Followers

::Wahai Pemilik Ilmu::

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure she carries, or the way she combs her hairs. The beauty of a woman must be seen from her eyes. Because that is the doorway to her heart, The place where love resides. The beauty of a woman is not the facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is caring that she lovingly gives, The passion that she shows. The beauty of a woman, With passing years-only grows..."

Friday, August 13, 2010

Harapan Ramadhan..



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan
Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah..
Dengan RahmatMu oh Tuhanku..
Ku tempuh jua... 
 
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:



“Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat”


"RAMADHAN AKADEMI TARBIAH"

Thursday, August 12, 2010

Ke Mana Mahumu





Assalamu'alaikum warahmatuLLAH..
Selawat dan salam buatmu Rasulullah. Selaut cinta buatmu Habiballah.

Saudaraku, 
Ke mana mahumu. 
Masih berdiri disitu dan melihat saja ia datang kemudian berlalu? 
Ataukah juga sekadar menyapa dan senyum sahaja?
Mungkinkah juga dengan raut wajah yang lemah dan lelah? 
Ataukah dengan sambutan yang meriah dan teruja?
Pilihlah.  

Dia tiba lagi.
Mungkin ada yang menanti.
Mungkin juga ada yang langsung tak peduli.
Biarlah.
Dia tetap akan tiba.
 

Dia tiba dengan harapan.
Dia tiba membawa rahmat dan keampunan.
Dia tiba bersama selautan cinta dan kasih sayang Rahman...

Dialah Ramadhan...
Bulan Kerahmatan.
Bulan Keampunan.

Ramadhan, 
Kita bersua lagi...
Ramadhan yang sama..
Bulan yang sama..
Tetapi 
Dalam Natijah yang berbeza...


Friday, July 16, 2010

Alangkah Indahnya!

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerana pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Ummati.. Ummati

Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerana pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah ku syafaatmu...


Selawat dan selaut cinta buatmu RasuluLLAH. Usai solat Isyak di malam yang agak mendinginkan bersama hembusan nafas angin yang sangat laju menghempas pintu dan langsir biru gelap itu menjadikan musolla blok Iffah malam ni agak hening. Pengunjung pun agak kurang. Tidak seperti biasa. "Mungkin mereka merasa lebih selamat solat di bilik", detik hati. =). Sehabis salam, ntah mengapa tiba-tiba sudut hati diterpa sebak yang amat sangat. Sayu dan pilu yang datang tiba-tiba bersama segumpal rasa rindu. Rindu pada seorang insan yang tidak pernah ditemui namun segala tentang diri dan perjuangannya telah kukuh terpahat dalam hati. Tanpa kawalan, lirik dan irama lagu nyanyian kumpulan Raihan itu terngiang jelas ditelinga, mengiringi titisan air jernih yang tenang mengalir membasahi teduhan sepasang tapak tangan yang sedang menadah, membenarkan untaian doa.
"Ya ALLAH, tetapkan hati dan diri ini dijalan Dakwah-Mu. Kuatkan diri ini melangkah di jalan-Mu. Gagahkan diri ini agar tetap tegar menjulang panji agamaMu meskipun dihujani panah-panah musuh-Mu yang menderu dari segenap sudut. Andai hayunan langkah ini mula lesu, andai tangan yang menggengam panji ini mula rapuh, Jangan biarkan diri ini tersungkur jatuh. Kerana bimbang kudrat yang ada tidak lagi mampu menanggung berat dugaan-Mu. Ya ALLAH, sampaikan salam cinta pada Rasulullah. Betapa payahnya langkah ini. Betapa sakitnya menggenggam panji Iman disaat Islam mula disisihkan. Namun, tidak sekali akan ku menyerah. Tidak sekali ku mengaku kalah. Biar jasad ini rebah, biar terasa lelah, aku takkan jera. Akan ku gagahi kerana ku meyakini,
SRIKANDI SEJATI TIDAK LAHIR DI ATAS LAUTAN YANG TENANG.......


Friday, June 18, 2010

Mungkinkah Sejarah Kembali Berulang (1)

Assalam’alaikum warahmatuLLAH

BismiLLAH wa hamdan shukran liLLAH…

Segala pujian di tujukan buatNya yang memiliki segala sifat terpuji, selawat dan salam buat junjungan besar kekasih ALLAH para sahabat, ahlul bait baginda, para tabi’in, tabi’ tabi’in dan seterusnya salam perjuangan dan mujahadah buat para pejuang agama yang masih dan sedang bertebaran di muka bumi demi memartabatkan risalah Islam yang suci.

Maaf buat semua di atas ‘kesunyian’ buat seketika. Dalam ‘tempoh’ beberapa waktu ini mengajar ana tentang banyak perkara. Ya. Banyak perkara. Anta hasrat di hati ingin melakukan ‘bedah siasat buku’, namun apakan daya lantaran kelengkapan perlatan dan sumber yang terhad menyebabkan ana hanya mampu melakukan ‘bedah buku’ sahaja. Belum cukup syarat untuk menyiasat dan mendedahkan isi buku dengan lebih signifikan.

