disebabkan hartanya.

Tindakan
Tindakan ' u turn' bagi mereka yang telah terlanjur begini adalah dengan segera bertawbat, melupuskan harta yang haram secara ansuran, memperbanyakkan sedeqah dan juga meningkatkan kualiti diri sesuai dengan nilai 'PTK tipu' yang diperolehinya (bagi yang bekerja). Tetapi, bagi pelajar, usahakanlah untuk berubah. Bersungguhlah dalam menuntut ilmu. Jaminan rezeki yang halal dan berkat bermula dari cara dan usaha awal (menuntut ilmu) yang benar dan berkat.

Ke Kubur Juga Akhirnya
Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jarang kenikmatan sementara ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya?. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala kenikmatan dunia.  Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.
Nabi SAW bersabda :-
أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت
Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT" 
( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)

Sumber : zaharuddin.net
 ********************
Peperiksaan merupakan amanah kepada kita..amanah kita dengan diri sendiri, amanah kita dengan ibubapa, amanah kita dengan guru, dan yang paling utama amanah kita dengan Allah..
Cuba bayangkan jika kita mendapat pekerjaan dari hasil kita meniru di dalam peperiksaan dahulu..kita beri anak isteri kita makan(bagi lelaki), kita berikan mak ayah kita..sedangkan hasil yang kita peroleh di atas jalan kezaliman kerana kita mengambil hak org lain yang sepatutnya mendapat pekerjaan tersebut berdasarkan penilaian akademik yg sebenar..adakah rezeki yg kita dapatkan itu adalah HALAL dan BERKAT?
Ayuh fikirkan!
Ingatlah sabda Nabi SAW "La imana liman la amanata lahu" yang bermaksud “Tidak ada iman bagi sesiapa yg tidak ada amanah pada dirinya”
Dan tidak amanah atau khianat ini merupakan satu ciri dari 3 ciri org yg munafik yg diterangkan di dalam hadis yg diriwayat dari Abi Hurairah R.A ;
“Ayatul munafiqi thlasah, iza haddasa kazaba waiza wa’ada akhlafa waiza’tumina khaana”
“Tanda-tanda atau ciri-ciri orang yg munafik ada tiga : 1) bila bercakap dia berdusta 2)bila berjanji dia mungkiri 3)bila diberi amanah dia khianati..

**********
Kembali kepada perkaitan antara kudrat kita sebagai hamba ALLAH dengan perbuatan meniru. Saya ingin kita fikirkan bersama...Adakah ALLAH suka dengan perbuatan meniru ini? Saat hati kita ragu-ragu untuk menjawab, saat rasa gundah dan serba salah hadir, itulah ketidaktenangan hati. Ingatlah, saat kita merasa tidak tenang melakukan sesuatu yang kita tidak pasti, yakinlah disitu ada hint yang ALLAH berikan. Dalam surah al-Fath, ayat 3 ALLAH menyatakan bahawa DIA lah yang memberikan sakinah (ketenangan) ke dalam hati orang-orang beriman, agar bertambah lagi keimanan kita. Dalam surah ar-Rad juga kita dinyatakan bahawa, hanya dengan mengingati ALLAH jiwa akan menjadi tenang. Dalam surah al-Fajr juga ALLAH menyeru pada jiwa-jiwa yang tenang agar kembali kepada-Nya dalam keadaan redha Rabb kita. Selusuri dengan pandangan mata hati, redha ALLAH sangat berkait rapat dengan ketenangan hati. Fatwa Hati. Demikian juga yang disebutkan dalam Hadith 40 Imam Nawawi. 

Kudrat kita, kehendak kita, nafsu yang memburu, mahukan kecemerlangan. Tidak salah, tapi janganlah usahakan melalui jalan yang tidak benar. Kita mahu berjaya, tapi tidak mahu berusaha dengan usaha yang benar(meniru juga adalah usaha, ya. Tapi usaha yang salah). Jangan sampai, bila kita dah berjaya, harta pun dah mencapai status kaya, pangkat dah tinggi dan megah, anak-anak dihantar keluar negara, hidup mewah, namun diakhirnya kita tersungkur lemah tak berdaya. Akhirnya di HARI PERHITUNGAN, kita menjadi papa-kedana kerana rupanya ALLAH tidak memandang harta, pangkat, nilai keputusan dalam penghakiman-Nya. Lalu, jadilah kita orang yang rugi yang muflis dan dicampak ke tempat yang tiada keampunan melainkan azab siksa-Nya. Na'uzubillahi min dzalik ya Rabb. Pada saat itulah, kita ibarat anak kecil yang cuba meniup pokok yang besar. Kita cuba menegakkan kehendak diri, ternyata ALLAH adalah Sang Agung Yang Sangat Perkasa dan Berkuasa terhadap segalanya.

