::Ahlan Wa Sahlan::

::Wahai Pemilik Ilmu::
Friday, January 28, 2011
Ulum Al-Quran: Al-Quran & Hadith Sebagai Sumber Tamadun (1)
Thursday, January 27, 2011
Ulum Hadith: Hadith Mudallas (1)
- Kata nama ganti bagi kata dasar tadlis iaitu menyembunyikan kecacatan barang daripada pembeli.
- Kata akar tadlis ialah al-dalas iaitu kegelapan atau percampuran dengan kegelapan sebagaimana yang disebutkan oleh kitab al-Qamus al-Muhit.
- Seolah-olah perawi mudallis menyembunyikan kepada orang yang mahu mengetahui sesebuah hadith bermakna dia telah mengelapkan perkara itu dan jadilah hadith itu mudallas (digelapkan).
- Menyembunyikan keaiban di dalam sanad
- Memperelokkan zahirnya
- Tadlis al-Isnad
- Tadlis al-Syuyukh
- Tadlis al-Isnad ialah seorang perawi yang telah meriwayatkan beberapa hadith daripada seorang perawi yang dia pernah mendengar daripadanya tetapi hadith yang ditadliskannya itu dia tidak mendengar secara langsung daripada perawi tersebut.
- Sebenarnya dia meriwayatkannya daripada perawi yang lain daripada yang pertama tadi.
- Bermaksud, dia telah menggugurkan perawi tersebut lalu meriwayatkan dengan lafaz yang diandaikan dia mendengar sendiri seperti ‘dia telah berkata’ atau ‘daripada’.
- Bagaimanapun dia tidak menyatakan dengan jelas bahawa dia mendengar hadith itu daripada perawi tersebut.
- Dengan sebab itu dia tidak berkata, ‘saya mendengar’, ‘telah menceritakan kepada saya’ ,supaya dia tidak menjadi seorang pendusta besar dengan sebab perbuatan itu.
- Kadang-kadang perawi yang digugurkannya itu lebih daripada seorang.
- Meriwayatkan daripada perawi hadith yang tidak pernah didengari daripada perawi itu dengan lafaz yang memberi kemungkinan dia mendengar.
- Perawinya adalah daripada orang yang dia tidak pernah mendengar hadith daripadanya.
- Ada mendengar juga beberapa hadith lain selain daripada hadis yang ditadliskannya.
- Langsung tidak pernah mendengar hadith daripada ulama tersebut, baik hadith yang dimursalkannya atau hadith-hadith lain. Cumanya dia hanya hidup sezaman atau pernah bertemu sahaja.
- Perawi itu seorang yang dha'if atau tidak thiqah
- Perawi itu telah lanjut usianya sehingga sekumpulan perawi yang lain juga mendengar hadith daripadanya selain dari perawi yang melakukan tadlis.
- Perawi itu muda sehingga muridnya itu lebih tua daripadanya.
- Terlalu banyak periwayatan daripada beliau. Oleh itu, perawi yang melakukan tadlis ini tidak mahu menyebutkan nama gurunya ini dengan satu cara.
- Dia telah mewahamkan bahawa dia mendengar hadis daripada perawi yang tidak didengarinya.
- Dia meninggalkan cara periwayatan yang nyata dan menggunakan cara yang menimbulkan pelbagai kemungkinan.
- Dia menyedari sekiranya dia menyebutkan perawi yang ditadliskannya tentu dia tidak akan disenangi.
- Jika dia menyatakan “ saya mendengar ” maka riwayatnya diterima iaitu beliau mengatakan saya mendengar atau sebagainya maka hadithnya diterima.
- Jika dia tidak menjelaskan bahawa dia mendengar maka riwayatnya tidak diterima kerana jika dia mengatakan “ daripada ” dan sebagainya maka hadithnya tidak diterima.
- Pengakuan perawi mudallis sendiri apabila ditanya sebagaimana yang berlaku kepada Ibn ‘Uyainah.
- Keterangan oleh mana-mana imam dalam bidang ini berdasarkan kepada pengetahuannya yang diperolehi melaui kajian dan penyelidikan.
- Tiga buah kitab yang ditulis oleh al-Khatib al-Baghdadi, satu kitab tentang senarai mudallis iaitu al-Tabyin Li Asma’ al-Mudallisin dan dua buah lagi tentang bentuk-bentuk tadlis.
- Al-Tabyin Li Asma’ al-Mudallisin oleh Burhan al-Din bin al-Halabi
- Ta’rif Ahl al-Taqdis Bi Maratib al-Mausufin bi al-Tadlis oleh Hafiz Ibn Hajar.
Sunday, January 2, 2011
GERAK GEMPUR NISA' - OPS CEGAH MAKSIAT TAHUN BARU 2011
Followers
::Mutiara Hadith::

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)
::IAIN AR-RANIRY (2011/2013)::
Semester 7 (11/12)
INU 1001 Pendidikan Kewarganegaraan
INU 1004 Bahasa Indonesia
INU 3002 Ilmu Budaya Dasar
INK 3004 Matematika Dasar
INK 3007 Hadis
SYA 1009 Ilmu Hukum
SPH 3009 Asbab Ikhtilaf Al-Fuqaha
SPH 3010 Sosiologi Hukum
SPH 3011 Hukum Islam Di Indonesia
*******
Semester Pendek (10/11)
SYA 7701 Filsafat Hukum Islam
SYA 7702 Praktikum
SYA 7703 Membahas Kitab Fiqh II
*******
Semester 8 (11/12)
SYA 2007 Hukum Adat
SYA 4701 Ushul Fiqh II
SYA 4702 Hukum Islam Dan Masyarakat
SPH 4708 Ushul Fiqh Muqaranah I
SMI 4709 Epistomologi Perundang-Undangan I
SYA 6701 Ushul Fiqh III
SPH 6805 Epistomologi Perundang-Undangan II
SPH 6806 Ushul Fiqh Muqaranah II
SPH 6807 Syari’at Islam Di Aceh
SPH 6808 Takhrij Hadis
SPH 6809 Hukum Perkahwinan Di Indonesia
*******
Semester 9 (11/12)
SYA 5702 Membahas Kitab Fiqh I
SPH 5803 Membahas Kitab Tafsir
SPH 5804 Muqaranah Mazhab Fil Jinayah
SPH 5805 Hukum Tata Negara
SPH 5806 Ilmu Falak
SPH 5809 Legal Drafting I
SPH 7804 Metode Penelitian Hukum
SPH 7806 Metode Ijtihad Kontemporer
SPH 7809 Legal Drafting II
*******
Semester 10 (12/13)
SYA 8701 KPM
SYA 8702 Skripsi
SYA 8703 Ujian Komprehensif
:: KIPSAS 2008/2011 ::
Semester 4 (09/10)
ASU 2012 Qawaidh Fiqhiyah
ASU 2022 Pengantar Fiqh Islam
ASU 2073 Usul Fiqh
ASU 2102 Siyasah Syar'iyyah
ASU 2142 Al-'arabiyyah li al-syariyyah 1
ASU 2202 Undang-Undang Jenayah Perbandingan
ASU 2222 Undang-Undang Keluarga Perbandingan
ASU 2262 Bahasa Inggeris 3
KIP 2031 Halaqah Usrah 3
*******
Semester 5 (10/11)
KIP 2041 Usrah II
ASU 2272 Bahasa Inggeris IV
ASU 2152 Al-Arabiyyah Li Al-Syar'iyah II
ASU 2083 Pentadbiran Harta Orang Islam
ASU 2232 Undang-Undang Syarikat & Perkongsian
ASU 2242 Undang-Undang Keterangan Perbandingan
ASU 2212 Undang-Undang Probet Perwarisan
ASU 2062 Fiqh Muamalat
*******
Semester 6 (10/11)
ASU2052 Ayat & Hadith Ahkam
ASU2282 English For Law
ASU2122 Kaunseling Islam & Guaman Syari'e
ASU2132 Undang-Undang Prosedur Mal & Jenayah
ASU2252 Undang-Undang Acara Sivil & Jenayah
ASU2093 Ulum Al-Quran & Ulum Hadith
ASU2984 Kertas Projek
~Bicara Zahidah~

"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."