Dalam kesempatan menyiapkan kertas projek, tiba-tiba ana rasa tertarik untuk membaca sebuah karya sastera berkulit tebal dan eksklusif edisi terhad yang telah lama tersimpan kemas di susunan rak buku, pemberian seorang pakcik muda. Sebuah karya sejarah yang membawa ana kembali ke zaman lampau. Zaman permulaan perkembangan Islam di Tanah Melayu. Kisah persaudaraan, harta, kerajaan, keikhlasan, keimanan, ketaatan, ketamakan, dan hasad dengki yang akhirnya membawa pertumpahan darah dalam lingkungan saudara kandung dan anak beranak sendiri. Rasa tertarik yang mungkin timbul selepas membaca sebuah buku yang mencabar ana sebagai seorang pemudi Islam untuk mengenal siapa sebenarnya diri ana. Bangsa ana. Agama ana. Tahniah. Penulis buku ‘Agenda Yahudi Menakluk Dunia’ itu telah berjaya mencabar ana untuk mencari jati diri ana sebagai seorang Islam. Ana perlu kembali kepada sejarah. Melihat kembali jejak yang ditinggalkan mereka yang pernah mencipta sejarah itu.

Bila ditanya kepada remaja hari ini, berapa ramai yang mengetahui tentang sejarah bermulanya Islam. Bila dikatakan kita orang yang lupa diri kita rasa marah, sanggup memukul atau memaki orang yang bertanya tapi hakikatnya berapa orangkah dikalangan kita ini yang mengetahui secara tepat dan lengkap sejarah bermulanya Islam. Rumah siapakah yang menjadi tempat pertama Rasulullah menyampaikan dakwah Islam secara siir? Siapakah rombongan terawal yang memeluk Islam? Yang kita tahu, kanak-kanak pertama memeluk Islam. Wanita pertama memeluk Islam. Itupun kerana hanya itu yang ada dalam silibus mata pelajaran, Jadi jangan marah andai kita dikatakan orang yang lupa diri.

Tapi ana juga tidak sepenuhnya menyalahkan masyarakat hari ini yang semakin tidak mengenal jati diri sebagai Muslim sejati. Kerana apa? Kerana kita telah berjaya diperdaya oleh Yahudi. Ya. Yahudi telah hampir berjaya pada misinya. Amat Sakit untuk ana nyatakan, tapi INI HAKIKAT yang terbentang nyata. Kaum yahudi sedang bergelak ketawa melihat keasyikan dan kemasyhukan umat Islam yang sedang asyik meneguk nikmat-nikmat dan keindahan yang dihidangkan oleh mereka tanpa mengetahui bahawa semua nikmat dan keindahan itu adalah racun yang akan membunuh KITA SEMUA!

Lihat saja pada peristiwa berdarah terkini yang masih hangat diperkatakan. Tentang serangan tentera Israel terhadap kapal bantuan Mavi Marmara. Ianya telah memancing perhatian dunia ke atas tindakan kejam rejim itu. Tapi, tidakkah kita mahu membuka mata hati dan akal fikiran kita bahawa itu adalah salah satu tindakan dari Israel untuk membuktikan kepada dunia bahawa ‘mereka’ adalah bangsa yang kuat. Tidak takut kepada sesiapa pun. Sejarah kegelapan satu masa dahulu kini telah menjadi zaman kegemilangan bagi mereka. Percayakah bila ana katakan peristiwa berdarah itu merupakan gimik awal dari Israel dan sekutunya yang akan membawa kepada klimaks yang lebih ‘GEMPAK’?