Wahai diri dan saudara yang saya kasihi kerana ALLAH,

Biarlah result kita rendah asalkan BERKAT.. NAMUN LEBIH BAIK jika keputusan kita cemerlang melalui usaha yang BENAR. Yakinlah, bahawa ALLAH tidak memandang berapa nilai PNGK atau IPK yang kita ada. Tetapi ALLAH menilai bagaimana cara dan usaha yang kita lakukan dalam kita menjalani aturan kehidupan hamba, abid yang diciptakan untuk beribadah kepada-Nya. ALLAH melihat bagaimana kita cara kita menjadikan peperiksaan itu satu nilaian IBADAH disisi ALLAH. Kerana hanya itu yang membezakan kita disisi-Nya. Taqwa dan rasa bertuhan(ihsan) ketika kita menjawab soalan.
Ayuh bersama kita fikirkan dan renungkan..
Sesungguhnya, SEDIKIT yang berkat itu akan sentiasa terasa mencukupi... Sedangkan yang BANYAK tetapi tidak berkat, tidak akan pernah terasa puas apatah lagi rasa mencukupi.
Wallahu 'alam.
********

"Mujahidah Solehah Melangkah GAGAH Menuju Redha Khaliknya"
 

Thursday, December 15, 2011

Hadis: Tata Pergaulan Dalam Islam


JUDUL MAKALAH:
TATA PERGAULAN DALAM ISLAM
MAHASISWI:
JUZNAWIYAH (131008673)
KASRINA BINTI RULLY (131109186)

PENDAHULUAN
1.1  PENGERTIAN ATURAN PERGAULAN
Pergaulan memiliki makna yang sama dengan etika. Jadi menurut hemat penulis, pengertian Etika (Etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah "Ethos", yang berarti watak kesusilaan atau adat kebiasaan (custom). Etika biasanya berkaitan erat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, yaitu "Mos" dan dalam bentuk jamaknya "Mores", yang berarti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghindari hal-hal tindakan yang buruk.
Namun demikian, sebagai umat Islam, kita tentu mengetahui dengan baik hakikat bahwa Allah SWT telah menetapkan batas-batas dalam pergaulan kerana fitrah manusia tidak lepas dari kesalahan, dosa, dan kekhilafan. Untuk itu perlu rujukannya dalam bertingkah laku. Rujukan tersebut diantaranya adalah sunnah Rasulullah SAW, karena risalah pertama yang disampaikan kepada umat Islam adalah tentang akhlak. Hendaknya dalam kehidupan sehari-hari kita mengikuti petunjuk-petunjuk yang telah disampaikan pada kita secara jelas. Agar dalam pergaulan sehari-hari, kita tidak melampaui batas yang telah ditetapkan, maka kita harus dapat memahami sabda-sabda Rasulullah tersebut. 
Seperti yang kita ketahui bersama, bahwa hanya pergaulan bebas dan semacamnya hampir-hampir tidak memiliki batas, kerana kaum muda saat ini berbuat telah hamper terhakis sifat malunya. Begitu pula halnya kebiasaan mengahabiskan waktu di jalan, hampir-hampir jadi budaya tambahan pula hubungan silaturrahmi jarang dilakukan. 
Untuk itulah, kita sebagai orang yang berilmu agar bisa mencari jalan keluar untuk berbagai macam permasalahan dan kemudian kita dapat memprakteknya dalam kehidupan sehari-hari.

