Assalamu'alaikum wbt...
Saya cuma mahu bertanya pada diri saya dan kita semua...Kita... sering mengharapkan agar orang lain memahami diri kita. Tapi kita jarang sekali cuba untuk memahami orang lain. Di saat kita marah, kita sering kali hendak orang lain tahu betapa marahnya kita. Tapi kita tidak pernah cuba memahami betapa tergurisnya hati orang yang kita marah. Ketika kita memberi pandangan, kita mahu orang lain mendengar dan menerima pandangan kita, tapi pernahkah kita cuba untuk mendengar pandangan orang lain tanpa kita mencelah?
Sekadar luahan minda dan hati...
No comments:
Post a Comment