Followers

::Wahai Pemilik Ilmu::

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure she carries, or the way she combs her hairs. The beauty of a woman must be seen from her eyes. Because that is the doorway to her heart, The place where love resides. The beauty of a woman is not the facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is caring that she lovingly gives, The passion that she shows. The beauty of a woman, With passing years-only grows..."

Thursday, April 15, 2010

UKHWAH YANG DI RINDU

BismiLLAH wa Hamdan Shukran liLLAH...


Segala pujian hanya PadaNya, selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w., ahlul bait baginda, para sahabat, tabiin, tabi' tabiin, para mujahidin dan umat Islam yang dirahmati dan dikasihi ALLAH. 


Beberapa hari lepas ana terpaksa menutup telefon bimbit ana dalam 5 jam lantaran sedikit ralat. Sebaik ana buka, 16 mesej masuk secara serentak (Ni yang ketiga terbanyak, pernah 24 mesej sekali masuk. Menunjukkan ralatnya hp ana) =). Ada pelbagai mesej yang diterima, tentang gerak kerja, tentang kertas kerja dan sebagainya. Namun ada beberapa mesej yang sangat menyentuh hati. Mengundang rasa sendu yang datang menyerbu sukma. Mesej dari adik-adik muslimat dan sahabiah2 yang pernah bersama ana berjuang atas dasar Islam. Mesej yang meluahkan rasa rindu. Menitis air mata mengingatkan kepayahan, gelak tawa, air mata dan keasyikan berprogram bersama mereka. Saat yang sangat dirindu. Nama-nama ini terlakar dalam hati di satu sudut ruang tersendiri. Mereka hadir pada saat dan waktu yang berbeza, namun atas dasar dan maqasid yang sama, kerana ALLAH, kerana Agama :


Persatuan Puteri Islam (PERPIS) SM Convent St. Ursula
Norzaliana M. Nee (UiTM Kota Kinabalu)
Rusianti. Abu Bakar (UMS)
Hayati. Barman (UMS)
Rabiatul Adawiyah. Rijal (UKM)
Rahmah Mansah
Noorzaila. Abd Hafiz (UMS)
Sarwana. Saharudin (Politeknik KK)
Sunarti. Ahmad


Hal Ehwal Puteri Islam (HEPI) Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS) Bahagian Tawau sesi 2006/2007.
Ana,
Rosnilawati Abd Semin (UMS-Universiti Malaysia Sabah),
Ruhana. Ruddin (UMS-Universiti Malaysia Sabah)
Siti Nur Ain. Mayan (UDM-Universiti Darul Iman Malaysia)
Ratna Safitri. Purnomo (KUIN-Kolej Universiti Insaniah)
Rusni. Tajari (UIA-Universiti Islam Antarabangsa)
Fairuziella. Baharuddin (STPM 2009)
Rosmira. Husin (STPM 2009)
Irma (UIA-Universiti Islam Antarabangsa)
Rima (UUM-Universiti Utara Malaysia)
Maisa (UITM-Universiti Teknologi Mara)
Marwiyah (KUIN-Kolej Universiti Insaniah)



Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2008/2009
Kak Siti Nurul Munawirah
Kak Rafidah Jannah. Salleh
(Kakak yang lain ana sayangi, namun mawar berdua ini terlalu dekat dihati.=)



Sahabiah Kampus Lain
Kamilah Husna (MMU)
Nurealin (UniKL)



Sahabiah Pertama Yang Menyambut diri di medan kampus ini :
Kak Nadzifah
Kak Farah Nadia
Kak Hasanah
Kak Siti Hajar
Kak Ainani
Anip
Syirah



Dan adik-adik muslimat yang sekarang masih setia bersama ana berjuang di medan ilmu dan Islam...
(Kak Zu, Akmal, Ina, Syarah, Ainul, Shahenaz, Yuhanah, Mas, Niza, Husnah, Pieja, Sydah, Finas, Farhana, dan ramaaaaaai lagi)



~Kalian sumber kekuatan dan inspirasi ana dalam meneruskan hayunan langkah MUJAHIDAH GAGAH ini.



~Dimana pun kalian berada, doa ana sentiasa bersama kalian.



~Moga kalian sentiasa thabat dalam jalan perjuangan mendaulatkan Islam di bumi Allah ini.



~Doa ana, kita akan dipertemukan semula dalam jalan yang sama, jalan perjuangan Islam.



~Andai tiada jodoh kita, andai takdir Allah kita tidak lagi akan dapat bertemu di dunia, doa ana kita dapat bersama di akhirat sana. Berkumpul dan berhalaqah bersama. Di Jannah Allah.



~Siiru 'ala wa barokatiLLAH....






