MARAHLAH.....MARAHLAH KERANA TUHANMU!
Assalamu’alaikum warahmatuLLAHI wabarakatuh.
BismiLLAH wa Hamdan syukran liLLAH.
Segala puji buat-Mu Allah, Habibi Qalbi. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh ahlul bait dan para sahabat serta tabi’in, tabi’ tabi’in seterusnya buat para pejuang agama yang telah syahid dan yang masih tegar berdiri memperjuangkan Islam. Ma, Pa’. Guru-guru dan sahabat-sahabiah sefikrah dan seakidah.
APA KHABAR IMAN KITA (IMAN SAYA DAN IMAN SAHABAT SEKALIAN?) =)
Seiring berjalannya waktu, seiring berputarnya roda kehidupan. Saya ingin mengingatkan diri saya dan kita semua. Untuk apakah kita hidup? Apakah tujuan sebenar kehidupan kita? Bangun, tidur, solat, makan, belajar, bekerja, nikah, senyum, ketawa, marah, menangis, nonton tv, dengar radio (ikim ;)), berjalan, berlari, duduk, memandu, memberi pendapat, menerima kritikan dan sebagainya rutin seorang manusia… Keletihan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sehari-harian… Untuk apakah semua itu?
Mungkin ada yang akan menjawab “itulah fitrah kehidupan sebagai manusia”, mungkin juga ada yang berkata “untuk mencari kebahagiaan”, dan saya paling pasti, bagi yang bersifat islamik, akan menjawab “untuk beribadah kepada ALLAH”. Hujah dan dalil yang paling utama adalah surah az-dzariat ayat 56,
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (56)
Benar. Teramat benar. Itulah tujuan sebenar hidup manusia. Untuk beribadah kepada Allah. Namun, berapa ramaikah diantara kita yang memahami konsep ibadah yang sebenar-benarnya? Kita sendiri, saat kita menyebut atau mendengar perkataan ibadah, apakah yang terlintas diminda kita? Jujurlah. Secara umumnya, pasti perkara pertama yang terbayang adalah solat, zakat, haji dan puasa, bukan? =) itulah minda umum kita.
Wahai Jiwa-jiwa yang lembut, sesungguhnya konsep ibadah itu luas. Setiap perkara yang kita lakukan dari sebesar-besar perkara(mentadbir negara) sehinggalah sekecil-kecil perkara(bersin) pun mampu menjadi ibadah disisi Islam. Ya, benar. Demikian betapa indah dan mudahnya Islam. Bukankah Islam juga mendidik kita adab bersin? Hatta yang mendoakan orang yang bersin juga mampu beroleh pahala secara mudah. Ada yang bertanya, kalau Islam mengajar semua perkara, bolehkah dalam keadaan kita marah kita beribadah? =) Kalau saya katakan, dalam marah pun kita masih mampu menjadikannya ibadah. Percayakah?=)
Ya, marah itu mampu menjadi ibadah jika marah itu kita salurkan secara betul. Marahlah… Marahlah… tapi biarlah marahmu itu kerana Allah… Bagaimana? Marahlah atas perkara-perkara yang merendahkan martabat Islam dan perkara-perkara yang melanggar hak Allah. Itu marah yang sebenarnya. Kalau marah dengan seseorang yang kita benci@tak suka? =) Benci dan marahlah kerana sikapnya yang perlu dan boleh diubah. Jangan dimarah orang atau sifatnya. Kerana, sifatnya yang tidak sempurna itu adalah ciptaan Allah. Bukankah jika kita memarahinya kerana fizikalnya yang tidak sempurna, secara tidak langsung kita juga mempersoalkan Penciptanya? Na’uzubiLLAH.
Seringkali bukan, kita mendengar bila orang marah, akan menyebut sekali fizikal orang yang dimarahi. Contohnya “manalah sipolan ni. Dahlah pendek, lembab lagi..” atau “menyampahnya sipolan tu. Berlagak depan cikgu. Tunjuk baiklah tu. Muka x lengkap, perangai pun sama..” Mesti kita pernah dengar kata-kata tu kan?=) bahkan saya yakin, mungkin ada dari sahabat-sahabat yang pernah mendengar kata-kata yang lebih teruk lagi, kan? Bukan menghukum, jauhlagi bersangka buruk, tapi itulah realiti hari ini. Bukan Islam melarang untuk marah. Namun, jika ia lebih melibatkan kepentingan peribadi, yang sangat digalakkan adalah bersabar dan memaafkan.
