BismilLLAHI Ar-Rahman Ar-Rahiim...
Segala puji bagi ALLAH yang hanya padaNya layak segala pujian. Selawat dan salam ke atas junjungan besar yang menjadi sanjungan agama, dia, Rasulullah S.A.W. Juga doa ini dipanjatkan buat para sabahat, tabi'in, tabi' tabiin, mujahid mujahidah yang tegar berjuang membela agama, pencinta dan pemburu ilmu, murabbi-murabbi yang setia mencurahkan ilmu mereka, dan para penuntut ilmu yang masih dan terus berjuang di medan ilmu.
AlhamduliLLAH, setelah 2minggu berjuang, akhirnya tamat sudah imtihan niha'i buat semester ini. Perjuangan yang sangat menggetirkan bagi ana. Buat pertama kalinya menghadapi 2 perkara yang perlu digalas bersama, amanah sebagai pimpinan kampus dan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu dengan subjek yang berat yang dihimpunkan dalam satu semester sememangnya benar-benar menguji kekuatan mental, fizikal dan emosi. Siyasah syar'iyyah, Bahasa Arab, Usul Fiqhiyyah dan Qawaidh Fiqhiyyah . Ditambah dengan Undang-undang Keluarga Perbandingan dan Undang-Undang Jenayah Perbandingan. Kesemua subjek yang amat ana cintai, namun perlu berbahagi perhatian dengan amanah yang juga terpikul dipundak insan lemah ini. Terkenang semasa awal semester dulu, rasa hendak menitiskan air mata, rasa terlalu lemah hendak menghadapi semester. Tapi syukur dengan segala kesyukuran, DIA ada untuk memujuk hati, membimbing, memberi laluan dan petunjuk dengan belaian rahmatNYa; Ilmu ini milikNya. Amanah yang ana pikul ini juga adalah atas kehendakNya. Ana berjuang kerana agama-NYa. Apa yang perlu ditakutkan. Segalanya adalah milikNya, jadi untuk apa bersedih hati? Mintalah saja padaNya...
Kini, AlhamduliLLAH, ana berjaya menjawab soalan bagi subjek-subjek yang menjadi kegusaran (sehingga terbawa ke alam mimpi). Tidaklah sempurna, tapi InsyaALLAH dipermudahkan.
Pada entri kali ini ana ingin berkongsi tentang tajuk yang ana sisipkan, "Mutiara yang Hilang". Mungkin ada yang bertanya, apalah kaitan mutiara dengan luahan keletihan dalam imtihan. Ya, ada kaitannya. Dalam dua minggu seluruh warga kampus berjuang menempuh peperiksaan akhir semester ini, ana sempat memerhatikan ragam dan gaya ulang kaji yang diamalkan siswa/i. Pelbagai ragam dan bentuk. =). Minggu peperiksaan seharusnya menjadi minggu ulang kaji iaitu minggu nak repeat dan remind semua subjek, minggu nak buat "study group" untuk bincang tajuk yang kurang difahami. Bukan minggu "study" dalam erti kata baru nak faham, baru nak belek buku yang setebal 1 inci tu. Macam manalah tak pening + sakit kepala sampai ada yang nak rebus buku dan minum airnya, ada yang nak muntah sebab baca buku "last minute". Macam mana otak tak rasa "hang", kalau dah maklumat sekaligus dimasukkkan ke dalam otak, macam dah jadi sotong sumbat.. Ana pun jenis individu yang memang study last minute, tapi kita kenalah ada strategi. (Macam mana strategi perang bila musuh datang tiba-tiba) ;), bukannya dengan sumbat semua maklumat dan tak tidur malam langsung. Ini bukan cara belajar yang betul. Ya, kita nak cover banyak perkara, tapi janganlah sampai menzalimi diri. Kita ada hak yang perlu ditunaikan terhadap diri termasuk tubuh badan kita. Zalim namanya, jika mata dah ngantuk tapi kita masih memaksanya untuk bertugas atas kesilapan kita sendiri yang belajar saat akhir. Dalam suasana belajar saat akhir ni, ana seringkali terfikir, apakah kesungguhan belajar saat akhir ini akan sama dengan kesungguhan untuk mengamalkan dan menjaga ilmu yang di paksa untuk masuk ke otak ini?
Kita menuntut ilmu agama, adakah hanya sekadar untuk mendapat segulung penganugerahan tanda tamat pengajian? Dalam sibuk memerhati, ada juga yang ana lihat, payah sangat untuk mengingati apa yang telah dipelajari. Mengeluh dan ada yang sehingga berputus asa untuk menghafal apatahlagi untuk memahami.. Terngiang-ngiang salah satu rangkap dalam syair Imam Syafi'e, "Aku mengadu kepada waki' (guru)tentang teruknya hafalanku, dan waki'(guru) menunjukkan kepadaku jalan meninggalkan maksiat. Dan dia memberitahu kepadaku bahawa ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak diberi pada hati yang penuh maksiat..."
Hari berikutnya dalam sibuk mengulang kaji, minda ini masih tidak berhenti berfikir, di mana nilai ilmu pada diri kita. Ada pelajar yang menuntut ilmu, tapi tidak menggemari guru yang memberi ilmu.. Sedangkan para ilmuan masyhur terdahulu sanggup berjalan kaki berbulan lamanya semata-mata hendak mendapatkan ilmu dari gurunya yang utama agar sanad yang diperolehi lebih pendek. Mereka memuliakan guru. Tapi kita? berapa ramai yang sanggup menjelajah ke timur tengah semata-mata hendak mensahihkan ilmu yang dimiliki? Berapa ramai pelajar yang memuliakan guru? Kitab dan buku yang dibaca sekadar diperolehi dari buku, tanpa dirujuk pada guru. Kerana apa? kerana angkuhnya kita dengan guru. Bila dah baca, rasa diri dah faham. Banyak buku yang dibaca menggambarkan banyaknya ilmu yang kita miliki. Tapi yakinkah kita?terjaminkah kefahaman yang diperolehi dari buku yang kita baca tanpa rujukan daripada guru itu, selari dengan tujuan dan maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis buku?
Apa yang menyedihkan, bila dah habis minggu imtihan, banyak sangat kitab yang tidak disimpan, berselerak di sana situ, dibiarkan tanpa ada rasa hendak menghormati apatahlagi memuliakan buku yang merupakan sumber ilmu itu. Inikah bukti kita cintakan ilmu? Sebab itu ana ingin kembali pada pokok persoalan asal, apakah niat kita menuntut ilmu? Tahukah kita nilai dan harga yang ada pada ilmu?
IMAM AS SYAFIE :
1. Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan keduanya.
3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan.
4. Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji).
*****************************
IMAM MALIK :
1. Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan.
*****************************
IMAM ABU HANIFAH :
1. Tidak sekalipun aku shalat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar. (murid-muridnya).
*****************************
IMAM AHMAD :
1. Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya.
*****************************
SUFFIAN BIN UYAINAH :
1. Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi mudarat padamu.
2. Org yg menuntut ilmu tidak akan dianggap sbg org yg berakal hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia.
*****************************
LUQMANUL HAKIM menasihati anaknya :
"Wahai anakku, dampingilah selalu para ulama dan jgn engkau byk berdebat dgn mereka agar jangan dibenci oleh mereka."
"Janganlah engkau duduk berteman dengan orang yang bodoh, sombong dan jangan didekati orang yang bermuka dua."
~ MUJAHIDAH SOLEHAH MELANGKAH GAGAH MENJULANG AGAMA~
No comments:
Post a Comment