'AIDIL ADHA DAN PARADIGMA DIRI'
Assalamu’alaikum warahmatuLLAHI wabarakatuh.
BismiLLAH wa Hamdan syukran liLLAH.
Segala puji buat-Mu Allah, Habibi Qalbi. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh ahlul bait dan para sahabat serta tabi’in tabi’ tabi’in seterusnya buat para pejuang agama yang telah syahid dan yang masih tegar berdiri memperjuangkan Islam.
ALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR WA LILLAHILHAMD. AlhamduliLLAH, telah berakhir program anak angkat@BAKSOS (Bakti Sosial) di Kg. Neuhun dan Sambutan Idul Adha bersama masyarakat Aceh, anjuran bersama PRSUMK (Pembimbing Rakan Sebaya Universiti Malaysia Kelantan) dan PKPMI-CA (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia Cabang Aceh) yang brtempat di Panti Asuhan Tahfiz An-nur, Leung Bata. Program 2 dalam 1 (dwi-programme) yang berlangsung selama 6 hari 5 malam ni memang sangat mencabar dan sangat mendidik diri saya sebagai seorang yang bernama insan@manusia. Tapi, jujurnya, ia sangat memberi kesan pada diri saya. =) Kenapa?
1. Sambutan raya qurban pertama saya di luar negara, dan raya qurban ke-3 saya diperantauan. Seawal pagi raya, ma menelefon saya, dan sekali lagi saya membuatkan ma sebak menitiskan air mata. Secepat masa berlalu, secepat itu ma mahu meletakkan telefon lantaran tidak mahu saya mendengar tangisan ma. Meskipun berkali saya meyakinkan ma bahawa saya tidak akan menangis, namun rupanya kata2 itulah yang membuatkan hati seorang ibu lebih sebak. Hmm, selepas ini, jangan pernah berkata demikian ya.
2. Saya bertemu dengan ahli keluarga angkat yang baru pertama kali saya jumpa. Bapak Safrizal, Ibu Safrija dan 3 adik lelaki saya yang sangat comel dan pemalu. =) Agak berlainan bahasa dan budaya. Tapi justeru itu yang membuat saya menjadi lebih terbuka. Ya, yang sangat menarik, ibu saya berumur 23 tahun, sebaya saya. Kami juga merupakan anak ketiga, serupa dengan adik angkat saya(UMK), Nurul Afifah yang berumur 22 tahun. Kami bertiga merupakan anak ketiga dalam keluarga. =) Menarikkan? Asalnya panggil ibu, akhirnya panggil kakak. =0
3. Saya juga berjumpa dengan sahabat2 PRS-UMK yang juga baru saya kenali. Perkenalan yang agak janggal awalnya lantaran perbezaan jurusan dan prinsip cara hidup rupanya bukanlah alasan munasabah untuk sebuah persahabatan kerana ditengah dan akhirnya, kami dapat membina satu jalinan ikatan yang sangat indah dan murni untuk dikenang. Kan? =) Bukankah persahabatan itu pada ikatan, tidak pada pemberian, tidak juga pada panjangnya tempoh perkenalan. =) Jujurnya, saya sangat teruja bila mendengar jurusan sahabat2 UMK yang sangat unik bagi saya. Bioindustri, Geo-sains dsb.