2. PEMBAHASAN
2.1         LARANGAN BERDUAAN TANPA MAHRAM
2.1.1   TERJEMAHAN HADIS:
عن ابن عباس رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يخطب يقول : لا يخلون رجل بإمرأة الا ومعها ذومحرم ولاتسافرالمرأة الامع ذي مخرم. فقام رجل. فقال : يارسول الله, إن إمرأتى خرجت حاجة وإنى اكتتبت فى غزوة كذا و كذا, فقال: انطلق فحج مع إمرأتك (متفق عليه)
Artinya: “Ibnu Abbas berkata, “saya mendengar Rasurullah SAW berkhotbah, “janganlah seorang laki-laki bersama dengan seorang perempuan, melainkan (hendaklah) besertanya (ada) mahramnya, dan janganlah kalian bersafar (bepergian) seorang perempuan, melaikan dengan mahramnya. “seseorang berdiri lalu berkata, “ya Rasulullah, istri saya keluar untuk haji, dan saya telah mendaftarkan diri pada peperangan anu dan anu.” Maka beliau bersabda, “pergilah dan berhaji bersama istrimu.” (Mutatafaq Alaih) [1]

2.1.2   PENJELASAN HADIS:
Dalam hadist di atas ada dua larangan:
1.     Larangan berdua-duaan antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram dan belum resmi menikah.
2.     Larangan wanita untuk berpergian, kecuali dengan mahramnya.
           
Larangan pertama, para ulama telah sepakat bahwa perbuatan seperti itu haram hukumnya, tanpa pengecualian. Dalam hadist lain di tambahkan bahwa kalau laki-laki dan perempuan yang bukan mahram berkumpul, maka yang ketiganya adalah setan, sehingga sangat mungkin mereka melakukan hal-hal yang di larang oleh syara’.
          Jika ada keperluan kepada wanita yang bukan muhrim, Al-Quran telah mengajarkan, yaitu melalui tabir:

وَإِذَا سَأَلۡتُمُوهُنَّ مَتَـٰعً۬ا فَسۡـَٔلُوهُنَّ مِن وَرَآءِ حِجَابٍ۬ۚ ذَٲلِڪُمۡ أَطۡهَرُ لِقُلُوبِكُمۡ وَقُلُوبِهِنَّۚ
Artiya: “Apabila kamu meminta sesuatu [keperluan] kepada mereka [isteri-isteri Nabi], maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.” (53)                                                     (Q.S, Al-Ahzab: 53)
      
          Larangan yang di maksud tersebut sebagai batasan dalam pergaulan antara lawan jenis demi menghindari fitnah. Oleh karena itu, larangan islam, tidak semata-mata untuk  membatasi pergaulan, tetapi lebih dari itu yaitu, untuk menyelamatkan peradaban manusia. Berduaan dengan lawan jenis merupakan salah satu langkah awal terhadap terjadinya fitnah. Dengan demikian, larangan perbuatan tersebut, sebenarnya sebagai langkah preventif agar tidak melanggar norma-norma hukum yang telah di tetapkan oleh agama dan yang telah di sepakati oleh masyarakat.
          Adapun larangan yang kedua, tentang wanita yang berpergian tanpa mahram, terjadi perbedaan pendapat di antara para ulama. Ada yang menyatakan bahwa larangan tersebut sifatnya mutlak. Dengan demikian, perjalanan apa saja, baik yang dekat maupun jauh, harus di sertai mahram. Ada yang berpendapat bahwa perjalanan perjalanan tersebut adalah perjalan jauh yang memerlukan waktu minimal dua hari. Ada pula yang berpendapat bahwa larangan tersebut ditujukan bagi wanita yang masih muda saja, sedangkan bagi wanita yang sudah tua di perbolehkan, dan masih banyak pendapat yang lainnya.
          Sebenarnya, kalu dikaji secara mendalam, larangan wanita mengadakan safar adalah sangat kondisional. Seandainya wanita tersebut dapat menjaga diri dan diyakini tidak akan menjadi apa-apa, serta merasa bahwa ia akan merepotkan mahramnya setiap kali akan pergi, maka perjalanan di bolehkan, misalnya pergi untuk kuliah , kantor dan lain-lainyang memang sudah biasa di lakukan setiap hari, apalagi kalau kantor atau tempat kuliahnya dekat. Namun demikian, lebih baik ditemani oleh mahramnya, kalu tidak merepotkan dan mengganggunya.
          Dengan demikian, yang menjadi standar adalah kemaslahatan dan keamanan. Begitu pula pergi haji, kalau di perkirakan akan aman, apalagi pada sa’at ini telah ada petugas pembimbing haji yang akan bertanggung jawab terhadap keselamatan dan kelancaran para jama’ah haji, maka seorang wanita yang pergi haji, tidak di sertai mahramnya di perbolehkan kalau memang dia sudah memenuhi persyaratan untuk melaksanakan ibadah haji.
          Yusuf al-Qardhawi menjelaskan bahawa pertemuan lelaki dan perempuan tidaklah haram melainkan jaiz (boleh). Bahkan hal-hal seperti itu dituntut apabila bertujuan untuk kebaikan, seperti dalam urusan yang bermanfaat, amal soleh, kebajikan, perjuangan atau lain-lain yang memerlukan banyak tenaga lelaki maupun perempuan. Namun kebolehan itu tidak berarti bahwa batas-batas antara keduanya menjadi lebur dan ikatan syariah dilupakan.[2]