***********************************************************************



"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
Bertemu untuk mematuhi perintahMu,
Bersatu memikul beban dakwahMu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.


Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...
Penuhkanlah piala hati ini..
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...


Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu


Engkaulah sebaik-baik sandaran
 Dan sebaik-baik penolong..
Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..
Amin Ya Rabbal 'Alamiiin..."







~MUJAHIDAH GAGAH PADA JIWA YANG TABAH~

Kemana Hilangnya Mutiara Itu!

BismilLLAHI Ar-Rahman Ar-Rahiim...


Segala puji bagi ALLAH yang hanya padaNya layak segala pujian. Selawat dan salam ke atas junjungan besar yang menjadi sanjungan agama, dia, Rasulullah S.A.W. Juga doa ini dipanjatkan buat para sabahat, tabi'in, tabi' tabiin, mujahid mujahidah yang tegar berjuang membela agama, pencinta dan pemburu ilmu, murabbi-murabbi yang setia mencurahkan ilmu mereka, dan para penuntut ilmu yang masih dan terus berjuang di medan ilmu. 


AlhamduliLLAH, setelah 2minggu berjuang, akhirnya tamat sudah imtihan niha'i buat semester ini.  Perjuangan yang sangat menggetirkan bagi ana. Buat pertama kalinya menghadapi 2 perkara yang perlu digalas bersama, amanah sebagai pimpinan kampus dan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu dengan subjek yang berat yang dihimpunkan dalam satu semester sememangnya benar-benar menguji kekuatan mental, fizikal dan emosi. Siyasah syar'iyyah, Bahasa Arab, Usul Fiqhiyyah dan Qawaidh Fiqhiyyah . Ditambah dengan Undang-undang Keluarga Perbandingan dan Undang-Undang Jenayah Perbandingan. Kesemua subjek yang amat ana cintai, namun perlu berbahagi perhatian dengan amanah yang juga terpikul dipundak insan lemah ini. Terkenang semasa awal semester dulu, rasa hendak menitiskan air mata, rasa terlalu lemah hendak menghadapi semester. Tapi syukur dengan segala kesyukuran, DIA ada untuk memujuk hati, membimbing, memberi laluan dan petunjuk dengan belaian rahmatNYa; Ilmu ini milikNya. Amanah yang ana pikul ini juga adalah atas kehendakNya. Ana berjuang kerana agama-NYa. Apa yang perlu ditakutkan. Segalanya adalah milikNya, jadi untuk apa bersedih hati? Mintalah saja padaNya...
Kini, AlhamduliLLAH, ana berjaya menjawab soalan bagi subjek-subjek yang menjadi kegusaran (sehingga terbawa ke alam mimpi). Tidaklah sempurna, tapi InsyaALLAH dipermudahkan.

Pada entri kali ini ana ingin berkongsi tentang tajuk yang ana sisipkan, "Mutiara yang Hilang". Mungkin ada yang bertanya, apalah kaitan mutiara dengan luahan keletihan dalam imtihan. Ya, ada kaitannya. Dalam dua minggu seluruh warga kampus berjuang menempuh peperiksaan akhir semester ini, ana sempat memerhatikan ragam dan gaya ulang kaji yang diamalkan siswa/i. Pelbagai ragam dan bentuk. =). Minggu peperiksaan seharusnya menjadi minggu ulang kaji iaitu minggu nak repeat dan remind semua subjek, minggu nak buat "study group" untuk bincang tajuk yang kurang difahami. Bukan minggu "study" dalam erti kata baru nak faham, baru nak belek buku yang setebal 1 inci tu. Macam manalah tak pening + sakit kepala sampai ada yang nak rebus buku dan minum airnya, ada yang nak muntah sebab baca buku "last minute". Macam mana otak tak rasa "hang", kalau dah maklumat sekaligus dimasukkkan ke dalam otak, macam dah jadi sotong sumbat.. Ana pun jenis individu yang memang study last minute, tapi kita kenalah ada strategi. (Macam mana strategi perang bila musuh datang tiba-tiba) ;), bukannya dengan sumbat semua maklumat dan tak tidur malam langsung. Ini bukan cara belajar yang betul. Ya, kita nak cover banyak perkara, tapi janganlah sampai menzalimi diri. Kita ada hak yang perlu ditunaikan terhadap diri termasuk tubuh badan kita. Zalim namanya, jika mata dah ngantuk tapi kita masih memaksanya untuk bertugas  atas kesilapan kita sendiri yang belajar saat akhir. Dalam suasana belajar saat akhir ni, ana seringkali terfikir, apakah kesungguhan belajar saat akhir ini akan sama dengan kesungguhan untuk mengamalkan dan menjaga ilmu yang di paksa untuk masuk ke otak ini?