4. Dapat bersama sahabiah2 dari PKPMI-CA setelah masing2 sibuk dengan hal dan urusan kehidupan masing2 yang ada ketikanya saat berjumpa, hanya sempat bertukar salam dan senyuman. Tanggungjawab sebagai pemimpin@ahli, sebagai pelajar, sebagai ahli rumah, sebagai sahabat dan sebagai komuniti masyarakat. AlhamduliLLAH, masa dan kesempatan yang ada memberi ruang untuk kami beralih ke peringkat seterusnya dalam fasa 'taaruf', yang pastinya bukan sekadar mengenali nama dan zahirnya sahaja. =)
5. Bertemu dengan insan-insan yang sangat banyak merubah cara pandang dan pemikiran saya berkenaan seorang makhluk Allah bernama manusia. Ya, program ini banyak mempertemukan saya dengan orang@indvidu yang ‘pertama kali saya jumpa orang macam ni dalam hidup saya’. Agak sukar dimengerti, tapi saya cuba memahami dan membuka ruang dalam minda dan hati saya, bahawa ciptaan Allah itu ‘variable and full of variation’. Secara tidak langsung mendidik saya untuk lebih sabar, tabah, tegar dan Ikhlas dalam mendepani hari2 yang akan saya lalui sebagai musafir Ilmu.…
Sesungguhnya sering kali kita mendengar perkataan qurban@korban, namun, terdetikkah dihati kita, apakah bentuk pengorbanan yang telah kita berikan kepada diri, keluarga, agama dan masyarakat? Sekadar sambutan ucapan selamat hari raya korban@Aidil adha? Cukupkah?
Ketuk hati, tanyalah Iman. SEJARAH Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bukan sekadar sebuah kisah yang hanya ada dalam lipatan sejarah, kerana Sirah dan Sejarah bukan sekadar untuk dibaca. Tapi untuk difahami, dihayati dan diaplikasi dalam kehidupan Insan Hari Ini. Semoga ada Ibrahnya. Semoga kesan yang ditinggalkan Aidil Adha tahun ini terhadap paradigma diri lebih baik dari tahun sebelumnya. Amiin. =)
-KEMBARA SUFI...
MENJEJAK SIRAH NABI MENUJU REDHA-MU ILAHI-
Subhanallah, best n mnarik sungguh pnlman kak qas dan shbiah kat sana... jelous pula...rndu sngt kat kak qas rsa mcm khilngan seorg kakak tmpt mgadu n refer pndpt...cara pandang atau perspektif kita amat memainkn pranan bila dah bercmpur dgn msyarakt plbagai cra hdup n prinsip, jnis, prwtakan... kmi di ngara sndri pun kdang2 rasa terkjut n mula2 rasa x kuat apabila berada di dlm msyrakat n lpangan dkwah sbnar... apatah lgi jk berada di ngra org psti cbaran dkwh n hdup lgi bsar... InsyaAllah doakan kjyaan ijzah n risalah kita smua... kmi msih lgi bertatih...insanfaqir...
ReplyDeleteAlhamduliLLAH dik.
ReplyDeleteDimana pun kita berada, dimana pun kita berpijak, cuma lapangan kita yang berbeza. Yang penting matlamat kita masih sama. kan?=)Jujurnya, kakk pun sangat rindukan adik2 semua.. Rindukan biah di KIPSAS. Kakk hanya seorang wasilah. Peganglah erat pada Al-Quran dan Sunnah dik. Itulah jaminan utama utk kita. Penjaga terbaik setiap masa. Sahabat terbaik pun tidak akan slamanya bersama kita dik.=) Doa kakk, Semoga kita semua menjadi Mar'atus Solehah yang tidak pernah gentar menjulang agama. Dimana pun kita dcampakkn. Mehnah adalah hiasan jalan dakwah. Tidak berseri jalan perjuangan jika tiada perhiasannya.=)
Tabah, Sabar, Tegar, Redha dan Ikhlas. Itu kunci kejyaan dik. =)
Pesan utk diri kakk dan adik2 yang sangat kakk sayangi kerana ALLAH. Hidup sbagai da'ie, perkara utama, pegangan paling penting, 'Kita adalah Penyeru(da'ie) dan kita BUKAN Penghukum'. Lebih baik kita tersalah ampun, daripada tersalah hukum. Kesannya hingga akhirat dik.=)
Siiiiru 'ala barokatiLLAH.
-A.Qasrina.R-
"Berjalan Tanpa Henti, Melangkah Dengan Pasti, Menuju Redha Ilahi..."