::Ahlan Wa Sahlan::

::Wahai Pemilik Ilmu::

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure she carries, or the way she combs her hairs. The beauty of a woman must be seen from her eyes. Because that is the doorway to her heart, The place where love resides. The beauty of a woman is not the facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is caring that she lovingly gives, The passion that she shows. The beauty of a woman, With passing years-only grows..."

Sunday, December 9, 2012

Dilema Persatuan Dan Organisasi-02


MERUNGKAI DILEMA DAN KEMELUT RASA...


Bismillah wa hamdan syukran lillah.. 
Pada entri yang lepas saya ada memberi beberapa situasi yang berlaku dalam kalangan ahli dan pimpinan persatuan, bila dan di mana sahaja, selaga ia melibatkan satu kata yang membawa maksud organisasi dan persatuan. Namun demikian, jawapan saya mungkin agak fokus pada kondisi di mana saya berada, berdasarkan tahap ilmu yang saya miliki. Jika ada kesilapan, teguran dan pembetulan sangat diraikan. Semoga ada manfaat buat kita semua...


Situasi 1 :
A : "Penting ke Persatuan?"
B : "Kenapa tanya soalan yang pelik tu?"
A : "Apa kaitan antara Islam dan Persatuan? Ada dalil ke yang mewajibkan kita bepersatuan?"
B : "Errrr..."




*Persoalan : Kenapa kita perlu bepersatuan? Apa kaitan antara Islam dan persatuan?


Ya. Benar. Tiada dalil qat’ie yang mengatakan wajibnya bepersatuan. Sama dengan tidak ada dalil yang mengatakan wajib memakai tudung. Benar, memakai tudung tidak wajib, yang wajib adalah menutup aurat. Tudung dan yang seangkatan dengannya hanya wasilah. Maka, pada zaman ini, jika hanya dengan memakai tudung, aurat itu mampu ditutup, maka wajiblah memakai tudung. Ada yang bertanya, bolehla memakai selendang, masih menutup aurat kan? Jawapannya, silakan, jika selendang itu tidak menampakkan bentuk sanggul, tidak tipis, mampu ‘cover’ sebahagian besar bahagian belakang dan dada, tidak menampakkan ‘serpihan-serpihan’ rambut, bukan warna yang boleh menarik perhatian lawan jenis. Tapi persoalannya, adakah selendang hari ini yang menepati kehendak menutup aurat yang telah digariskan Islam? Adakah kepelbagaian tudung dan selendang hari ini mampu ‘cover’ batasan berfesyen yang digariskan Islam? Kerana jangan dilupa, dalam Islam ada satu prinsip "Al-Ghoyah laa tubarrirul wasiilah" atau maknanya "Matlamat tidak menghalalkan cara".

Wudhu’ hukumnya sunat. Solat yang wajib. Tetapi, solat tidak boleh didirikan tanpa wudhuk terlebih dahulu. Sahnya solat, salah satunya dengan adanya wudhuk.  Maka, wajiblah wudhu’ untuk menunaikan solat. Adakah ia merubah hukum asal wudhu’? Tidak, Hukum asal wudhu’ tetap sunat. Tetapi menjadi wajib ketika hendak menunaikan solat.

Samalah seperti bepersatuan. Persatuan tidak wajib, yang wajib adalah melantik pemimpin. Kenapa? Kerana Islam mensyaratkan untuk melantik seorang imam atau ketua dalam permusafiran yang mencapai tiga orang atau lebih. Islam menggariskan solat berjemaah yang diketuai seorang imam. Bukan dua. Islam mewajibkan untuk mentaati pemimpin. Rasulullah di lantik sebagai khalifah. Ketua Negara. Ketika wafatnya baginda Rasulullah, perkara pertama yang dilakukan umat Islam adalah melantik pemimpin pengganti Rasulullah. Ia tercatat dalam Peristiwa Tsaqifah Bani Sa'idah. Wajibnya ada pemimpin yang ditaati. Kerana isu kepimpinanlah terjadinya peristiwa Tahkim dalam kisah Perang Shiffin antara Saidina Ali dan Muawiyah bin Abi Sufyan. Kerana perlunya memilih SEORANG PEMIMPIN. Sejarah dunia membuktikan, perlu ada pemimpin. Negara mana didunia ini yang tidak punya pemimpin? Soal dia lelaki atau perempuan, soal dia Islam atau bukan, itu persoalan seterusnya. Apa yang menjadi KEUTAMAAN adalah WAJIBNYA ada pemimpin. Itu tidak bisa lagi dinafikan.

Maka, dalam konteks Banda Aceh, wajibkan bepersatuan?