Kita menuntut ilmu agama, adakah hanya sekadar untuk mendapat segulung penganugerahan tanda tamat pengajian? Dalam sibuk memerhati, ada juga yang  ana lihat, payah sangat untuk mengingati apa yang telah dipelajari. Mengeluh dan ada yang sehingga berputus asa untuk menghafal apatahlagi untuk memahami.. Terngiang-ngiang salah satu rangkap dalam syair Imam Syafi'e, "Aku mengadu kepada waki' (guru)tentang teruknya hafalanku, dan waki'(guru) menunjukkan kepadaku jalan meninggalkan maksiat. Dan dia memberitahu kepadaku bahawa ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak diberi pada hati yang penuh maksiat..."
Hari berikutnya dalam sibuk mengulang kaji, minda ini masih tidak berhenti berfikir, di mana nilai ilmu pada diri kita. Ada pelajar yang menuntut ilmu, tapi tidak menggemari guru yang memberi ilmu.. Sedangkan para ilmuan masyhur terdahulu sanggup berjalan kaki berbulan lamanya semata-mata hendak mendapatkan ilmu dari gurunya yang utama agar sanad yang diperolehi lebih pendek. Mereka memuliakan guru. Tapi kita? berapa ramai yang sanggup menjelajah ke timur tengah semata-mata hendak mensahihkan ilmu yang dimiliki? Berapa ramai pelajar yang memuliakan guru? Kitab dan buku yang dibaca sekadar diperolehi dari buku, tanpa dirujuk pada guru. Kerana apa? kerana angkuhnya kita dengan guru. Bila dah baca, rasa diri dah faham. Banyak buku yang dibaca menggambarkan banyaknya ilmu yang kita miliki. Tapi yakinkah kita?terjaminkah kefahaman yang diperolehi dari buku yang kita baca tanpa rujukan daripada guru itu, selari dengan tujuan dan maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis buku?

Apa yang menyedihkan, bila dah habis minggu imtihan, banyak sangat kitab yang tidak disimpan, berselerak di sana situ, dibiarkan tanpa ada rasa hendak menghormati apatahlagi memuliakan buku yang merupakan sumber ilmu itu. Inikah bukti kita cintakan ilmu? Sebab itu ana ingin kembali pada pokok persoalan asal, apakah niat kita menuntut ilmu? Tahukah kita nilai dan harga yang ada pada ilmu?

IMAM AS SYAFIE :
1. Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan keduanya.
3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan.
4. Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji).

*****************************

IMAM MALIK :
1. Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan.

*****************************

IMAM ABU HANIFAH :
1. Tidak sekalipun aku shalat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar. (murid-muridnya).

*****************************

IMAM AHMAD :
1. Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya.

*****************************

SUFFIAN BIN UYAINAH :
1. Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi mudarat padamu.
2. Org yg menuntut ilmu tidak akan dianggap sbg org yg berakal hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia.
*****************************

LUQMANUL HAKIM menasihati anaknya :
"Wahai anakku, dampingilah selalu para ulama dan jgn engkau byk berdebat dgn mereka agar jangan dibenci oleh mereka."
"Janganlah engkau duduk berteman dengan orang yang bodoh, sombong dan jangan didekati orang yang bermuka dua."


~ MUJAHIDAH SOLEHAH MELANGKAH GAGAH MENJULANG AGAMA~

Thursday, April 1, 2010

مع التوفيق والنجاح في الامتحان النهاءي


1. BERUSAHA




2. BERDOA




3. BERTAWAKKAL






INSHA ALLAH;

WE WILL PASS WITH FLYING COLOURS



من جد و جد و من زرع حصد

Saturday, March 20, 2010

JIKA BENAR DIRIMU ADALAH DA'IE...

Dengan NamaMU Ya RAHIM...
Semakin hari ana memerhatikan dunia yang semakin kehilangan susuk individu yang mampu menjadi Qudwah Hasanah. Ana terfikir, para ulama' yang ada sekarang ini majoritinya telah berusia, namun ana melihat masalah dan kerosakan umat Islam juga semakin bertambah dan semakin kritikal. Dunia semakin tua, para ulama' juga semakin berusia, namun ironinya, umat Islam juga semakin rancak dibuai leka.
Pastinya para ulama' yang ada sekarang ini akan menuruti jejak laluan seterusnya bagi setiap insan, menemui Khaliknya. Namun siapakah dan dimanakah tersembunyi pelapis, bakal-bakal ulama' yang akan meneruskan jejak peninggalan warisan Rasulullah dan para sabahat, tabi'in serta tabi' tabi'in ini? GENERASIKU, kitalah Pewaris itu!
Persiapkanlah diriku dan dirimu. Pejuang Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami bukan sekadar di dalam nota-nota dan kertas peperiksaan, bukan juga sekadar untuk dikhatamkan di dalam dewan kuliah. Kesyumulan Islam juga mendidik manusia untuk membentuk dan membina akhlak yang mulia. Bukankah akhlak Rasulullah itu Al-Quran? Maka telek dan tiliklah diri kita dalam mempersiapkan diri untuk terjun di dalam medan dakwah masyarakat yang pastinya akan menjadi susuk individu yang menjadi ikutan dan panduan sebagai duta Islam yang pastinya memiliki qudwah hasanah.