2.1.3   FIQH AL-HADIS:
              Islam melarang pergaulan bebas, seorang laki-laki tidak di perbolehkan berduaan dengan perempuan yang bukan mahramnya. Wanita pun dilarang mengadakan perjalanan tanpa di sertai mahromnya. Akan tetapi, larangan mengadakan perjalanan sendirian bagi wanita adalah sangat kondisional, kalau di yakini bahwa perjalanan tersebut akan aman dari gangguan fitnah, apalagi kalau dekat, hal itu di perbolehkan.



2.2         SOPAN SANTUN DAN DUDUK DI JALAN
2.2.1   TERJEMAHAN HADIS:
عن ابي سعيدالخدري ري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إياكم ولجلوس على لطرقات فقالوا: مالنابد إنماهي مجالسنا نتحدث فيها قال: فإذا أبيتم إلا المجالس فأعتواالطريق؟ قال: غضالبصروكف الأذى وردالسلام وأمرباالمعروف ونهي عن المنكر.
(رواه اليبخارى ومسلم وأبوداود)
  “dari Abu Said Al-khudry r.a., rasulullah SAW. Bersabda, kamu semua harus menghindari untuk duduk di atas jalan (pinggir jalan) dalam riwayat lain, di jalan merka berkata,”Mengapa tidak boleh padahal itu adalah tempat duduk kami untuk mengobrol. Nabi bersabda, “jika tidak mengindahkan larangan tersebut karena hanya itu tempat untuk mengobrol, berilah hak jalan.” Mereka bertanya. “apakah hak jalan itu” nabi bersabda, “menjaga pandangan mata, berusaha untuk tidak menyakiti, menjawab salam, memerintah kepada kebaikan dan melarang kemunkaran.”[3]
                                       (H.R.Bukhari, Muslim, dan Abu dawud)
2.2.2   PENJELASAN HADIS:
Rasulullah SAW melarang duduk di pinggir jalan, baik dari tempat duduk yang khususu, seperti di atas kursi, di bawah pohon, dan lain-lain. Sebenarnya larangan tersebut bukan berarti larangan pada tempat duduknya, yakni bahwa membuat tempat duduk di pinggir jalan itu haram. Terbukti ketika para sahabat merasa keberatan dan berargumen bahwa hanya itulah tempat mereka mengobrol. Rasulallah SAW. Pun membolehkannya dengan syarat mereka harus memenuhu hak jalan yaitu berikut ini.
a.                       Menjaga pandangan mata
Menjaga pandangan mata merupakan suatu keharusan bagi setiap muslim, sesuai dengan perintah Allah SWT di dalam Al-Quran:
قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ
Artinya:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". (30) Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang [biasa] nampak daripadanya.”(Q.S. an-Nur: 30-31)
     Hal itu tidak mungkin dapat dihindari bagi mereka yang sedang duduk di pinggir jalan. Ini karena akan banyak sekali orang yang lewat, dari berbagai usia dan berbagai tipe. Maka bagi para lelaki janganlah memandang dengan sengaja kepada para wanita yang bukan muhrim dengan pandangan syahwat. Begitu pula, tidak boleh memandang dengan pandangan sinis atau iri kepada siapa saja yang lewat. Pandanganm seperti ini tidak hanya akan melanggar aturan Islam, tetapai akan mninimbulkan kecurigaan, persengketaan dan kemarahan dari oaring yang di pandangnya, apalagi bagi mereka yang mudah tersinggung. Oleh karena itu, mereka yang sedang duduk di pinggir jalan harus betul-betul menjaga pandangannya.
b.             Tidak Menyakiti
         Tidak boleh menyakiti orang-orang yang lewat, dengan lisan, tangan, kaki, dan lain-lain. Dengan lisan misalnya mengata-ngatai atau membicarakannya, dengan tangan misalnya melempar dengan batu-batu kecil atau benda apa saja yang akan menyebabkan orang lewat sakit dan tersinggung; tidak memercikkan air, dan lain-lain yang akan menyakiti orang yamg lewat atau ,menyiggung perasaannya.
c.                  Menjawab salam
Menjawab salam hukumnya adalah wajib meskipun mengucapkannya sunnah. Oleh karena itu, jika ada yang mengucapkan salam ketika duduk di jalan, hokum menjawabnya adalah wajib. Untuk lebih jelas tentang salam ini, akan di bahas di bawah.
d.                  Memerintah kepada kebaikan dan melarang kemunkaran
Apabila sedang duduk di jalan kemudian melihat ada orang yang berjalan dengan sombong atau sambil mabuk atau memakai kendaraan dengan ngebut, dan lain-lain, di wajibkan menegurnya atau memberinya nasihat dengan cara yang bijak. Jika tidak mampu, karena kurang memiliki kekuatan untuk itu, do’akanlah dalam hati supaya orang tersebut menyadari kekeliruan dan kecerobohannya
2.2.3   FIQH AL-HADIS:
Rasulullah SAW. Melarang umatnya untuk duduk di pinggir jalan,kecuali kalau tidak ada tempat lain untuk mengobrol selama mampu memenuhi hak jalan, yaitu: menjaga pandangan mata, tidak menyakiti yang lewat, menjawab salam,memerintah kebaikan dan merang kemungkaran.



