Bismillahirrahmanirrahim. Sekadar Sebuah Perkongsian. Wasiat yang selama ini menjadi pendorong dan penjaga saya sejak dibangku menengah. Semoga ada manfaatnya. Semuanya saya lakukan kerana saya sangat mengasihi makhluk Allah yang bernama Muslimah. Ketahuilah, ia adalah harapan yang lahir dari hati seorang hamba yang juga seorang Muslimah, sama seperti antunna. Hamba yang mahu tetap menggengam erat Al-Quran dan Sunnah sehingga jasad ini dimamah bumi. Inilah Wasiat dari seorang mujahid Islam. Assyahid Imam Hassan Al-Banna.
WASIAT UNTUKMU HAWA
Hawa...
Sedarkah Engkau Sebelum Datangnya Sinar Islam, Kita Dizalimi, Hak Kita Dicerobohi, Kita Ditanam Hidup Hidup, Tiada Perghormatan Walau Secebis Oleh Kaum Adam, Tiada Nilaian Di Mata Adam, Kita Hanyalah Sebagai Alat Untuk Memuaskan Hawa Nafsu Semata. Tapi Kini Bila Rahmat Islam Menyelubungi Alam, Bila Sinar Islam Berkembang, Darjat Kita Diangkat, Dipandang Mulia, Dan Mendapat Tempat Di Sisi Allah Sehingga Tiada Sebaik-baik Hiasan Dunia Melainkan Wanita Solehah.
Wahai Hawa...
Kenapa Engkau Tak Menghargai Nikmat Iman Cara Islam Itu? Kenapa Mesti Engkau Kaku Dalam Mentaati Ajaran-Nya, Kenapa Masih Segan Mengamalkan Isi Kandungan-Nya, Kenapa Masih Was-was Dalam Mematuhi Perintah-Nya Dan Kenapa Masih Enggan Melaksanakan Syariat-Nya?Hawa?
Wahai Hawa..
Tangan Yang Mengayun Buaian Bisa Menggoncang Dunia, Sedarkah Hawa Kau Bisa Mengoncang Dunia Dengan Melahirkan Manusia Yang Hebat Yakni Anak Yang Soleh Solehah, Kau Bisa Menggegar Dunia Dengan Menjadi Isteri Yang Taat Serta Memberi Dorongan Dan Sokongan Pada Suami Yang Sejati Dalam Menegakkan Islam Di Mata Dunia.
Tapi Hawa Jangan Sesekali Kau Cuba Menggoncang Keimanan Lelaki Dengan Lembut Tuturmu, Dengan Ayu Wajahmu, Dengan Lenggok Tubuhmu. Jangan Kau Menghentak Hentak Kakimu Untuk Menyatakan Kehadiranmu. Jangan Hawa, Jangan....
Jangan Sesekali Cuba Menarik Perhatian Kaum Adam Yang Bukan Suamimu, Kerana Aku Khuatir Ia Mengundang Kemurkaan Dan Kebencian Allah. Tetapi Memberi Kegembiraan Pada Syaitan Kerana Wanita Adalah Jala Syaitan, Alat Dieksploitasikan Oleh Syaitan Dalam Menyesatkan Adam.
Hawa..
Andai Engkau Belum Berkahwim Jangan Kau Risau Akan Jodohmu, Ingatlah Hawa Janji Tuhan Kita, Wanita Yang Baik Adalah Untuk Lelaki Yang Baik. Jangan Menggadaikan Maruahmu Hanya Semata Mata Seorang Lelaki, Jangan Memakai Pakaian Yang Menampakkan Susuk Tubuhmu Hanya Untuk Menarik Perhatian Atau Bertujuan Memikat Seorang Lelaki, Kerana Kau Bukan Memancing Hatinya Tapi Merangsang Nafsunya. Jangan Dimulakan Sebuah Pertemuan Dengan Lelaki Yang Bukan Muhrim Kerana Aku Khuatir, Dari Mata Turun Ke Hati. Dari Senyuman Membawa ke Salam. Dari salam, timbulnya Pertemuan.... Dan Dari Pertemuan Takut Lahirnya Nafsu Kejahatan Yang Menguasai Diri.
Hawa....