Pasti ada lagi yang bertanya, kalau Islam membenarkan marah, kenapa perlu ada maaf? =) Jika semua manusia mahu mempertahankan haknya untuk marah, nescaya hancur ranaplah dunia. Kenapa saya mengatakan bahawa, jika ia melibatkan kepentingan peribadi antara individu, bukannya Islam tidak memberi hak untuk marah, tetapi BERSABAR DAN MEMAAFKAN ITU LEBIH MULIA. Kenapa, semarah-marah kita terhadap hinaan atau kritikan orang lain, disaat kita rasa terhina itu, disaat kita rasa sedih itu, cubalah sedaya mungkin kita mengenangkan bagaimana RASULULLAH dihina, dibaling dengan najis, dilempar dengan batu, namun baginda masih mahu untuk bersabar. Demi umatnya. Demi kasihnya. Kalaulah Baginda tidak bersabar, nescaya hancurlah penduduk To’if. Bukankah Malaikat Jibril menawarkan untuk menghempap penduduk To’if dengan bukit lantaran penghinaan mereka terhadap Kekasih Allah itu. Ya Kekasih Allah.
Pasti ada lagi yang menyatakan, BAGINDA ADALAH RASULULLAH. Ya, Baginda adalah Rasulullah. Lantas? Apakah lagi alasan kita lagi wahai Saudara Yang Saya Cintai Kerana ALLAH? Bukankah kita sendiri menyatakan bahawa kita beriman dengan Al-Quran? Dan bukankah didalam Al-Quran itu sendiri yang menyatakan bahwa Baginda itu lah Qudwah? Ikutan yang perlu kita ikuti? Bukankah dalam kalimah syahadah itu sendiri kita bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah? Apakah persaksian kita itu hanya sebuah kata-kata semata? =) Jangan seperti itu saudaraku..
Mahukah saya kongsikan satu kisah, ketika seorang isteri memesan kepada suaminya untuk membeli sebiji buah tembikai. Ketika suaminya membeli buah tembikai tersebut, suaminya bertanya kepada penjual tersebut, adakah buah tembikai yang dipilihnya itu baik? Lantas sipenjual menjawab, InshaAllah buah yang dijualnya baik2. Dia tidak akan menjual yang tidak baik. Sisuami pun dengan yakinnya membawa buah tembikai itu pulang. Saat siisteri membelah buah tembikai itu, ternyata buah tembikai itu tidak baik. Lantas, siisteri yang mengidam itu naik marah (fahamlah kan, bila wanita mengidam tak dapat apa yang dia nak..=). Sisuami yang mendengar lantas beristighfar dan berkata “Isteriku, jika engkau mahu menyalahkanku, tidak mengapa. Marahlah, tapi tentang keburukan buah itu, apakah engkau mahu menyalahkan penjual itu? Dia juga pasti hanya mahu menjual yang terbaik. Lalu, apakah engkau mahu menyalahkan sipekebun yang menanam tembikai itu? Sudah pasti di juga hanya mahu mendapatkan hasil yang baik. Tidak ada penanam yang mahu melihat hasil tanamannya buruk dan rosak”. Sambil tersenyum, suaminya berkata lagi, “takkanlah mahu menyalahkan buah itu kan?” Setelah itu, suaminya mula bersuara lebih serius, “Isteriku, setelah tiada siapa yang boleh dipersalahkan untuk engkau marahi, hanya satu yang bertanggungjawab menjadikan ini semua. Tahukah engkau isteriku? Siapa yang engkau marahkan?” siisteri mula tertunduk. Suaminya pun menyambung, “ALLAHkah yang engkau marahkan Wahai isteriku?...Beristighfar dan bertaubatlah…”siisteri pun mula menitiskan air mata.
Wahai Saudara dan sahabat sekalian, kita adakalanya seringkali terlepas pandang perkara kecil yang sebenarnya besar kesannya pada impak iman dan akidah kita. Marilah. Marilah saudara dan sahabat yang sangat saya cintai kerana Allah, marilah kita Recheck dan Renew kembali iman dan syahadah kita. Bimbang akhirnya kita nanti dikumpulkan dalam kalangan orang yang munafik. Berkata apa yang kita tidak perbuat. Sekadar berkata kita cinta Rasulullah, tetapi dalam masa yang sama, masih mengkhianati sunnahnya. Na’uzubillah. Ighfirlana ya Rabbana, Ya Rahman, Ya Rahim.
******************************
وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (55)
**************
-MUJAHIDAH SOLEHAH,
TIDAK GENTAR MENJULANG AGAMA
SEKALIPUN SEISI DUNIA MENGHALANGNYA-