2.3         MENYEBARLUASKAN SALAM
2.3.1   TERJEMAHAN HADIS:
عن عبدالله بن سلام قال:قال رسولله رسول الله صلى الله عليه وسلم: ياايهاالناس,: افشوالسلام وصلواالارحام واطعمواالطعام وصلوابااليل واناس نيام تدخلوالجنة بسلام.
(أخرجه الترمذى وصححه)
     “Dari Abdullah bin Salam ia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW; “Hai manusia, siarkanlah salam dan hubungan keluarga-keluarga dan berilah makan dan shalatlah pada malam ketika manusia tidur, niscaya kamu masuk syurga dengan sejahtera.
(Dikeluarkan oleh Tirmidzi dan ia shahihkannya)

2.3.2        PENJELASAN HADIS:
     Hadits tersebut mengandung beberapa pokok bahasan, yaitu:
a.             Menyebarkan salam
Salam merupakan salah satu identitas seorang muslim untuk saling mendoakan antara sesama muslim setiap kali bertemu. Mengucapkan salam menurut kesepakatan ulama, hukumnya adalah sunat mu’akkad. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:
وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا.
Artinya:
“Apabila ada orang memberi hormat (salam) kepada kamu,balaslah hormat (salamnya) itu dengan cara yang lebih baik, atau balas penghormatan itu (serupa dengan penghormatannya). Sesungguhnya Tuhan itu menghitung segala sesuatu.  (Q.S. An-Nisa’: 86)
Mengucapkan salam tidak hanya disunnahkan ketika berjumpa dengan orang yang dikenal sahaja, tetapi juga ketika bertemu dengan orang yang tidak dikenali. Sebagaimana dinyatakan di dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
Artinya:
“Abdullah Ibn Umar berkata, bahwa seorang laki-laki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Islam seperti apakah yang paling baik? Nabi menjawab, “Memberi makan dan mengucapkan salam, baik kepada yang kamu kenal maupun kepada orang yang tidak kamu kenal." (H.R. Bukhari dan Muslim)
            Dalam hadis lain juga diterangkan tentan sesiapa yang pertama kali harus mengucapkan salam, yaitu orang yang di dalam kenderaan kepada yangberjalankaki, orang yang berjalan kepada yang duduk, kelompok yang sedikit kepada yang ramai. Sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadis:
عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه أن رجلا سأل النبي صلى الله عليه وسلم: أي الاسلام خير؟ قال: تطعم اطعام وتقرءالسلام على من عرفت ومن لم تعرف
(رواه البخارى ومسلم)
Artinya: “Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda, orang yang berkenderaan memberi salam kepada yang berjalan, dan berjalan memberi salam kepada orang yang duduk, dan rombongan yang sedikit memberi salam kepada yang banyak.” (H.R.Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat Bukhari: “dan yang kecil memberi salam kepada yang besar.”
