BismiLLAHI ArRahman ArRahim Wa Hamdan Shukran liLLAH.
Huh! payah sungguh nak menjawab. Ana bukanlah pakar cinta jauh lagi Dr.Cinta. Diploma bidang cinta pun tak lepas. Huhu. (terselit fikiran nakal nak menjawab mesej tadi, "ni salah tempat ni, klu nak tanya tntang cinta, tanyalah Dr.Cinta")huhu. Tapi hakikatnya ana tidaklah sekejam itu untuk tergamak memberi jawapan "kejam" pada orang yg mengadu @ bertanya. Walaupun hakikatnya lidah ni sangat kelu dan minda agak beku untuk menjawab. Sejujur-jujurnya jika ada pilihan, ana lebih suka memilih untuk tidak menjawab dan membincangkan benda lain. huhu. CPU ana lebih pantas dan cekap mencari folder untuk menjawab isu semasa, sejarah, siyasah, harakah dan isu perundangan berbanding isu yang pada ana agak sensitif dan kontroversi ni.
Namun, ana cuba untuk menjawab sebaik yang ana mampu. Adik2, ini pendapat kakk. Jika salah, maafkan dan tidak perlu dijadikan pegangan. Jika benar, ketahuilah, ia adalah jawapan yang lahir dari hati seorang hamba yang mahu tetap menggengam erat Al-Quran dan Sunnah sehingga jasad dimamah bumi.
Sebelum menyimpulkan sebuah jawapan, ana mahu mengajak kita semua menyelak kembali sejarah cinta itu sendiri. Bukankah "tak kenal maka tak cinta?". So, sebelum bicara soal cinta, kenalilah dulu APA ITU CINTA.
TAKRIFAN CINTA
Nak mendifinisikan makna cinta bagi ana terlalu sukar. Sebabnya ia sesuatu yang subjektif. Tidak hairan jika setiap orang mampu mendifinisikan perkataan 5 huruf ini dengan pelbagai jawapan. Dari sudut bahasa cinta atau juga disebut al-hubb, 'ai(cina), love(inggeris), mahal(filipina), liebe(Jerman), ai(Jepun), salang(korea), khwam rak(Thailand) dan banyak lagi bahasa dunia namun kepelbagaian bahasa dan bunyi sebutan itu masih membawa satu erti yang sama, yakni dalam bahasa melayunya disebut CINTA. APA itu CINTA? Cinta merupakan satu perasaan halus yang terbit dari hati setiap makhluk ciptaan-NYA. Fitrah yang dikurniakan buat segenap makhluk. Dengan adanya cinta, akan lahirlah tindakan yang akan diterjemahkan kepada tindakan yang akan membawa maksud sayang dan cinta oleh yang mencintai kepada yang dicintai. Cinta adalah anugerah Allah buat semua. Tidak hanya kepada manusia. Ya. Tidak hanya kepda manusia. Kenapa ana mengatakan cinta tidak hanya dirasai oleh manusia?
1. Sebab jika dilihat pada makna bahasa, cinta adalah perasaan halus yang hadir dalam hati. Cinta itu akan diterjemahkan kepada bentuk perilaku pemilik hati yang punyai rasa cinta. Apa bukti adanya cinta? Mestilah kita mengetahui adanya cinta bila kita melihat respond orang yang mencintai terhadap yang dicintainya, kan? Jika kita melihat seorang lelaki duduk melutut merayu seorang perempuan dengan sejambak bunga ros merah. Apa yang kita fikir? mestilah kita menyatakan dengan yakin, "heh, ni mesti pasangan kekasih. Tengah nak memujuk kekasih lah tu". Tetapi, bila kita melihat seekor ibu ayam yang menyerang kanak-kanak yang cuba nak mengambil anak-anak ayam tersebut, apa yang timbul dibenak kita? Kenapa ayam yang tiada akal masih mampu berfikir untuk melindungi anaknya? Wahai insan yang berakal, Tidakkah kita terfikir bahawa tindakan melindungi itu adalah tindak balas biasa bagi yang mencintai terhadap yang dicintainya. Nah, Bukankah itu bukti bahawa haiwan juga punya rasa cinta? ;) Fahimtum?
2. Huhu. Asbab yang kedua ni mungkin kejam ckit. Ini blog ana, suka-suki analah (maaf ea). Huhu. Kan ana dah khabarkan sebelum ini, ini hanyalah pandangan ana melalui kaca mata yang separuh bingkai ini.
Menyambung takrifan cinta, Said Hawa dalam tulisannya (kitab terjemahan) "Mencapai Makam Rabbaniyyun Dan Sidduqun" dalam bab Wasiat untuk Sang Pencinta mendefinisikan bahawa hubb cinta adalah suatu perasaan yang lahir tanpa paksaan di mana, hebatnya kuasa perkataan dari 5 huruf ini sehingga orang yang mencintai sanggup memberi segalanya kepada orang dicintai demi menggembirakan orang yang dicintainya TANPA MENGHARAPKAN BALASAN. Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Raudhoh At-Tholibin Wa 'umdatus salikin pula mengartikulasikan CINTA sebagai sesuatu yang tidak memiliki pengertian selain daripada kecondongan terhadap sesuatu yang lazat dan berkenan di mana ia membawa kepada warisan tauhid dan makrifat. Peningkan? Ini baru 2 pendapat. Betapa luasnya makna cinta. Seluas itulah juga seharusnya fikiran kita dalam menghadapi cinta. Jangan hanya terperuk pada satu definisi sahaja. Cinta monyet, cinta lawan sejenis, dsb. Percayalah, dengan hanya mengetahui makna cinta secara holistik, secara tidak langsung kita sudah menuju kearah Pencipta dan Pemilik Cinta itu sendiri. Kenapa? Kerana, tak kenal maka tak cinta.
Sebelum ana berhenti seketika, izinkan ana menggoncang dan mengetuk pintu akal dan basirah(mata hati) anda semua : Jika dalam urusan jual beli, dalam membeli kain contohnya, kita akan berurusan dengan salesman/woman. Tapi bila kita nak potongan harga ckit, mesti salesman/woman atau lebih berani, kita sendiri akan mencari bos kedai kain tersebut, kan? Demi sedikit diskaun, kita dengan berani mengenepikan segan untuk berjumpa pemilik kedai. Sama halnya dalam pemberian hadiah. Bila kita menerima hadiah melalui orang tengah, mesti kita sibuk nak bertanya dengan penuh teruja, siapa yang bagi hadiah. Kalau boleh, nak terus berjumpa dan ucap terima kasih. Walaupun sebenarnya hadiah tu tidaklah semahal mana pun. Demi menunjukkan yang kita ni orang yang tahu berterima kasih, kita sanggup. Betul kan? Tapi, WAHAI INSAN YANG DIKURNIAKAN NIKMAT AKAL, kenapa tidak begitu halnya dalam soal cinta?
Analoginya: Kita adalah pencari cinta atau pembeli, dan cinta itu adalah barang yang ingin kita miliki/hadiah yang kita diberi. Maka, Siapa pula Bos dan Pemberi Hadiah? Manusia yang kita dambakan cintanya itu atau ALLAH?
WAHAI INSAN
YANG MEMILIKI CINTA DAN AKAL,
No comments:
Post a Comment