Kita masyarakat mahasiswa dalam kelompok yang kecil. Maka, jika hanya 3 orang yang bermusafir pun, Islam mensyaratkan untuk melantik seorang imam@ketua, apatahlagi jika melibatkan hampir 200 lebih mahasiswa Malaysia. Apakah ada cara dan jalan lain yang boleh ditempuh untuk mencapai kesatuan agar mahasiswa tidak berpecah, memudahkan urusan imigrasi dan kebajikan mahasiswa, memudahkan pihak kedutaan besar mengesan data dan kedudukan pelajar? Selain dari bepersatuan?

Setakat sehingga hari ini, hanya dengan jalan bepersatuanlah mampu mencapai segala yang dimaksudkan. Maka, wajiblah adanya persatuan. Setelah adanya persatuan dan pemimpin, Islam mewajibkan agar yang dipimpin itu mentaati pemimpin dalam batas selagi mana yang memimpin itu tidak membawa kepada kemaksiatan dan kesyirikan kepada Allah. Malah, dalam prinsip ahli sunnah berkenaan kepimpinan, sah dan wajib ditaati seorang pemimpin (walaupun dia zhalim) dan haram memberontak selagi dia bukanlah pemimpin yang bersifat Ibahiyah (Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram). Maka, selagi pemimpin yang ada masih menjaga kebajikan dan membawa kepada perkara yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran, maka ikuti dan taatilah dia. Semoga ada berkahnya. Aamiin.


'ala kulli hal, wallahu 'alam bisshawab...


-------- To be continued.


No comments:

Post a Comment

Followers

::Mutiara Hadith::

::Mutiara Hadith::
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)

::IAIN AR-RANIRY (2011/2013)::

Semester 7 (11/12)
INU 1001 Pendidikan Kewarganegaraan

INU 1004 Bahasa Indonesia

INU 3002 Ilmu Budaya Dasar

INK 3004 Matematika Dasar

INK 3007 Hadis

SYA 1009 Ilmu Hukum

SPH 3009 Asbab Ikhtilaf Al-Fuqaha

SPH 3010 Sosiologi Hukum

SPH 3011 Hukum Islam Di Indonesia
*******
Semester Pendek (10/11)
SYA 7701 Filsafat Hukum Islam

SYA 7702 Praktikum

SYA 7703 Membahas Kitab Fiqh II
*******

Semester 8 (11/12)

SYA 2007 Hukum Adat

SYA 4701 Ushul Fiqh II

SYA 4702 Hukum Islam Dan Masyarakat

SPH 4708 Ushul Fiqh Muqaranah I

SMI 4709 Epistomologi Perundang-Undangan I

SYA 6701 Ushul Fiqh III

SPH 6805 Epistomologi Perundang-Undangan II

SPH 6806 Ushul Fiqh Muqaranah II

SPH 6807 Syari’at Islam Di Aceh

SPH 6808 Takhrij Hadis

SPH 6809 Hukum Perkahwinan Di Indonesia

*******

Semester 9 (11/12)

SYA 5702 Membahas Kitab Fiqh I

SPH 5803 Membahas Kitab Tafsir

SPH 5804 Muqaranah Mazhab Fil Jinayah

SPH 5805 Hukum Tata Negara

SPH 5806 Ilmu Falak

SPH 5809 Legal Drafting I

SPH 7804 Metode Penelitian Hukum

SPH 7806 Metode Ijtihad Kontemporer

SPH 7809 Legal Drafting II

*******

Semester 10 (12/13)

SYA 8701 KPM

SYA 8702 Skripsi

SYA 8703 Ujian Komprehensif

:: KIPSAS 2008/2011 ::

Semester 4 (09/10)

ASU 2012 Qawaidh Fiqhiyah

ASU 2022 Pengantar Fiqh Islam

ASU 2073 Usul Fiqh

ASU 2102 Siyasah Syar'iyyah

ASU 2142 Al-'arabiyyah li al-syariyyah 1

ASU 2202 Undang-Undang Jenayah Perbandingan

ASU 2222 Undang-Undang Keluarga Perbandingan

ASU 2262 Bahasa Inggeris 3

KIP 2031 Halaqah Usrah 3
*******

Semester 5 (10/11)

KIP 2041 Usrah II

ASU 2272 Bahasa Inggeris IV

ASU 2152 Al-Arabiyyah Li Al-Syar'iyah II

ASU 2083 Pentadbiran Harta Orang Islam

ASU 2232 Undang-Undang Syarikat & Perkongsian

ASU 2242 Undang-Undang Keterangan Perbandingan

ASU 2212 Undang-Undang Probet Perwarisan

ASU 2062 Fiqh Muamalat
*******

Semester 6 (10/11)

ASU2052 Ayat & Hadith Ahkam

ASU2282 English For Law

ASU2122 Kaunseling Islam & Guaman Syari'e

ASU2132 Undang-Undang Prosedur Mal & Jenayah

ASU2252 Undang-Undang Acara Sivil & Jenayah

ASU2093 Ulum Al-Quran & Ulum Hadith

ASU2984 Kertas Projek

~Bicara Zahidah~

~Bicara Zahidah~
"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...