          Salam juga disunnahkan diucapkan dalam berbagai situasi, misalnya ketika hendak masuk ke rumah orang lain. Sebagaimana fiman Allah SWT:
فَإِذَا دَخَلۡتُم بُيُوتً۬ا فَسَلِّمُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ تَحِيَّةً۬ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُبَـٰرَڪَةً۬ طَيِّبَةً۬‌ۚ ڪَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَڪُمُ ٱلۡأَيَـٰتِ لَعَلَّڪُمۡ تَعۡقِلُونَ
Artinya: “Maka apabila kamu memasuki [suatu rumah dari] rumah-rumah [ini] hendaklah kamu memberi salam kepada [penghuninya yang berarti memberi salam] kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat [Nya] bagimu, agar kamu memahaminya.”(61)                                                                           (Q.S. An-Nur: 61)
Begitu juga ketika meninggalkan suatu tempat atau rumah, disunnahkan untuk mengucapkan salam. Sabda Rasulullah SAW:
إذادخلتم بيتا فسلموا على أهله فإذا خرجتم فأودعواأهله بسلام
 (رواه البيهقى)
Artinya : “Apabila seorang di antara kamu masuk ke dalam suatu rumah, maka hendaklah dia mengucapkan salam. Apabila ia lebih dulu berdiri meninggalkan rumah itu, hendaklah ia mengucapkan atau memberi salam pula.” (H.R. Al – Baihaqi)

Bagi permasalahan menjawab salam bagi orang bukan Islam, para ulama berpakat bahawa menjawab salam Ahli Kitab dengan lafaz “wa’alikum”, jika sekiranya Ahli Kitab tersebut memberi salam “al-samu’alaikum” atau ragu dengan apa yang dia katakana. Manakala Ibnu Hajar menyatakan bahawa menjawab salam dzimmi adalah fardhu kerana ayat menjawab salam itu berisi perintah menjawab salam secara umum. Manakala tentang lafaz “assalamu’alaikum”, Ibn Qayyim berkata “menurut dalil-dalil dan kaidah-kaidah syariat, jawaban kepadanya adalah “wa ‘alaika al-salam” kerana ia termasuk sikap yang adil dan Allah juga memerintahkan perbuatan yang baik berdasarkan ayat 86 surah an-Nur. Maka Allah menganjurkan keadilan.”[4].

2.3.3 HIKMAH MENYEBAR SALAM:
1.      Menyemai rasa cinta sesama orang Islam, seperti yang dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a:
ألاأدلكم على ماتحبون به؟ أفشواالسلام بينكم (رواه مسلم)
Artinya : “ Maukah aku tunjukan sesuatu yang dengan itu kamu semua akan saling mencintai? Sebarkanlah salam diantara kamu semua.”  (H.R. Muslim)

“Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kutunjukkan amalan yang apabila kamu lakukan kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesamamu”
(H.R Ahmad, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Ibn Majah dan sebagainya)[5]
           
