
Semalam ana ada himpunan ukhwahfillah pimpinan bersama ahli muslimat. Alhamdulillah. Kehadiran yang memberangsangkan. Rasa bahagia memenuhi jiwa dapat solat berjemaah bersama dan melihat wajah-wajah ceria sahabiah yang disayangi kerana Allah. Dapat berkumpul, bermesra, berkongsi cerita dan kasih sayang. Penat, ya, semangnya penat. Itu sudah lumrah seorang penuntut ilmu. Tapi kepenatan yang sangat berbaloi jika akhirnya dibayar dengan redha Allah dan kegemilangan Islam.
Meskipun pada mulanya pertemuan ini adalah bertujuan untuk memberi taklimat kepada ahli tentang kewajiban menggunakan produk muslim HPA sebagai penyelesaian kepada masalah produk-produk syubhah yang semakin memenuhi pasaran, akhirnya ia tetap berakhir dengan pengisian ilmu. Namun, ana berbangga dengan Raisah Ekonomi, Ina dan Kak Zu yang berjaya menghadiri Kursus Pengendalian HPA yang berlangsung selama 2 hari, bertempat di Balok. Sesuatu kemajuan yang baik dalam memacu langkah gerakan muslimat ke medan yang lebih luas.
Ya, seperti yang ana kongsikan bersama sahabiah dalam himpunan semalam, hasil dari slot pengisian yang ana hadiri beberapa minggu lepas, pengisian yang disampaikan oleh orang kuat Tarbiah negeri Pahang, Al-Fadhil Ustaz Azmi Dibok, yang membentangkan tentang Konsep Tarbiah Kampus. Sesiapa pun, bila ditanya, apa perkara penting yang menjadi tulang belakang dalam sesebuah organisasi Jemaah, pasti akan memberi jawapan yang sama. Tarbiah. Jika lemah gerakan sesebuah kampus, pasti akan ditanya pada Lujnah Tarbiah. "Ajk kurang tarbiah". Bila pimpinan tak bergerak, timbul inferens awal, "Pimpinan kurang tarbiah". Jika ada masalah dengan akhlak ajk, pasti di"jeling" pada Tarbiah. Jika komitmen ahli usrah mula lemah, akan timbul suara merdu "Tarbiah tak mantap", "Tarbiah kurang program" . Jika tak ramai ahli, "Tarbiah tak gerak ke?" dan banyak lagi inferens-inferens yang telah dibuat, namun, Sejauh manakah kita memahami konsep tarbiah yang sebenarnya?
Ana hanya mahu menspesifikasikan Tarbiah itu kepada 7 bahagian;
1. Tarbiah imaniyah/ruhiyyah
2. Tarbiah fikriah
3. Tarbiah Thaqafiyah
4. Tarbiah 'idariah
5. Tarbiah 'amaliyah
6. Tarbiah Maliah
7. Tarbiah Jasadiah
(Ana hanya sempat senaraikan, ada peluang dan kesempatan, InsyaAllah kita hurai bersama)Ya. Tarbiah meliputi semua aspek pembentukan, pembangunan dan penyempurnaan dalam melahirkan ahli yang mampu bergerak dan menyumbang kepada Jemaah. Tarbiah meliputi pengurusan, ekonomi, it, akademik dan selainnya. Semua unit yang ada adalah di bawah satu payung yang sama, yakni Tarbiah. Semua itu adalah tarbiah. Bukankah Tarbiah itu adalah Pendidikan? Cumanya, diperingkat kampus, dikecilkan skop Tarbiah hanya kepada pembentukan dan pembangunan ruhiyah, fikrah dan thaqafah. Namun, sangat perlu diingati, ekonomi jua adalah tarbiah. IT jua menjalankan agenda Tarbiah. Tarbiah Islam. Bagaimana Islam menggariskan ekonominya. Bukankah ia juga perlu kepada Tarbiah? Menyampaikan itu Dakwah, Belajar itu Tarbiah.
Ina, teruskan Agenda Tarbiah Ekonomi anti! Dan sahabiah yang lain, Mari kita bersama menggerakkan Tarbiah sebagai antara agenda terbesar kita, selain Dakwah dan Siasah!
Ayuh, Bangkit memacu langkah menjana tenaga Muslimat pelapis Generasi Rabbani!
~Muslimah Gagah pada Langkah Yang Tidak Lesu Dalam Mengharungi Mehnah~
No comments:
Post a Comment