Siapkan diri kita dengan 10 Muwassafat Tarbiah:

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah tanggungjawab dan tugas yang berat- perlukan badan yang sihat dan kuat.
• Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : ”Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih  dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”
• Memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.
   (Menghindari makanan yang syubhah)

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
• Akhlak kita ialah Al-Quran dan akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi saw itulah akhlak yang mulia yang sebenarnya.
• Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.


3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
• Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
(Ilmu ALLAH itu luas, jangan disempitkan hanya pada satu-satu bidang Ilmu)
• Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama’ yang thiqah.
• Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
• Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari sirah, kisah salafus soleh dan kaedah serta rahsia hukum yang penting(syariah dan fiqh)

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
• Walaupun kaya, perlu bekerja. Bekerjalah dalam bidang apapun (yang penting halal) kerana Allah tidak menyukai hambanya yang tidak berusaha dan putus asa pada rahmat Allah.
• Tidak terlalu mengejar jawatan dan pangkat.
• Meletakkan pangkat dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah, lebih utama dari gaji dan pendapatan.
• Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
• Menjauhi riba dalam semua lapangan.
• Menyimpan untuk waktu kesempitan.
• Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
• Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
• Redha Allah sebagai Rabb yang Esa, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
• Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan ibadah sunat dan zikir.
• Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.


6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
• Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
• Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
• Tidak melampau atau berkurang dalam beribadah(pertengahan).

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
• Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
( Meninggalkan apa yang kita cintai dan sukai demi Allah, insya Allah akan dikurniakan nikmat Iman. Bukankah " HIDUP INI INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH? "
• Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam, selagi mana ianya hanya untuk menjatuhkan iltizam kita untuk mengamalkan Islam.
• Daie mungkin akan melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
• Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
• Para Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.


9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
• Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
• Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.


10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
• Daie bukan lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain. Tapi Da'ie adalah Mentari yang menyinari alam, menerangi kegelapan, memberi haba dan suhu yang cukup buat manusia meneruskan kehidupan.
• Daie adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada Da'ie. Apa yang ada pada diri Da'ie dan apa yang dipancarkan dari diri Da'ie, itulah yang akan diterima oleh mad'u dan itulah yang akan mencorak pemikiran dan masa depan umat Islam.
• Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
• Daie merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.


 
“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Masuklah ke dalam barisan hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku”



PESANAN BUAT DIRI YANG LUPA!

BISMILLAHI ArRAHMANI ArRAHIM…

Semalam, seharian ana beriktikaf di masjid kolej ana, bersama sahabiah dan adik-adik ana. Usai melaksanakan tanggungjawab fardhi, ana bercadang untuk melelapkan mata sebentar sebelum meneruskan niat mengulang kaji pelajaran. Namun apakan daya, seorang adik datang menghampiri dan ingin bercerita. Sungguh mata tidak berdaya, namun digagahkan juga mendengar dan memberi sedikit respon. Malangnya, ana pun tidak menyedari bila, ana terlelap sehinggalah muazzin melaungkan azan asar.

Sebenarnya, bukan ini yang hendak dikongsi, apa ana ingin kongsi bersama adalah apa yang ana bualkan bersama adik ana ini (hihi, perbualan bersambung lagi selepas asar).

Kami bercerita tentang cabang ilmu. Adik ana ini, dengan tidak tertinggal loghat kedahnya =), bercerita tentang cabang ilmu tariqat dan tasawuf kerana minatnya kearah cabang itu. Ana pula bercerita tentang syariah dan usul fiqh, kerana sememangnya ana berada di dalam bidang ini. Pelik ana rasa (tak tahulah pada yang membaca), sebabnya amat jarang untuk seorang sufi(golongan ahli tawasuf) duduk dan bermuzakarah bersama dengan ahli syariah. Syukur tidak timbul pertelingkahan =). Lagipun bicara yang kami bualkan bukanlah terlalu menjurus kepada perbezaan dan khilaf cabang ilmu syriah dan tasawuf. Kami sekadar berbual mengenai hakikat cinta hamba kepada Khaliknya tetapi dalam dua perspektif yang berbeza. Seronok, sangat seronok. Rupanya kami berkongi rasa yang sama. Cinta kami tidak dipersembahkan pada dunia. Idola kami sama, redha dan cinta Rabiatul Adawiyah. Kisah teladan yang kami sukai sama, “Bila sepasang mata menjadi hadiah” dan bagaimana kisah pemuda dan sebiji epal mampu melahirkan seorang ulama hebat, Abdul Qadir Al-Jailani.

