::Ahlan Wa Sahlan::

::Wahai Pemilik Ilmu::

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure she carries, or the way she combs her hairs. The beauty of a woman must be seen from her eyes. Because that is the doorway to her heart, The place where love resides. The beauty of a woman is not the facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is caring that she lovingly gives, The passion that she shows. The beauty of a woman, With passing years-only grows..."

Monday, January 21, 2013

Di Hati Ini Ada Nama Muhammad


MUTIARA ILHAMI : RASA SEORANG UMAT 
BUATMU MUHAMMAD 


Suatu hari,
Nafasku tersekat dalam tangisan
Duhai Diri, mengapa nafas tak lepas bersama esakan
Perit mengakui...
Sesudahmu tiada lagi kebaikan dalam kehidupan
Aku menangis kerana aku takut lena hidupku akan berpanjangan...


Kala rinduku memuncak, kujenguk pusara sirahmu dengan tangisan...
Kala hatiku resah mendepani cabaran, kuselak akhlak perilakumu dalam kenangan...
Menitis air mataku mengenangkan kejamnya Penduduk Thoif membalas lembut bicaramu...
Bergetar hatiku mengenang lukamu saat jasad menjadi lontaran batu dan tanah...
 Sesak dadaku mengingati duka saat kau ditinggalkan isteri dan bapa saudara tercinta bersama hinaan dan cacian Quraisy yang juga ahli keluargamu...
Pecah tangisku saat mengingati ungkapan ‘ummati...ummati...ummati’ saat maut menjemputmu....



Aku menjerit meronta tanpa mendapatkan jawaban...

Duhai yang tinggal di bawah tumpukan tanah!
Duhai yang meninggalkan kami dengan Al-Quran dan Sunnah yang mulia!
Duhai yang memberiku segenap cinta!
Dengarkanlah...
Tangisan ini merantaiku
Ingatan padamu ya Habibullah melupakan daku dari segala musibah dan segenap kesenangan dunia
Jika engkau menghilang dari mataku ke dalam tanah,
Sesungguhnya engkau tidak hilang dari hatiku yang duka.


Berkurang sabarku, bertambah dukaku
setelah kehilanganmu, Khatimul Anbiya..
Hilang arahku tanpa jejakmu ya Rasulullah...

Wahai yang meninggalkan kami sejauh ini,
Lihatlah fenomena umatmu di akhir zaman.
Dunia telah melekakan.
Teknologi menghanyutkan.
Cinta palsu lebih didambakan daripada mengenal peribadi dan sirahmu yg silam.

Duhai mataku,
cucurkanlah air matamu sederas derasnya
jangan kau tahan bahkan jika linangan darah itu mengalir...biarkanlah...
Ya Rasul Allah, wahai kekasih hati,
pelindung anak yatim dan dhuafa
Setelah mengalir air mata langit...
perbukitan, hutan, dan burung...
seluruh bumi menangisimu..


Duhai junjunganku,
untukmu menangis tiang-tiang Ka’bah
bukit-bukit dan lembah Makkah telah menangisimu
Mihrab tempat belajar Al-Quran di kala pagi dan senja telah menangisimu
Mata air zam-zam dan bumi Munawwarah menangisimu
Gua dan padang pasir rindu pada jejakmu
Islam yang kini terasing di tengah manusia, dahaga pada kalammu

Lau kana Bainana ya Rasulullah
Sekiranya kau ada pada hari ini bersama kami...
akan hilanglah duka,
akan teranglah dunia...
akan terarahlah laluan...
Namun, mampukah aku menahan rasa malu,
Ketika...
akan kau lihat mimbar yang pernah kau duduki itu... kini diambil alih mereka yang jahil
akan kau lihat masjid yang pernah kau solat disitu... kosong dari pemuda Agama yang tidak lagi cinta pada sejadah
akan kau lihat kegelapan setelah cahaya yang kau bawa dulu...sirna dengan gelak tawa dan hiburan dunia yang leka...
akan kau lihat generasi yang kau cintai...lebih mencari kepuasan nafsu daripada syafaatmu disana...