Mungkin ada yang yang lupa dan mungkin juga ada yang belum tahu bahawa bangsa Yahudi dan Nasrani pernah menjadi agama samawi(agama langit) yang mana nabi dan Rasul Allah pernah diutuskan keatas kaum ini. Cubalah kita selak kembali helaian sejarah silam bila mana ALLAH mengkhabarkan kepada kita di dalam Al-Quran tentang nikmat-nikmat dan kemuliaan yang pernah ALLAH berikan kepada Bani Israel. Antara nikmat yang paling besar adalah ketika Bani Israel diselamatkan oleh Nabi Musa dengan izin ALLAH ketika mereka diburu oleh Firaun LaknatuLLAH. ALLAH memerintahkan Nabi Musa untuk memukul tongkat miliknya ke Laut Merah lalu dengan kuasa ALLAH maka Laut Merah itu terbelah dua membentuk sebuah lorong untuk dilalui oleh Bani Israel bagi melepaskan diri dari kekejaman Firaun LaknatuLLAH. Lupakah kita bila ALLAH memperlihatkan bahawa Firaun itu bukan Tuhan apabila Firaun bersama tenteranya mati tenggelam di Laut Merah bila laut yang terbelah itu bercantum kembali. ALLAH memberikan pengajaran berguna kepada Bani Israel dan kita semua tentang keangkuhan seorang manusia yang mengaku Tuhan namun tidak mampu menyelamatkan diri ketika mautnya datang menjemput. Dikhabarkan juga di dalam Al-Quran keistimewaan Bani Israel yang akan dilindungi awan ketika berjalan dipanas terik padang pasir. Teringat ana pada ayat yang sentiasa diulang di dalam surah Ar-Rahman “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Ya. Mereka mengakui namun mereka juga mendustakannya. Mereka terkenal dengan ‘perangai jahat’ dengan membunuh anak sapi, membunuh para nabi dan mengingkari janji yang dilakukan. Kalau setakat menyerang kapal Mavi Marmara dan melakukan kekejaman dengan sekatan ketat dan bedilan peluru tak bermata, ana rasa terlalu sedikit dengan kejahatan dan pendustaan yang telah mereka lakukan pada ALLAH dan Rasul. Percayalah! Sekalipun Dunia mengancam mereka, mereka tidak akan pernah gentar kerana kesombongan dan keangkuhan terlampau telah lama bersemadi dalam diri mereka. Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui kenapa dan mengapa serta apa hikmah yang tersimpan disebalik kewujudan mereka di bumi ALLAH ini kerana jika ALLAH ingin menghapuskan mereka dari muka bumi tanpa sedikit jejak sekalipun, ALLAH mampu. Tapi sifat-NYA yang Ar-Rahman masih membuka peluang kepada mereka untuk bertaubat. Ingatkah lagi ketika ALLAH menghantar halilintar kepada mereka ketika Bani Israel meminta kepada Nabi Musa untuk melihat wajah ALLAH secara nyata? Ingatkah juga ketika ALLAH mengangkat Bukit Tursiyna agar Bani Israel memegang janji mereka pada ALLAH dan Rasul?

Satu yang ana terfikir, mungkinkah ALLAH ingin memperlihatkan kepada seluruh umat manusia bahawa mereka inilah bangsa yang tidak pernah bersyukur terhadap jutaan nikmat yang telah ALLAH berikan kepada mereka. Namun ALLAH itu bersifat Ar-Rahman, sentiasa membuka pintu taubat sehinggalah ajal datang menjemput. Inilah contoh keangkuhan yang pernah ada dalam diri Firaun LaknatuLLAH. ALLAH ingin mengajarkan kepada kita semua bahawa mereka inilah satu bangsa yang pernah ALLAH selamatkan ketika mereka lari dari buruan kekejaman Firaun namun akhirnya kini mereka jugalah yang sekali lagi mendustakan ALLAH dan Rasul serta mewarisi dan menghidupkan kembali keangkuhan Firaun dalam bentuk yang jauh lebih Moden. Ya. NEO-FIRAUN.


Lihatlah! Dan Fikirlah! Bukankah Sejarah Akan Kembali Berulang?



( Karya ini ana Ilhamkan buat Anak Bangsa yang punya Agama punya Minda)


Anak Bangsaku!


Sejarah…Bukan Sekadar untuk dibaca.


Fahami. Hayati. Ingati. Teladani


Andai dengannya kita mampu membina kembali tamadun agama,


Maka, Jangan Gentar!


Lakarlah kembali Sejarah Yang Gemilang itu!


Andai dengannya kita akan musnah,


Jangan cuba diteladani lembaran silam itu!


Biarlah kita mati dalam lautan darah…demi membina sejarah


Daripada mati terkambus dalam timbunan sejarah!


(Nukilan : Qasrina R.)

17 Jun 2010/ 7.15 pagi/ Kuala Lumpur




‘Mujahidah Solehah, Menghayun Langkah Menjejak Sejarah Menggegar Dunia’

Saturday, May 15, 2010

Hidup Sunyi Tanpa Dakwah

BismiLLAH wa hamdan shukran liLLAH...

Assalam'alaikum warahmatuLLAH...