Namun, satu yang menjadi kesan dan pesan yang insya-Allah tidak mungkin ana lupa, bicara adik ini yang dititip khas buat ana, “kak, saya bukan orang yang boleh melihat masa depan, tapi berdasarkan cara tarbiah Allah pada kakak di sepanjang hidup kakak sejak kecil, saya rasa Allah hendak jadikan kakak seorang pemimpin. Tapi kak, dengan amanah yang kakak pikul ini, Kakak tak boleh sekalipun tinggal solat tahajjud.” Nasihat ini ana terima lantaran luahan ana yang sering tertinggal cahaya tahajjud itu semenjak menginjak semester ini khasnya jika di dalam keletihan. Shukran jiddan adikku. Meskipun yang memberi kata ini adalah seorang adik, bagi ana dia adalah sebahagian lampu dan penunjuk jalan yang Allah kurniakan buat ana di sepanjang jalan ini. Insya-Allah dik, pesan itu akan kakak semat sebagai bekalan hidup kakak.


* * *
"Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah." (Al-Baqarah: 165)

***************************************************
"Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (ikutilah Muhammad saw.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". (Ali Imran: 31)
******************************************************
“Tali iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah dan benci karena Allah.” (HR. At Tirmidzi)
**********************************************************
"Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.."
(A’idh Al-Qorni)
*******************************************************************
 

"Mujahidah GAGAH pada JIWA yang TABAH"

SEKILAS PANDANG, TAMPARAN BUAT KITA

BISMILLAHI ArRAHMANI ArRAHIM...

 
LIHATLAH dan HAYATILAH adik-adik dan sahabat-sahabat sekalian, pernahkah kita mendengar "Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara"? Seringkali bukan?  Namun pernahkah kita berfikir, di manakah pemuda-pemuda yang benar-benar layak memikul amanah tanggungjawab bangsa dan agama ini?
Dimanakah tersembunyinya bakal pelapis negarawan, ilmuan, cendekiawan dan segala 'wan' yang ada. Jika melihat perilaku dan kegemaran serta tabiat remaja pada hari ini, adakah mereka layak bergelar PEMIMPIN? Ataukah  yang ada, hanya pemuda yang benar-benar hanya menjadi harapan dan dijulang sebagai harapan namun akhirnya ditinggal menjadi kenangan? Bukankah harapan itu tidak menjanjikan kenyataan, jauh lagi kejayaan? JAWAB DENGAN AKAL DAN IMANMU, WAHAI  BAKAL PEMIMPIN AGAMA DAN BANGSAKU!

Pemudi yang diletakkan sebagai tiang negara, dimana dirimu wahai sahabiahku? Sudah siapkah dirimu dengan asas binaan yang kukuh? KITA akan mencorak dan membina tiang-tiang NEGARA dan AGAMA sahabiahku! Apakah kita yang akan menjadi tiang negara ini, terbina dari asas binaan yang rapuh? akan kukuhkan bangunan yang dibina jika tiang yang digunakan diperbuat daripada bahan yang tidak berkualiti? Datangkanlah arkitek terbijak dan termahal didunia, jika asas binaannya tidak berkualiti, jika kuantiti bahannya tidak mencukupi, nescaya tidak akan terbina bagunan yang kukuh. Itulah dia saudara seakidahku! perumpamaan yang kudatangkan kepada kita semua. Jangan bermimpi ingin membina 'bangunan' yang gah dan menjulang tinggi, andai tiang yang ada, rapuhnya lebih rapuh dari kuih batang buruk. Tahukah dirimu apakah asas binaan itu? apakah dia penentu kualiti bahan itu? sahabiahku?

Ketahuilah, asas binaan yang dimaksudkan itu adalah iman dan Islam saudaraku. Penentu kualiti bahan itu adalah ibadah yang dilakukan..Jika ingin membina negara yang maju, gah, terulung, unggul, bersih, aman dan damai, dan setrusnya, binalah negara itu dengan tiang yang juga dibina dari asas yang kukuh. Dari bahan yang berkualiti, mencukupi dan asli (bukan tiruan). Setelah itu, pilihlah arkitek dan pemimpin harapan yang bijak, adil, benar, amanah dan beriman serta bertaqwa agar negara yang terbina itu nanti menjadi negara yang bukan sahaja kukuh, maju dan masyhur, tetapi juga diberkati dan diredhai ALLAH. Itu yang Utama.. WaLLAHU 'Alam.

