::Wahai Pemilik Ilmu::

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure she carries, or the way she combs her hairs. The beauty of a woman must be seen from her eyes. Because that is the doorway to her heart, The place where love resides. The beauty of a woman is not the facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is caring that she lovingly gives, The passion that she shows. The beauty of a woman, With passing years-only grows..."

Saturday, December 6, 2014

Saya, Makcik dan Jubah

MINTA MAAF, MAKCIK...


Segala puji bagi Allah SWT, Pemilik segalanya. Selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammad SAW, para sahabat dan ahlul bayt baginda, para tabi’in, tabi’ tabi’in dan umat muslim seluruhnya.

Setelah sekian lama jari memperlahankan hayunan langkah ketikan, meninggalkan teratak ilham saya ini kesepian, alhamdulillah rencah kehidupan masih memberi ilham agar saya tidak berhenti dari melakarkan sesuatu di atas kanvas karya yang mungkin tidak seindah mana. Namun semoga menjadi salah satu warna dalam lukisan kehidupan kita semua.

Kalam mulia saya mulakan dengan perkongsian sedikit rencah kehidupan manusia. Saya meyakini bahawa tiada yang lebih berharga melainkan mengambil ibrah dari setiap kejadian dan peristiwa yang kita lalui. Kisahnya bermula pada hari ini ketika saya mengikuti kakak dan abang ipar saya ke bazar Johor Bahru atau lebih dikenali sebagai bazaar JB. Sekadar untuk mencari beberapa barang keperluan dan menikmati angin malam sambil membawa anak buah melihat pohon-pohon yang dihiasi lampu-lampu berwarna warni seperti yang ada di ICT Shah Alam. Ketika saya dan kakak berjalan didalam ruangan bazaar JB yang boleh dikategorikan sebagai sesak dengan manusia, saya merasakan kaki saya dilanggar sesuatu dan pada masa yang sama kedengaran suara lelaki berkata “minta maaf, makcik”. Ketika saya menoleh kelihatan seorang lelaki sedang menyorong stroller bayi. Lalu saya berkata sambil sedikit tersenyum “tak pe, tak pe”. Pada saat itu juga saya melihat lelaki yang berusia dalam lingkungan awal 30an  itu agak terlopong dan sedikit cuak melihat saya yang telah dipanggilnya makcik. Dalam sekelip mata isteri lelaki tersebut menepuk bahu lelaki berkenaan dengan sedikit ketawa sambil berkata pada lelaki tersebut “mak cik? Kenapa panggil makcik?” dengan spontan lelaki tersebut terus ketawa. Saya yang sekadar tersenyum menahan tawa terus melihat kehadapan dan berlalu menuruti langkah kakak dan abang ipar saya.

Bagi yang pernah merasai situasi seperti di atas, mungkin ada yang marah, mungkin juga ada yang ketawa macam saya. Tapi yang pasti, mesti akan timbul persoalan. Apa yang menyebabkan lelaki tersebut dengan spontan memanggil saya makcik? Kenapa tak panggil kakak ke? Hurmm. Tahukah anda, ketika saya menceritakan peristiwa tersebut kepada kakak saya, kakak saya menyatakan bahawa itulah persepsi kebanyakan masyarakat. Orang yang memakai jubah dan tudung labuh adalah mereka mereka yang berstatus “makcik-makcik”. Maknanya hanya mereka yang bergelar “makcik-makcik” yang akan memakai jubah tidak ikut potongan tubuh seperti majoriti fesyen jubah zaman sekarang. Benarkah?

Setelah mendengar komen kakak saya yang dah agak lama menetap ditempat ini, saya merasakan saya telah menemui jawapan kepada persoalan “Apa yang menyebabkan lelaki tersebut dengan spontan memanggil saya makcik?” Jawapannya sebab tadi saya memakai jubah yang saaaangat longgar bersama tudung labuh. Lagi pula kami hanya menemukan seorang dua wanita lain yang memakai jubah sepanjang perjalanan mengembara bazaar JB yang sangat sesak dengan manusia ini. Tapi kelihatannya makcik-makcik pun dah tak pakai jubah. ^_^ Mungkin juga pada lelaki tersebut yang melihat dari arah belakang, saya ini kelihatan seperti seorang mak cik yang berusia 40-50 tahun. Oh tidak. Saya perlu jadikan ianya sebagai penelitian. Realiti berbusana muslimah.


Segalanya hanya mungkin. Namun, apa pun, diakhirnya saya tetap ketawa. “memang saya mak cik, sebab saya dah ada anak buah. Jadi memang title saya mak cik”. ^_____^


"Melangkah dan terus melangkah"

Followers

::Mutiara Hadith::

::Mutiara Hadith::
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)

~Bicara Zahidah~

~Bicara Zahidah~
"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...