Salam mujahadah. Agak kekok untuk menulis semula setelah lebih sebulan tidak menulis. Bukan ketandusan ilmu atau idea bahkan sentiasa memikirkan apa yang ingin dikongsi. Tidak mahu sekadar mengisi ruang dengan cerita-cerita harian tanpa diisi dengan pekongsian ilmu. Sekarang musim cuti, maka banyaklah program-program yang berjalan. Di tanah kelahiran yang sedang menanti, keluarga, sahabat bersama program-program pelajar sepanjang cuti. Program besar tentunya, Kem Remaja Islam (KRIS), program wajib setiap tahun yang diadakan setiap jun bersempena cuti persekolahan pelajar menengah yang biasanya menelan belanja ribuan ringgit dengan peserta yang pernah mencecah 450 orang pelajar seluruh Sabah itu amat menggamit hati untuk kembali berkhidmat di daerah sendiri. Beberapa hari lepas panggilan yang ana terima daripada seorang adik usrah semasa berada di medan PERPPIS suatu masa dulu amat menyentak hati. Maafkan kakak, itu jawapan atas semua pertanyaan yang diajukan. E-mail dari sekretariat MARSIS juga ana balas dengan jawapan maaf. Kenapa? jawapan yang sama buat semua yang bertanya, sebabnya biarlah hanya Allah yang tahu. =) Mungkin mengundang ketidakpuasan hati setengah pihak, ada yang persoalkan tanggungjawab ana sebagai dai'e dan ahli gerakan, tapi percayalah ana tidak pernah menyendiri apatah lagi untuk lari dari medan ini.

Benar, ramai yang terkejut jika mendengar jawapan "tidak" dari ana atas pertanyaan sama ada cuti 3 bulan semester ini akan balik atau tidak, termasuklah pensyarah dan staf kolej apatah lagi adik2 seperjuangan. Mak dan pa' mulanya agak terkejut namun amat memahami jiwa anak mereka yang 'agak degil' ini. Mak dan pa' sememangnya sudah bertanya lebih awal untuk menempah tiket buat ana, tapi yalah, anak mereka ini berjiwa pengembara, jadi hanya keizinan dan doa yang ana sangat perlukan dari keduanya.  Ya, sememangnya amat terkilan, cuti yang agak lama tidak dapat dikongsikan bersama keluarga, sahabat dan yang paling penting ilmu tidak dapat dikongsi bersama ratusan adik2 bakal perserta yang menanti.  Siapa kata hati ini tidak terkilan. Tapi ada hakikat yang adakalanya tidak mampu dikongsikan. Apa yang mampu dikongsikan, banyak sangat perancangan yang telah dirancang, tetapi rupanya jauh berbeza dengan percaturan ALLAH. Itulah bukti ana hanya hamba. Ana merancang, ALAH juga merancang, dan sesungguhnya ALLAH jualah sehebat-hebat Perancang. Siapapun kita, hatta seorang ahli geologi atau kaji cuaca, kita hanya mampu meramal esok akan hujan, panas atau ribut berdasarkan bukti-bukti awal, teori dan pengalaman. Tapi ALLAH berkuasa menurunkan atau menghalang hujan bahkan Dia juga mampu menghalang dari matahari memancarkan cahayanya. Kita tahu tanda-tanda kiamat, kita lihat dan rasa tanda-tanda akhir zaman ini tapi tiada siapa yang tahu bila Hari Kebangkitan itu akan tiba melainkan ALLAH jua. Kerana apa, kerana segalanya berlaku hanya dengan izinNya. Semua terjadi atas kehendakNya. Hanya setelah kalimah "Kun fa yakuun".

Tidak pernah dinafikan kebenarannya, sebagai seorang yang terlalu biasa bergerak aktif dengan program dakwah dan kemasyarakatan sejak sekolah menengah lagi, sangat kekok dan janggal untuk mengharungi hari-hari tanpa terlibat secara langsung dengan program2 dan majlis2 ilmu. Tawaran kakak sulung untuk menjadi tenaga pengajar sambilan di Johor pun terpaksa diketepikan. Bukan tidak mahu, tapi adakalanya ana perlu berkata "Tidak". Tidak bukan bermakna tidak mahu. Dalam bahasa arab, bukan Lan (tidak selamanya), tapi Lamma baad(sekarang tidak, tapi nanti ya). Tidak pernah ana nafikan kemuliaan menjadi pendidik kerana ana juga pernah manjadi seorang guru. Tapi tempoh itu hanya untuk 2 bulan, sedangkan apa yang sedang ana lakukan adalah untuk bulan2 dan tahun2 bahkan untuk sepanjang hidup ana akan datang. Ada satu jawapan yang mungkin akan sedikit memuaskan hati, ya, mungkin ini jawapan yang hampir tepat. "Ana sedang berada dalam satu ruang untuk mencari makna DIRI". Mencari kekuatan, membina kekuatan JIWA.
WaLLAHU 'ALAM.