Wednesday, March 17, 2010

Semalam Yang Hilang!


Assalamualaikum warahmatuLLAH.

Semalam yang hilang. Ana pun tidak mengerti kenapa tajuk ini yang terlintas diminda. Mungkin kerana peristiwa lewat pagi beberapa hari lepas yang masih sukar untuk ana lupakan. Peristiwa yang menarik dan membuka luas  mata dan hati. Tidak sekadar diketuk. Ya, peristiwanya berlaku hanya dalam sekejap masa, tapi kesannya menyebabkan ana sukar melelapkan mata.
Maaf  terlalu berbahasa, bukan kiasan atau hiasan, cuma ingin menunjukkan betapa besarnya impak peristiwa semalam untuk masa depan ana sebagai penuntut ilmu juga seorang dai'e. Ceritanya begini, ana bersama adik juga sahabiah ana melawat seorang sahabiah yang ditahan di wad kerana disyaki appendix. Ditakdirkan Allah, nurse yang menjadi pelatih di wad tersebut merupakan salah seorang pelajar praktikal dari kolej di ibu kota. Nak dijadikan kisah, ana duduk bersebelahan katil pesakit (sahabat ana) dan pelatih tersebut datang berhampiran. Mungkin kerana tugasan yang telah selesai, pelatih tersebut datang berhampiran. Mungkin juga darah 'da'ie yang mesra' yang sentiasa mengalir dalam diri dan tuntutan Islam yang mulia menyebabkan mulut ringan untuk memulakan salam perkenalan. Dalam keasyikan bercerita, adik tersebut mengalih pandangan, tetarik melihat buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" kepunyaan sahabat ana yang terletak kemas di atas rak bersebelahan katil pesakit (sahabat ana). Dengan tindakan pantas, ana mengambil dan menyerahkan buku tersebut. Apa yang menyentuh hati, adik tersebut bertanya, "Eh, boleh pegang ke kak? saya tak boleh solat ni." Ana tersenyum dan memberitahu yang buku itu boleh disentuh dan dibaca. Mungkin melihat 'cover' hadapan buku cetakan terkini itu yang tertulis " ما ذا يعني انثمائ للاسلام؟ " menyebabkan adik tersebut menyangka bahawa ianya Al-Quran dan tidak boleh disentuh. Mungkin juga kerana menyangka tulisan jawi itu semestinya adalah ayat Al-Quran.

Disebabkan masa melawat yang hampir tamat, ana mengajak adik tersebut yang merupakan seorang pelajar melayu untuk melawat dan berziarah ke tempat ana menuntut ilmu yang sangat berhampiran dengan hospital tersebut. Namun ironinya, patah bicara yang keluar dari mulut si gadis yang pada ana agak manis itu, cukup membuatkan ana tersentak. Sambil menutup wajah tersipu dengan buku karangan ulama masyhur itu, terdengar patah bicara menyapa pendengaran ana, "Alamak, kalau pergi, nak kena pakai tudung la pulak."  Mulanya dahi ini berkerut, tapi setelah beberapa saat akal waras ini mentafsir dan menganalisis sebab dan punca kemungkinan keluarnya patah-patah perkataan seperti itu, dengan senyuman ana berkata pada adik tersebut, "tak pe, datang je". Sepantas mungkin ana melihat sekeliling, mencari susuk pelajar yang berpakaian sama dengan saudari tersebut (sebab ana difahamkan mereka dihantar secara berkumpulan oleh kolej mereka menuntut untuk menyelesaikan praktikal mereka). Namun dalam masa yang sama juga ruangan minda ini diasak persoalan yang mendesak-desak datang secara tiba-tiba:

1. Mengapa perkataan seperti itu boleh keluar dari mulut seorang muslimah melayu?;
2. Statment itu datang dari seorang pelajar, dan adakah bermakna ia mewakili seluruh pelajar perempuan islam di kolej tersebut? Berapa ramaikah pelajar perempuan islam di kolej tersebut?;
Jika ya, Siapa yang bertanggungjawab terhadap perkara ini? (terlintas perkataan ibu ayah, ustaz ustazah,  terbayang kesibukan dan 'kemeriahan' ibu kota Malaysia) Jawapan dan respon yang sinonim jika ada saja isu yang timbul tentang golongan yang bernama 'Remaja'.
3. Apa yang ana dan kita semua mesti lakukan?;
4. Perlukah perkara ini dibiar begitu saja?;
5. Wajarkah menyalahkan 'mereka ini' 100%?;
6. Pernahkah kita berbicara tentang Islam kepada mereka? ataukah kita hanya mudah memandang sinis dengan kesimpulan mudah tanpa bertanya setakat mana mereka tahu tentang hukum agama?