2.3.4 ATURAN DALAM MEMBERI SALAM:
     Namun demikian, terdapat beberapa hal yang telah di atur di dalam Islam berkenaan salam, khususnya bagi  hal memberi salam kepada salah seorang ahli rombongan yang ramai ketika saat bertemu dengan rombongan yang ramai tersebut. Sebahagian ulama memakhruhkan perbuatan tersebut. Bagi hal memberi salam menggunakan isyarat, terdapat sebahagian ulama memakhruhkan bahkan ada yang berpendapat hukumnya haram, bik dengan kepala, badan, atau tangan, seperti menundukkan kepala ketika berjumpa dengan orang lain, perbuatan tersebut merupakan kebiasaan orang-orang Yahudi dalam memberikan salam. Seperti hadis yang diriwayatkan oleh imam Nasa’I dengan sanad yang jayyid dari Jabir secara marfu’
لا تسلمواتسليم اليهود فإن تسليمهم بالرءوس والأكف. (رواه النسائ)
Artinya : “ Janganlah memberkan salam dengan salamnya orang – orang Yahudi karena salam mereka adalah dengan kepala dan telapak tangan. ” (H.R. Muslim)

Namun begitu, isyarat ketika shalat ketika perbuatan mengucapkan salam adalah diperbolehkan.
b.        Menghubungkan kekeluargaan (siaturrahmi)
Apa bila sedang duduk di jalan kemudian melihat ada orang yang berjalan dengan sombong atau sambil mabuk atau memakai kendaraan dengan ngebut, dan lain-lain, di wajibkan menegurnya atau memberinya nasihat dengan cara yang bijak. Jika tidak mampu, karena kurang memiliki kekuatan untuk itu, do’akanlah dalam hati supaya orang tersebut menyadari kekeliruan dan kecerobohannya.
c.              Memberi makan kepada fakir miskin
Maksud memebri makan adalah mencakup wajib, yaitu zakat dan yang sunnah, yakni sedekah. Bagi mereka yang memiliki harta yang melimpah harus menyedari bahwa dalam hartanya terdapat harta orang lain, yaitu haknyafakir miskin dan orang-orang yang lemah. Maka hak mereka harus diberikan kerana kelak akan diminta pertanggungjwaban di hadapan Allah SWT.
d.             Shalat malam ketika manusia tidur
Ibadah malam, yakni solat tahajud sangatlah baik dan utama setelah shalat fardhu, bahkan diperintahkan oleh Allah SWT untuk melaksanakannya meskipun tidak wajib. Firman Allah:
وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةً۬ لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامً۬ا مَّحۡمُودً۬ا
“Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji."    (Q.S. An-Nur: 79)

2.3.5   FIQH AL-HADIS:
              Diantara anjuran Rasulullah SAW. Adalah agar manusia mendapat kebahagiaan di akhirat kelak serta dapat memasuki syurga dengan sejahtera adalah dengan mengamalkan hal-hal berikut, yaitu: menyebarkan salam; menghubungkan keluarga; memberi makan kepada fakir miskin; dan melakukan shalat malam ketika manusia lain sedang tidur.

3. PENUTUP
3.1  KESIMPULAN
Dari pembahasan tersebut dapat disimpulkan bahwasanya:  
1)      Larangan berduaan antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram
dan belum resmi menikah.
2)      Larangan bepergian kecuali dengan mahramnya.
3)      Kemudian larangan duduk dipinggir jalan, disini Rasulullah SAW, membolehkan dengan syarat harus memenuhi hak jalan antara lain :
1)     Menjaga pandangan mata
2)     Menjawab salam
3)     Memerintahkan kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran.
4) Salam, merupakan salah satu identitas seorang muslim untuk saling mendoakan antar sesama muslim setiap kali bertemu.


DAFTAR PUSTAKA

Mahmud As-Syafrawi,. 2009. Assalamu’alaikum Tebarkan Salam Damaikan Alam. Yogyakarta: Mutiara Media.
Rachmat Syafe'i. 2003. Al-Hadits (Aqidah, Akhlaq, Sosial dan Hukum). Jakarta: PT. Pustaka Setia.
Yusuf al-Qardhawi. 2010. Fiqh al-Jihad. Penterjemah: Irfan Maulana Hakim et. all. Bandung: PT Mizan Pustaka.
Yusuf al-Qardhawi; Penterjemah As’ad Yasin. 2008. Fatwa-fatwa Kontemporer 2. Jakarta: Gema Insani.

::Mutiara Hadith::

::Mutiara Hadith::
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)

~Bicara Zahidah~

~Bicara Zahidah~
"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...