*******************************************************************

 
Petikan dari sebuah buku karya penulis terkenal, Ust Hasrizal,
dalam 'Secangkir Teh Pengubat Letih':
Untuk diri ana dan anak-anak muda yang berjiwa da'i..
"carilah satu dunia asing, untuk kamu keluar dari diri kamu
yang sudah rapuh dan kering itu.
Basahkan kembali dengan bersunyi-sunyian dengan Allah,
samada ditikar sejadah atau hamparan yang bumi
dan alam yang tekun dengan zikrullah.
Carilah damai untuk diri sendiri,
khususnya buat anak muda berjiwa da'i,
yang sering hidupnya berfikir tentang orang lain
hingga lupa kepada perlunya diri dibelai damai oleh
minda, emosi dan spiritual yang kemas
antara diri dan Ilahi,
hanya kamu dan Dia,
hanya kita dan Allah..tiada yang ketiga"


 Petikan kata azimat dari seorang ahli Tarbiah, Allahyarham Ust. Rahmat Abdullah,
dalam sedutan filem Sang Murabbi;
Setiap Jiwa yang berggerak di Jalan Dakwah,
Seharusnya kembali kepada Allah dan Rasul.
Komitmen harus dibina di atas keaslian Islam itu sendiri.
Jangan otak cerdas, kognitif, maju dengan panah-panah,
TETAPI kosong hatinya,
menyebabkan sombong, bangga, angkuh terjadi.
Tidak lagi bangga dengan Islam,
Tidak lagi bangga dengan hasil2 Tarbiah.
TETAPI Bangga dengan hasil kemajuan dan kecerdasan.
Dan menjadi bertambah 'dungu', sombong;
Dengan mentaklid cara2 orang lain padahal belum tentu benar..."


************************************************************

 
"Mujahidah Solehah; Gagah pada Mujahadah,
Haraki pada Jiwa Da'i
 Sufi pada kezuhudan Dunia...
Pada Zahirnya Sempurna,
Hakikatnya;
Jasad, Jiwa Dan Cintanya Hanya Pada ALLAH"


**************************************************************

...Hidup sunyi tanpa Dakwah
tetapi
Hati lebih sunyi tanpa cinta Allah...


Sunday, May 9, 2010

AZIMAT IBUNDA

Langit kirmizi menghantar dirimu
Menuju jalan pulang
Hari hari indah bersamamu
Bertabur di tanah kenangan


Wajah berona simpati kau tatapi
Buat kali terakhir
Sedih dan sayu dari kamar atma
Mengundang airmata


Hanya rindu dan doa buatmu
Semoga kau tenang dan bahgia
Agar syurga menjadi milikmu
Bukan hanya di telapak kakimu


Menumpang di segenap ruang
Yang ada di lubuk perkasihan
Begitu indah setiap detik didalam rahimmu
Sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
Keperitan itu kau rasa indah demi anakmu


Setitis airmata ibu yang gugur kerana kesedihan
Segaris luka di hati ibu kerana kederhakaan
Tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
Azimat ini kutanam di lubuk hati yang dalam


Di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
Bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
Tiada yang terindah di dunia dapat mengganti hilangmu
Pilihan yang terbaik takkan dapat mengisi relung hatiku

Thursday, April 15, 2010

UKHWAH YANG DI RINDU

BismiLLAH wa Hamdan Shukran liLLAH...


Segala pujian hanya PadaNya, selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w., ahlul bait baginda, para sahabat, tabiin, tabi' tabiin, para mujahidin dan umat Islam yang dirahmati dan dikasihi ALLAH. 


Beberapa hari lepas ana terpaksa menutup telefon bimbit ana dalam 5 jam lantaran sedikit ralat. Sebaik ana buka, 16 mesej masuk secara serentak (Ni yang ketiga terbanyak, pernah 24 mesej sekali masuk. Menunjukkan ralatnya hp ana) =). Ada pelbagai mesej yang diterima, tentang gerak kerja, tentang kertas kerja dan sebagainya. Namun ada beberapa mesej yang sangat menyentuh hati. Mengundang rasa sendu yang datang menyerbu sukma. Mesej dari adik-adik muslimat dan sahabiah2 yang pernah bersama ana berjuang atas dasar Islam. Mesej yang meluahkan rasa rindu. Menitis air mata mengingatkan kepayahan, gelak tawa, air mata dan keasyikan berprogram bersama mereka. Saat yang sangat dirindu. Nama-nama ini terlakar dalam hati di satu sudut ruang tersendiri. Mereka hadir pada saat dan waktu yang berbeza, namun atas dasar dan maqasid yang sama, kerana ALLAH, kerana Agama :


Persatuan Puteri Islam (PERPIS) SM Convent St. Ursula
Norzaliana M. Nee (UiTM Kota Kinabalu)
Rusianti. Abu Bakar (UMS)
Hayati. Barman (UMS)
Rabiatul Adawiyah. Rijal (UKM)
Rahmah Mansah
Noorzaila. Abd Hafiz (UMS)
Sarwana. Saharudin (Politeknik KK)
Sunarti. Ahmad