Soalan yang datang menyebabkan fikiran ana berubah. Banyak lagi rupanya yang perlu ana lakukan untuk membantu muslimah diluar sana. Di 'sini' ana sibuk, namun rupanya ramai lagi yang ana tak tergapai. Soalan yang datang juga menyebabkan keputusan ana berubah. Mengapa pada awal tadi ana mengatakan 'ia' merubah masa depan ana. Sebabnya, asalnya ana merancang dan hampir membuat keputusan untuk menghantar proposal penulisan kertas projek berkenaan isu lain, namun setelah tidak berputus asa  memohon doa dan petunjuk walaupun sampai ke hari yang terakhir, akhirnya Allah menzahirkan keputusan-Nya pada peristiwa nan sekejap waktu. Keputusan-Nya yang hanya hadir pada masa dan hari terakhir untuk menghantar tajuk proposal kepada penyelia kertas projek Sekolah Pengajian Islam. Walhal ana telah menyiapkan proposal untuk tajuk asal ana sebulan yang lepas. Namun ana sangat yakin, inilah yang tersirat dalam ayat-ayatNya. Sungguh DIA Maha Mengetahui Segalanya. ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR!

 p/s :  Takda jawapan untuk soalan ana di sini, sebab ana mahu kita fikir bersama. =)

Wednesday, March 10, 2010

Baca Dan Dengarkan ini Wahai Pemburu Ilmu!




الملاّحة الشّعريّةﹸ للامام الشّافعي


شكوت ﺇلى وكيع سوء حفظي

فأرشدني ﺇلى ترك المعاصي

و أخبرني بأن العلمﹶ نورﹲ

و نور الله لا يهدى لعاصي



وقال 


من نالﹶ منّي أو علّقتﹸ بذمتهﹺ

سامحتهﹸ ﹺلله راجياﹰ منّتهﹸ

كيلا أعوّقﹶ مؤمناﹰ يوم الجزاء


ولا أسوء محمداﹰ في أمتهﹺ



قال

سأكتم علمي عن ذوي الجهل طاقتي

ولا أنثرﹸ الدﱡرﱠ النّفيسﹶ على الغنمﹺ

ﻔﺈن يسراللهﹸ الكريم بفضلهﹺ


وصادفتﹸ أهلاﹰ للعلوم وللحكمﹺ


بثثتﹸ مفيداﹰ واستفدتﹸ ودادهمﹾ


وﺇلاّ فمخزونﹲ لديّ ومكتتمﹸ


فمن منح الجهّالﹶ ﹺعلماﹰ أضاعهﹸ


ومن منعﹶ المستوجبين فقدﹾ ظلم


Monday, February 15, 2010

Yang Bernama Insan


Assalam'alaikum warahmatuLLAH.

Hamdan shukran liLLAH.

Setelah sekian lama tidak melawati laman ini, terasa rindu nak mencatat sesuatu. Maafkan ana, bukan terlupa nak menulis, bukan juga sengaja tak nak menulis, tapi kekangan masa dan kesempatan menyebabkan ada perkara yang perlu di letakkan ke tepi untuk sekejap waktu.

Shukran atas desakan adik2 yang sentiasa bertanya, "kak, bila nak up date blog?" atau "Kak, dah lama blog terbiar? tak da post terbaru?". Bila ditanya macam tu, ana hanya mampu tersenyum. =) Ada banyak yang nak ditulis, dik. Banyak sangat, tapi sungguh, tangan yang ada ini adakalanya tak terjangkau akan pena dek amanah yang dipegang terlalu besar. Mungkin ia agak berbentuk alasan tapi Insya Allah, semoga menjadi pendidikan berharga buat diri. =)
"Mujahidah Solehah, Tidak Leka Dibuai Indah Tidak Resah Diselimuti Mehnah"

Monday, November 9, 2009

:: HAMPIR TIBA DI PENGHUJUNGNYA ::


Alhamdulillah wa hamdan syukran lillah.