Ya Allah,
Pencipta hari yang menjadi saksi kelahiran Rasul yang Mulia,

Bersaksilah...
Kami berhimpun kerana mencintainya
Bukan kerana desakan dunia
Bukan kerana mendambakan redha manusia
Bukan mencari pujian dan sanjungan sesiapa
Tapi kerana rindu akan peribadi seorang Nabi yang Mulia

Ya Allah,
Sampaikanlah
Salam rindu buatnya,
Katakan padanya
Kami Masih Mencintai dan Mendamba Kasihnya
Muhammad yang mulia...



Edited and Created by: 
KAZ_Istana Zahidah
21.Januari.2013
Darussalam, Banda Aceh.


No comments:

Post a Comment

Followers

::Mutiara Hadith::

::Mutiara Hadith::
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)

::IAIN AR-RANIRY (2011/2013)::

Semester 7 (11/12)
INU 1001 Pendidikan Kewarganegaraan

INU 1004 Bahasa Indonesia

INU 3002 Ilmu Budaya Dasar

INK 3004 Matematika Dasar

INK 3007 Hadis

SYA 1009 Ilmu Hukum

SPH 3009 Asbab Ikhtilaf Al-Fuqaha

SPH 3010 Sosiologi Hukum

SPH 3011 Hukum Islam Di Indonesia
*******
Semester Pendek (10/11)
SYA 7701 Filsafat Hukum Islam

SYA 7702 Praktikum

SYA 7703 Membahas Kitab Fiqh II
*******

Semester 8 (11/12)

SYA 2007 Hukum Adat

SYA 4701 Ushul Fiqh II

SYA 4702 Hukum Islam Dan Masyarakat

SPH 4708 Ushul Fiqh Muqaranah I

SMI 4709 Epistomologi Perundang-Undangan I

SYA 6701 Ushul Fiqh III

SPH 6805 Epistomologi Perundang-Undangan II

SPH 6806 Ushul Fiqh Muqaranah II

SPH 6807 Syari’at Islam Di Aceh

SPH 6808 Takhrij Hadis

SPH 6809 Hukum Perkahwinan Di Indonesia

*******

Semester 9 (11/12)

SYA 5702 Membahas Kitab Fiqh I

SPH 5803 Membahas Kitab Tafsir

SPH 5804 Muqaranah Mazhab Fil Jinayah

SPH 5805 Hukum Tata Negara

SPH 5806 Ilmu Falak

SPH 5809 Legal Drafting I

SPH 7804 Metode Penelitian Hukum

SPH 7806 Metode Ijtihad Kontemporer

SPH 7809 Legal Drafting II

*******

Semester 10 (12/13)

SYA 8701 KPM

SYA 8702 Skripsi

SYA 8703 Ujian Komprehensif

:: KIPSAS 2008/2011 ::

Semester 4 (09/10)

ASU 2012 Qawaidh Fiqhiyah

ASU 2022 Pengantar Fiqh Islam

ASU 2073 Usul Fiqh

ASU 2102 Siyasah Syar'iyyah

ASU 2142 Al-'arabiyyah li al-syariyyah 1

ASU 2202 Undang-Undang Jenayah Perbandingan

ASU 2222 Undang-Undang Keluarga Perbandingan

ASU 2262 Bahasa Inggeris 3

KIP 2031 Halaqah Usrah 3
*******

Semester 5 (10/11)

KIP 2041 Usrah II

ASU 2272 Bahasa Inggeris IV

ASU 2152 Al-Arabiyyah Li Al-Syar'iyah II

ASU 2083 Pentadbiran Harta Orang Islam

ASU 2232 Undang-Undang Syarikat & Perkongsian

ASU 2242 Undang-Undang Keterangan Perbandingan

ASU 2212 Undang-Undang Probet Perwarisan

ASU 2062 Fiqh Muamalat
*******

Semester 6 (10/11)

ASU2052 Ayat & Hadith Ahkam

ASU2282 English For Law

ASU2122 Kaunseling Islam & Guaman Syari'e

ASU2132 Undang-Undang Prosedur Mal & Jenayah

ASU2252 Undang-Undang Acara Sivil & Jenayah

ASU2093 Ulum Al-Quran & Ulum Hadith

ASU2984 Kertas Projek

~Bicara Zahidah~

~Bicara Zahidah~
"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...