Hal Ehwal Puteri Islam (HEPI) Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS) Bahagian Tawau sesi 2006/2007.
Ana,
Rosnilawati Abd Semin (UMS-Universiti Malaysia Sabah),
Ruhana. Ruddin (UMS-Universiti Malaysia Sabah)
Siti Nur Ain. Mayan (UDM-Universiti Darul Iman Malaysia)
Ratna Safitri. Purnomo (KUIN-Kolej Universiti Insaniah)
Rusni. Tajari (UIA-Universiti Islam Antarabangsa)
Fairuziella. Baharuddin (STPM 2009)
Rosmira. Husin (STPM 2009)
Irma (UIA-Universiti Islam Antarabangsa)
Rima (UUM-Universiti Utara Malaysia)
Maisa (UITM-Universiti Teknologi Mara)
Marwiyah (KUIN-Kolej Universiti Insaniah)



Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2008/2009
Kak Siti Nurul Munawirah
Kak Rafidah Jannah. Salleh
(Kakak yang lain ana sayangi, namun mawar berdua ini terlalu dekat dihati.=)



Sahabiah Kampus Lain
Kamilah Husna (MMU)
Nurealin (UniKL)



Sahabiah Pertama Yang Menyambut diri di medan kampus ini :
Kak Nadzifah
Kak Farah Nadia
Kak Hasanah
Kak Siti Hajar
Kak Ainani
Anip
Syirah



Dan adik-adik muslimat yang sekarang masih setia bersama ana berjuang di medan ilmu dan Islam...
(Kak Zu, Akmal, Ina, Syarah, Ainul, Shahenaz, Yuhanah, Mas, Niza, Husnah, Pieja, Sydah, Finas, Farhana, dan ramaaaaaai lagi)



~Kalian sumber kekuatan dan inspirasi ana dalam meneruskan hayunan langkah MUJAHIDAH GAGAH ini.



~Dimana pun kalian berada, doa ana sentiasa bersama kalian.



~Moga kalian sentiasa thabat dalam jalan perjuangan mendaulatkan Islam di bumi Allah ini.



~Doa ana, kita akan dipertemukan semula dalam jalan yang sama, jalan perjuangan Islam.



~Andai tiada jodoh kita, andai takdir Allah kita tidak lagi akan dapat bertemu di dunia, doa ana kita dapat bersama di akhirat sana. Berkumpul dan berhalaqah bersama. Di Jannah Allah.



~Siiru 'ala wa barokatiLLAH....






***********************************************************************



"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
Bertemu untuk mematuhi perintahMu,
Bersatu memikul beban dakwahMu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.


Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...
Penuhkanlah piala hati ini..
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...


Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu


Engkaulah sebaik-baik sandaran
 Dan sebaik-baik penolong..
Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..
Amin Ya Rabbal 'Alamiiin..."







~MUJAHIDAH GAGAH PADA JIWA YANG TABAH~

Kemana Hilangnya Mutiara Itu!

BismilLLAHI Ar-Rahman Ar-Rahiim...


Segala puji bagi ALLAH yang hanya padaNya layak segala pujian. Selawat dan salam ke atas junjungan besar yang menjadi sanjungan agama, dia, Rasulullah S.A.W. Juga doa ini dipanjatkan buat para sabahat, tabi'in, tabi' tabiin, mujahid mujahidah yang tegar berjuang membela agama, pencinta dan pemburu ilmu, murabbi-murabbi yang setia mencurahkan ilmu mereka, dan para penuntut ilmu yang masih dan terus berjuang di medan ilmu. 


AlhamduliLLAH, setelah 2minggu berjuang, akhirnya tamat sudah imtihan niha'i buat semester ini.  Perjuangan yang sangat menggetirkan bagi ana. Buat pertama kalinya menghadapi 2 perkara yang perlu digalas bersama, amanah sebagai pimpinan kampus dan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu dengan subjek yang berat yang dihimpunkan dalam satu semester sememangnya benar-benar menguji kekuatan mental, fizikal dan emosi. Siyasah syar'iyyah, Bahasa Arab, Usul Fiqhiyyah dan Qawaidh Fiqhiyyah . Ditambah dengan Undang-undang Keluarga Perbandingan dan Undang-Undang Jenayah Perbandingan. Kesemua subjek yang amat ana cintai, namun perlu berbahagi perhatian dengan amanah yang juga terpikul dipundak insan lemah ini. Terkenang semasa awal semester dulu, rasa hendak menitiskan air mata, rasa terlalu lemah hendak menghadapi semester. Tapi syukur dengan segala kesyukuran, DIA ada untuk memujuk hati, membimbing, memberi laluan dan petunjuk dengan belaian rahmatNYa; Ilmu ini milikNya. Amanah yang ana pikul ini juga adalah atas kehendakNya. Ana berjuang kerana agama-NYa. Apa yang perlu ditakutkan. Segalanya adalah milikNya, jadi untuk apa bersedih hati? Mintalah saja padaNya...
Kini, AlhamduliLLAH, ana berjaya menjawab soalan bagi subjek-subjek yang menjadi kegusaran (sehingga terbawa ke alam mimpi). Tidaklah sempurna, tapi InsyaALLAH dipermudahkan.