Terlalu lama rasanya tak menjenguk laman yang hampir usang ni. Masa itu ada, cuma kesempatan sentiasa menghimpit masa sehingga adakalanya menjadi agak sempit. Tak terkejar dengan tugas dan obligasi yang perlu di selesaikan. Tambahan lagi dengan hujan amanah yang sejak kebelakangan ini sering datang bertimpa-timpa. Hanya sebulan berlalu, tapi serasa terlalu banyak perubahan yang berlaku. Adakalanya mengundang penguasaan emosi melebihi kewarasan akal. Syukur dikurniakan ibu ayah dan sahabat yang sentiasa memberi semangat dan perutusan doa yang tidak putus meskipun di sempadani jarak yang jauh. Bukankah sahabat sejati itu bukanlah yang sentiasa di sisi, tetapi dia juga adalah insan yang dekat dihati dan diingati dalam setiap bisikan doanya. Syukran jiddan ma dan pa', kak jiya, kak munawirah dan adik2 usrah yang disayangi. =) Pesan dan doa kalian akan ditanam subur di taman iman ini. Biiznillah.

Ehmm, setelah 2 minggu berlalu, kini hampir tiba di penghujung minggu imtihan niha'i. Hanya tinggal satu subjek lagi yang menanti hari esok sebelum berakhirnya semester ini. Undang-Undang Tort Perbandingan. Tak terasa pantas sungguh semester ini berlalu. Akan menjengah pula semester hadapan dengan tuntutan tugas yang pastinya lebih banyak dan lebih mencabar. Semoga diri terus thabats dalam laluan ini. Dalam setiap kepayahan dalam perjalanan menuntut ilmu ini, terbayang kepayahan dan kesungguhan para pencinta ilmu dan pemburu Ilmu, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris (as syafi'e), al hanafi, Sufyan al-tsauri, Ahmad bin Hanbal, Muslim bin hajjaj, Ibn Taimiyah, Yahya bin muin, as-Syaukani, Ibn Hazm, al-dzahabi dan terlalu banyak lagi ilmuan yang menjadi pemburu ilmu. Terasa terlalu kecil kepayahan yang dialami berbanding mereka ini yang berkorban seluruh harta kehidupan hatta demi setitis ilmu yang tidak mungkin akan dilepaskan. Biarlah mereka dari fahaman dan mazhab mana sekalipun, apa yang ingin ana genggam tentang mereka, kesungguhan dan kecintaan mereka pada ilmu.

Teringat kata-kata ustazah aeshah, "ilmu tidak akan mampu untuk hidup bersama dengan kekenyangan, tidur berlebihan dan kemewahan serta keselesaan." Imam Syafi'e ketika ditanya tentang penderitaannya dalam menuntut ilmu, berkata " Selama 16 tahun, aku tidak mempunyai makanan selain dua ketul roti dan satu biji kurma. Aku memakannya hanya untuk sekadar mengalas perutku yang lapar." Dia ditanya lagi, "Untuk apa engkau melakukan itu?" Imam as-Syafi'e menjawab "Aku melakukannya agar membuatku mudah dalam menghafal imu dan fiqh . Aku meninggalkan makanan itu demi ilmu. Dan kemudian Allah memberiku rezeki lagi." Imam Syafi'e juga pernah berkata "Wahai Abu Musa, aku pernah menderita miskin sebanyak 3 kali. Bukankah engkau pernah melihatku sedang makan ikan dengan kurma? tidak ada makanan selain itu." Ibn Aqil juga pernah menceritakan tentang dirinya, " Aku berusaha sekuat tenagaku memangkas waktu kesibukanku yang lain demi menjaga waktu agar dapat membaca lebih banyak. Aku rela tidak makan roti dan hanya makan manisan dengan secawan air, kerana jika aku makan roti, maka banyaklah masaku terbuang."
Betapa ana sedar bahawa mengapa hari ini terlalu sukar untuk menemui seorang Syafi'e, ibn Aqil, Maliki, Hanafi mahupun seorang Ahmad. Yang meninggalkan makanan yang lazat demi menjaga ilmu. Yang meninggalkan keselesaan demi kemuliaan ilmu. Hari ini, yang ada dan sering ditemui, hanya yang tak makan sebab masalah kewangan. Bukan kerana ingin menjaga ilmu yang dimiliki, tapi kerana poket tak berisi.

"Ilmu itu adalah sesuatu yang paling berharga. Lihatlah, orang yang bodoh sekalipun, saat orang lain menyangka bahawa dia berilmu, pastilah amat senang hatinya. Dan sungguh bodoh seseorang, bila ia tidak suka saat mendapatkan ilmu dan marah saat disangka orang bahawa dia berilmu." (Imam as-Syafi'e)

-Mujahidah Solehah, Menghayun langkah Memperkasa ilmu Menjana Peribadi Berminda Kelas Pertama-

::Mutiara Hadith::

::Mutiara Hadith::
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)

~Bicara Zahidah~

~Bicara Zahidah~
"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...