Lelaki Yang Baik Tidak Melihat Paras Rupa, Lelaki Yang Soleh Tidak Memilih Wanita Melalui Keseksiannya, Lelaki Yang Warak Tidak Menilai Wanita Melalui Keayuannya, Kemanjaannya Serta Kemampuannya Mengoncang Iman Mereka.
Tetapi Hawa, Lelaki Yang Baik Akan Menilai Wanita Malalui Akhlaknya, Peribadinya Dan Yang Penting, Pegangan Agamanya. Lelaki Yang Baik Juga Tidak Menginginkan Pertemuan Dengan Wanita Yang Bukan Muhrimnya Kerana Dia Takut Untuk Memberi Kesempatan Kepada Syaitan Untuk Menggodanya. Lelaki Yang Warak Juga Tak Mahu Bemain Cinta Kerana Dia Tahu Apa Matlamat Dalam Sebuah Pertemuan Antara Lelaki Dan Wanita, Yakni Sebuah Perkahwinan.
Oleh Itu Hawa...
Jagalah Pandanganmu, Awasilah Auratmu, Peliharalah Akhlakmu, Kuatkan Pendirianmu. Andai Ditakdirkan Tiada Cinta Daripada Adam Untukmu, Cukuplah Hanya Cinta Allah Memenuhi Dan Menyinari Kekosongan Jiwamu, Biarlah Hanya Cinta Daripada Kedua Ibu Bapamu Yang Beri Hangatan Kebahagiaan Buat Dirimu, Cukuplah Sekadar Cinta Adik Beradik Serta Keluarga Yang Membahagiakan Dirimu.
Hawa....
Cintailah Allah Di Kala Susah Dan Senang Kerana Kau Akan Perolehi Cinta Dari Insan Yang Juga Menyintai Allah. Cintailah Kedua Ibu Bapamu Kerana Kau Akan Perolehi Keredhaan Allah. Cintailah Keluargamu Kerana Kau Tidak akan Menemui Cinta Yang Bahagia Selain Daripada Cinta Keluarga.
Hawa....
Ingatanku Yang Terakhir, Biarlah Tangan Yang Mengayun Buaian Ini Bisa Mengoncang Dunia Dalam Mencapai Keredhaan Allah. Jangalah Sesekali Tangan Yang Mengoncang Dunia Ini Juga Yang Mengoncang Iman Lelaki, Kerana Aku Sukar Menerimanya Dan Aku Benci Setiap Kali Mendengarnya…
****************
Saudariku... Pesan ini buat kita semua. Lihatlah DUNIA Hari ini. Lihatlah dan Pandanglah dengan mata hati. Kemanakah perginya Muslimat yang seharusnya menjadi Tiang Negara dalam membina tamadun bangsa? Hati ini sedih dan merintih. Apa yang telah terjadi pada saudari seagamaku. Apa yang mampu saya dan kita lakukan demi mengubati luka yang parah ini?
Wahai mereka yang menggelarkan dirinya da'ie,
Bangkitlah...
Bangunlah...
Keluarlah dari zon keselesaan yang menyelimuti dirimu.
Takutlah pada Hari
yang mana tiada lagi berfungsi mulut untuk berbicara.
Pada Hari yang hanya menerima persaksian kaki, tangan dan anggota.
Dimanakah KITA ketika umat Islam lemas dalam arus Jahiliyyah Moden?
Apakah yang kita sedang lakukan
Disaat Dunia hamis dengan darah umat Islam lain yang tertumpah
di medan Jihad?
DIMANAKAH KITA saat Islam di PUNCAK PENGHINAAN?
"Ya ALLAH..
Tuhan Yang membolak-balikkan HATI..
Tetapkanlah Hati-hati kami dalam mentaati-Mu
Tetapkanlah Hati-hati kami dalam Agama-Mu
Tetapkanlah Hati-hati kami di atas Jalan-Mu...
Jika Engkau Mentakdirkan Mati,
Matikanlah Pemilik Hati-hati ini sebagai para Syuhada'..."
*********************************
"Mujahidah Solehah;
Gagah pada Mujahadah,
Haraki pada Jiwa Da'i
Sufi pada kezuhudan Dunia...
Pada Zahirnya Sempurna,
Hakikatnya;
Jasad, Jiwa Dan Cintanya Hanya Pada ALLAH"
No comments:
Post a Comment