Pada entri kali ini ana ingin berkongsi tentang tajuk yang ana sisipkan, "Mutiara yang Hilang". Mungkin ada yang bertanya, apalah kaitan mutiara dengan luahan keletihan dalam imtihan. Ya, ada kaitannya. Dalam dua minggu seluruh warga kampus berjuang menempuh peperiksaan akhir semester ini, ana sempat memerhatikan ragam dan gaya ulang kaji yang diamalkan siswa/i. Pelbagai ragam dan bentuk. =). Minggu peperiksaan seharusnya menjadi minggu ulang kaji iaitu minggu nak repeat dan remind semua subjek, minggu nak buat "study group" untuk bincang tajuk yang kurang difahami. Bukan minggu "study" dalam erti kata baru nak faham, baru nak belek buku yang setebal 1 inci tu. Macam manalah tak pening + sakit kepala sampai ada yang nak rebus buku dan minum airnya, ada yang nak muntah sebab baca buku "last minute". Macam mana otak tak rasa "hang", kalau dah maklumat sekaligus dimasukkkan ke dalam otak, macam dah jadi sotong sumbat.. Ana pun jenis individu yang memang study last minute, tapi kita kenalah ada strategi. (Macam mana strategi perang bila musuh datang tiba-tiba) ;), bukannya dengan sumbat semua maklumat dan tak tidur malam langsung. Ini bukan cara belajar yang betul. Ya, kita nak cover banyak perkara, tapi janganlah sampai menzalimi diri. Kita ada hak yang perlu ditunaikan terhadap diri termasuk tubuh badan kita. Zalim namanya, jika mata dah ngantuk tapi kita masih memaksanya untuk bertugas  atas kesilapan kita sendiri yang belajar saat akhir. Dalam suasana belajar saat akhir ni, ana seringkali terfikir, apakah kesungguhan belajar saat akhir ini akan sama dengan kesungguhan untuk mengamalkan dan menjaga ilmu yang di paksa untuk masuk ke otak ini?

Kita menuntut ilmu agama, adakah hanya sekadar untuk mendapat segulung penganugerahan tanda tamat pengajian? Dalam sibuk memerhati, ada juga yang  ana lihat, payah sangat untuk mengingati apa yang telah dipelajari. Mengeluh dan ada yang sehingga berputus asa untuk menghafal apatahlagi untuk memahami.. Terngiang-ngiang salah satu rangkap dalam syair Imam Syafi'e, "Aku mengadu kepada waki' (guru)tentang teruknya hafalanku, dan waki'(guru) menunjukkan kepadaku jalan meninggalkan maksiat. Dan dia memberitahu kepadaku bahawa ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak diberi pada hati yang penuh maksiat..."
Hari berikutnya dalam sibuk mengulang kaji, minda ini masih tidak berhenti berfikir, di mana nilai ilmu pada diri kita. Ada pelajar yang menuntut ilmu, tapi tidak menggemari guru yang memberi ilmu.. Sedangkan para ilmuan masyhur terdahulu sanggup berjalan kaki berbulan lamanya semata-mata hendak mendapatkan ilmu dari gurunya yang utama agar sanad yang diperolehi lebih pendek. Mereka memuliakan guru. Tapi kita? berapa ramai yang sanggup menjelajah ke timur tengah semata-mata hendak mensahihkan ilmu yang dimiliki? Berapa ramai pelajar yang memuliakan guru? Kitab dan buku yang dibaca sekadar diperolehi dari buku, tanpa dirujuk pada guru. Kerana apa? kerana angkuhnya kita dengan guru. Bila dah baca, rasa diri dah faham. Banyak buku yang dibaca menggambarkan banyaknya ilmu yang kita miliki. Tapi yakinkah kita?terjaminkah kefahaman yang diperolehi dari buku yang kita baca tanpa rujukan daripada guru itu, selari dengan tujuan dan maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis buku?

Apa yang menyedihkan, bila dah habis minggu imtihan, banyak sangat kitab yang tidak disimpan, berselerak di sana situ, dibiarkan tanpa ada rasa hendak menghormati apatahlagi memuliakan buku yang merupakan sumber ilmu itu. Inikah bukti kita cintakan ilmu? Sebab itu ana ingin kembali pada pokok persoalan asal, apakah niat kita menuntut ilmu? Tahukah kita nilai dan harga yang ada pada ilmu?

IMAM AS SYAFIE :
1. Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan keduanya.
3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan.
4. Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji).

*****************************

IMAM MALIK :
1. Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan.

*****************************

IMAM ABU HANIFAH :
1. Tidak sekalipun aku shalat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar. (murid-muridnya).

*****************************

IMAM AHMAD :
1. Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya.

