SEBUAH PERKONGSIAN... Semoga ada Ibrah dan Hikmah yang mampu dikutip.
BismiLLAHI ar-Rahman ar-Rahim...
Dengan nama-Mu Ya ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji buat-Mu. Keagungan-Mu. Kebesaran-Mu. Selawat dan salam buat junjungan tercinta, Baginda RasuluLLAH, ahlul bait, para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in, para pejuang agama yang bertebaran dimuka Bumi yang masih tegar mempertahankan Islam.. Buat ma dan pa'. Guru-guru. Sesungguhnya tiada kata dan lafaz yang mampu menggambarkan kesyukuran atas nikmat yang ENGKAU berikan. Nikmat IMAN dan ISLAM.
Seiring berjalannya waktu, bertambahlah usia dan semakin hampirlah kita kepada destinasi yang dituju. Setiap perjalanan pasti ada destinasi. Perjalanan didunia adalah menuju akhirat. Ketika tiba ke pintu akhirat, maka berakhirlah perjalanan di dunia. Gerbang yang akan dilalui sebelum ke alam Akhirat di namakan Gerbang Kematian. Ya. Gerbang Kematian.
Kini, saya berada di salah satu Gerbang. Bukan Gerbang Kematian, tapi Gerbang Kehidupan. Kerana sebelum tiba di Gerbang Kematian, Gerbang Kehidupanlah antara Gerbang yang sangat hebat ujiannya. Catatan kehidupan ini menuliskan bahawa tamatlah perjalanan saya, seorang musafir Ilmu peringkat Diploma setelah 3 tahun berada di persinggahan bernama KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH, Kuantan, Pahang.
SEBUAH PERMULAAN -INDAHNYA UKHUWAH ITU
Mengenang kembali permulaan sewaktu menjejak bumi KIPSAS, memberi sejuta makna. Tanpa diiringi keluarga, saya melakukan segalanya bersendirian. Hanya doa keluarga dari bumi Bawah Bayu yang mengiringi. Namun, saya tidak akan mengeluh kerana Allah tidak pernah membiarkan hamba-Nya. Dipertemukan dengan adik2, yang sangat membantu. Sh. Nur Husna, Maslina, Farhana, Nur Izzati, Peija. Ya. adik2 inilah yang menjadi insan-insan pertama yang ALLAH kurniakan disepanjang musafir ilmu ini. Mengenali mereka membuka satu lagi pintu. Pintu Ukhuwah. Kepayahan berada di perantauan mengundang air mata. Sesungguhnya, satu purnama bukanlah satu masa yang panjang untuk memahami dan menghayati makna REDHA dan IKHLAS. Ia memerlukan perjalanan yang panjang. Namun DIA Masih Mengerti. Dihulurkan bantuan tanda Kasih Sayang-Nya. Pengorbanan kalian sangat besar maknanya buat kakak. Tidak pernah terlupa saat kunci bilik(D312) kakk tertinggal di dalam bilik, Izzati memanjat tingkap kecil yang tinggi sehingga 2 jarinya terluka berdarah terkena besi tajam. Peristiwa itu menjadikan kakk seorang yang peka terhadap kecederaan. Ya. Kesilapan kakk menggunakan tissue rupanya mengundang padah. Kesakitan. Maaf dan terima kasih buat kalian.
Lebih dari itu, kesetiaan kalian menemani kakk makan sehingga habis makanan itu ternyata membuat kakk lebih menghargai kebersamaan. Sehingga kakk menjadi kekok tanpa penasihat pemakanan.=) Teringat juga saat kepayahan semasa final exam semasa meduduki maddah Bahasa Arab. 3 insan yang sangat banyak membantu dalam kejayaan ini. Ustz Fauzi. Kata2 yg tidak pernah saya akan lupa. InshaALLAH. "Jangan biarkan kekurangan anda menjadi kelemahan. Jika kamu rajin berusaha, tidak mustahil dengan izin-Nya, kamu berjaya melanjutkan pelajaran di bumi Anbiya'." (Nyata benar. Ia hampir menjadi kenyataan) Pieja dan Izzati. