Bismillah wa hamdan syukran liLLAH...
SUBHANALLAH... ALHAMDULILLAH... ALLAHUAKBAR..
ALLAH... ALLAH... ALLAH... Terasa seolah hidup semula setelah lama koma dalam pembaringan sedar. Sudah terlalu lama rasanya tidak melakar sesuatu di ruangan yang penuh bersejarah ini. Ya. Terlalu lama rasanya. Sehingga terlupa bagaimana cara mengendalikan ruangan yang pernah menjadi sahabat akrab ini. ALLAH. Segala puji bagi MU YA ALLAH yang telah menggerakkan hati dan jemari ini untuk membuka kembali ruangan yang pernah menjadi laman ilmu dan pengalaman ini. Seolah membuka bilik stor yang sudah lama tidak dijenguk. Sehingga lupa dimana letak kuncinya. Mujur mangga yang ada tidak berkarat. Mujur juga kunci yang ada masih ditemui. Kuasa ALLAH yang menggerakkan hati. ALLAHUAKBAR.
Hari ini 08-02-2020 dengan kuasa ALLAH yang menggerakkan hati dan jemari, dengan ilham dan ingatan, dapat 'sign-in' ke dalam blog ini. Terasa sebak seketika. Melihat ruangan blog ini seolah berada di alam yang lain. Seakan diri 'menjengah' ke suatu alam yang sukar untuk diluahkan. Ya. Auranya terasa. Mungkin kerana 'memori dan kenangan' yang ada padanya. Mungkin kerana saat berada dalam ruangan ini seolah menyelak kembali lipatan sejarah dan kenangan yang sudah bertahun berlalu. Ada lakaran bahagia dan juga duka. Ya. Itulah analogi yang sebenar. Hanya yang pernah berada dalam situasi begini yang mampu memahami.
Hajat ingin membuka blog baru kerana terlalu banyak kerja jika ingin 'renovate' ruangan ini tetapi aura yang ada pada blog ini terlalu dalam dan kuat pada saya. huhu. Biarlah. Mungkin kenangan boleh membuat kita muhasabah kembali agar tidak lupa siapa diri kita.
Selamat Kembali buat diri... Insya Allah setelah sekian lama, kita kembali berusaha melakar kalam dan meninggalkan tinta buat manfaat bersama. Amiin. Oh ya. Hari ini juga genap 2 bulan dari tarikh bersejarah saya sah menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki bernama suami.
"Mencari Makna Diri"
-Harum Kasturi-
-08-02-2020-