*****************************

SUFFIAN BIN UYAINAH :
1. Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi mudarat padamu.
2. Org yg menuntut ilmu tidak akan dianggap sbg org yg berakal hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia.
*****************************

LUQMANUL HAKIM menasihati anaknya :
"Wahai anakku, dampingilah selalu para ulama dan jgn engkau byk berdebat dgn mereka agar jangan dibenci oleh mereka."
"Janganlah engkau duduk berteman dengan orang yang bodoh, sombong dan jangan didekati orang yang bermuka dua."


~ MUJAHIDAH SOLEHAH MELANGKAH GAGAH MENJULANG AGAMA~

Thursday, April 1, 2010

مع التوفيق والنجاح في الامتحان النهاءي


1. BERUSAHA




2. BERDOA




3. BERTAWAKKAL






INSHA ALLAH;

WE WILL PASS WITH FLYING COLOURS



من جد و جد و من زرع حصد

Saturday, March 20, 2010

JIKA BENAR DIRIMU ADALAH DA'IE...

Dengan NamaMU Ya RAHIM...
Semakin hari ana memerhatikan dunia yang semakin kehilangan susuk individu yang mampu menjadi Qudwah Hasanah. Ana terfikir, para ulama' yang ada sekarang ini majoritinya telah berusia, namun ana melihat masalah dan kerosakan umat Islam juga semakin bertambah dan semakin kritikal. Dunia semakin tua, para ulama' juga semakin berusia, namun ironinya, umat Islam juga semakin rancak dibuai leka.
Pastinya para ulama' yang ada sekarang ini akan menuruti jejak laluan seterusnya bagi setiap insan, menemui Khaliknya. Namun siapakah dan dimanakah tersembunyi pelapis, bakal-bakal ulama' yang akan meneruskan jejak peninggalan warisan Rasulullah dan para sabahat, tabi'in serta tabi' tabi'in ini? GENERASIKU, kitalah Pewaris itu!
Persiapkanlah diriku dan dirimu. Pejuang Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami bukan sekadar di dalam nota-nota dan kertas peperiksaan, bukan juga sekadar untuk dikhatamkan di dalam dewan kuliah. Kesyumulan Islam juga mendidik manusia untuk membentuk dan membina akhlak yang mulia. Bukankah akhlak Rasulullah itu Al-Quran? Maka telek dan tiliklah diri kita dalam mempersiapkan diri untuk terjun di dalam medan dakwah masyarakat yang pastinya akan menjadi susuk individu yang menjadi ikutan dan panduan sebagai duta Islam yang pastinya memiliki qudwah hasanah.

Siapkan diri kita dengan 10 Muwassafat Tarbiah:

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah tanggungjawab dan tugas yang berat- perlukan badan yang sihat dan kuat.
• Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : ”Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih  dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”
• Memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.
   (Menghindari makanan yang syubhah)

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
• Akhlak kita ialah Al-Quran dan akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi saw itulah akhlak yang mulia yang sebenarnya.
• Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.


3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
• Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
(Ilmu ALLAH itu luas, jangan disempitkan hanya pada satu-satu bidang Ilmu)
• Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama’ yang thiqah.
• Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
• Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari sirah, kisah salafus soleh dan kaedah serta rahsia hukum yang penting(syariah dan fiqh)

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
• Walaupun kaya, perlu bekerja. Bekerjalah dalam bidang apapun (yang penting halal) kerana Allah tidak menyukai hambanya yang tidak berusaha dan putus asa pada rahmat Allah.
• Tidak terlalu mengejar jawatan dan pangkat.
• Meletakkan pangkat dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah, lebih utama dari gaji dan pendapatan.
• Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
• Menjauhi riba dalam semua lapangan.
• Menyimpan untuk waktu kesempitan.
• Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
• Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
• Redha Allah sebagai Rabb yang Esa, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
• Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan ibadah sunat dan zikir.
• Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.


6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
• Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
• Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
• Tidak melampau atau berkurang dalam beribadah(pertengahan).

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
• Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
( Meninggalkan apa yang kita cintai dan sukai demi Allah, insya Allah akan dikurniakan nikmat Iman. Bukankah " HIDUP INI INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH? "
• Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam, selagi mana ianya hanya untuk menjatuhkan iltizam kita untuk mengamalkan Islam.
• Daie mungkin akan melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
• Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
• Para Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.


9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
• Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
• Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.


10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
• Daie bukan lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain. Tapi Da'ie adalah Mentari yang menyinari alam, menerangi kegelapan, memberi haba dan suhu yang cukup buat manusia meneruskan kehidupan.
• Daie adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada Da'ie. Apa yang ada pada diri Da'ie dan apa yang dipancarkan dari diri Da'ie, itulah yang akan diterima oleh mad'u dan itulah yang akan mencorak pemikiran dan masa depan umat Islam.
• Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
• Daie merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.


 
“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Masuklah ke dalam barisan hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku”



::Mutiara Hadith::

::Mutiara Hadith::
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)

~Bicara Zahidah~

~Bicara Zahidah~
"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...