BismiLLAH wa hamdan shukran liLLAH...
Assalam'alaikum warahmatuLLAH...
Salam mujahadah. Agak kekok untuk menulis semula setelah lebih sebulan tidak menulis. Bukan ketandusan ilmu atau idea bahkan sentiasa memikirkan apa yang ingin dikongsi. Tidak mahu sekadar mengisi ruang dengan cerita-cerita harian tanpa diisi dengan pekongsian ilmu. Sekarang musim cuti, maka banyaklah program-program yang berjalan. Di tanah kelahiran yang sedang menanti, keluarga, sahabat bersama program-program pelajar sepanjang cuti. Program besar tentunya, Kem Remaja Islam (KRIS), program wajib setiap tahun yang diadakan setiap jun bersempena cuti persekolahan pelajar menengah yang biasanya menelan belanja ribuan ringgit dengan peserta yang pernah mencecah 450 orang pelajar seluruh Sabah itu amat menggamit hati untuk kembali berkhidmat di daerah sendiri. Beberapa hari lepas panggilan yang ana terima daripada seorang adik usrah semasa berada di medan PERPPIS suatu masa dulu amat menyentak hati. Maafkan kakak, itu jawapan atas semua pertanyaan yang diajukan. E-mail dari sekretariat MARSIS juga ana balas dengan jawapan maaf. Kenapa? jawapan yang sama buat semua yang bertanya, sebabnya biarlah hanya Allah yang tahu. =) Mungkin mengundang ketidakpuasan hati setengah pihak, ada yang persoalkan tanggungjawab ana sebagai dai'e dan ahli gerakan, tapi percayalah ana tidak pernah menyendiri apatah lagi untuk lari dari medan ini.
Benar, ramai yang terkejut jika mendengar jawapan "tidak" dari ana atas pertanyaan sama ada cuti 3 bulan semester ini akan balik atau tidak, termasuklah pensyarah dan staf kolej apatah lagi adik2 seperjuangan. Mak dan pa' mulanya agak terkejut namun amat memahami jiwa anak mereka yang 'agak degil' ini. Mak dan pa' sememangnya sudah bertanya lebih awal untuk menempah tiket buat ana, tapi yalah, anak mereka ini berjiwa pengembara, jadi hanya keizinan dan doa yang ana sangat perlukan dari keduanya. Ya, sememangnya amat terkilan, cuti yang agak lama tidak dapat dikongsikan bersama keluarga, sahabat dan yang paling penting ilmu tidak dapat dikongsi bersama ratusan adik2 bakal perserta yang menanti. Siapa kata hati ini tidak terkilan. Tapi ada hakikat yang adakalanya tidak mampu dikongsikan. Apa yang mampu dikongsikan, banyak sangat perancangan yang telah dirancang, tetapi rupanya jauh berbeza dengan percaturan ALLAH. Itulah bukti ana hanya hamba. Ana merancang, ALAH juga merancang, dan sesungguhnya ALLAH jualah sehebat-hebat Perancang. Siapapun kita, hatta seorang ahli geologi atau kaji cuaca, kita hanya mampu meramal esok akan hujan, panas atau ribut berdasarkan bukti-bukti awal, teori dan pengalaman. Tapi ALLAH berkuasa menurunkan atau menghalang hujan bahkan Dia juga mampu menghalang dari matahari memancarkan cahayanya. Kita tahu tanda-tanda kiamat, kita lihat dan rasa tanda-tanda akhir zaman ini tapi tiada siapa yang tahu bila Hari Kebangkitan itu akan tiba melainkan ALLAH jua. Kerana apa, kerana segalanya berlaku hanya dengan izinNya. Semua terjadi atas kehendakNya. Hanya setelah kalimah "Kun fa yakuun".
Tidak pernah dinafikan kebenarannya, sebagai seorang yang terlalu biasa bergerak aktif dengan program dakwah dan kemasyarakatan sejak sekolah menengah lagi, sangat kekok dan janggal untuk mengharungi hari-hari tanpa terlibat secara langsung dengan program2 dan majlis2 ilmu. Tawaran kakak sulung untuk menjadi tenaga pengajar sambilan di Johor pun terpaksa diketepikan. Bukan tidak mahu, tapi adakalanya ana perlu berkata "Tidak". Tidak bukan bermakna tidak mahu. Dalam bahasa arab, bukan Lan (tidak selamanya), tapi Lamma baad(sekarang tidak, tapi nanti ya). Tidak pernah ana nafikan kemuliaan menjadi pendidik kerana ana juga pernah manjadi seorang guru. Tapi tempoh itu hanya untuk 2 bulan, sedangkan apa yang sedang ana lakukan adalah untuk bulan2 dan tahun2 bahkan untuk sepanjang hidup ana akan datang. Ada satu jawapan yang mungkin akan sedikit memuaskan hati, ya, mungkin ini jawapan yang hampir tepat. "Ana sedang berada dalam satu ruang untuk mencari makna DIRI". Mencari kekuatan, membina kekuatan JIWA.
WaLLAHU 'ALAM.
*******************************************************************
Petikan dari sebuah buku karya penulis terkenal, Ust Hasrizal,
dalam 'Secangkir Teh Pengubat Letih':
Untuk diri ana dan anak-anak muda yang berjiwa da'i..
"carilah satu dunia asing, untuk kamu keluar dari diri kamu
yang sudah rapuh dan kering itu.
Basahkan kembali dengan bersunyi-sunyian dengan Allah,
samada ditikar sejadah atau hamparan yang bumi
dan alam yang tekun dengan zikrullah.
Carilah damai untuk diri sendiri,
khususnya buat anak muda berjiwa da'i,
yang sering hidupnya berfikir tentang orang lain
hingga lupa kepada perlunya diri dibelai damai oleh
minda, emosi dan spiritual yang kemas
antara diri dan Ilahi,
hanya kamu dan Dia,
hanya kita dan Allah..tiada yang ketiga"
Petikan kata azimat dari seorang ahli Tarbiah, Allahyarham Ust. Rahmat Abdullah,
dalam sedutan filem Sang Murabbi;
Setiap Jiwa yang berggerak di Jalan Dakwah,
Seharusnya kembali kepada Allah dan Rasul.
Komitmen harus dibina di atas keaslian Islam itu sendiri.
Jangan otak cerdas, kognitif, maju dengan panah-panah,
TETAPI kosong hatinya,
menyebabkan sombong, bangga, angkuh terjadi.
Tidak lagi bangga dengan Islam,
Tidak lagi bangga dengan hasil2 Tarbiah.
TETAPI Bangga dengan hasil kemajuan dan kecerdasan.
Dan menjadi bertambah 'dungu', sombong;
Dengan mentaklid cara2 orang lain padahal belum tentu benar..."
************************************************************
"Mujahidah Solehah; Gagah pada Mujahadah,
Haraki pada Jiwa Da'i
Sufi pada kezuhudan Dunia...
Pada Zahirnya Sempurna,
Hakikatnya;
Jasad, Jiwa Dan Cintanya Hanya Pada ALLAH"
**************************************************************
...Hidup sunyi tanpa Dakwah
tetapi
Hati lebih sunyi tanpa cinta Allah...
SUBHANALLAH
ReplyDelete;)
ReplyDeletecarilah masa ambillah waktu..
moga Allah sentiasa bersamamu.
itu doa ana dari jauh untuk ukhti yang pernah ana kenal satu masa dulu.uhibbuki lillah.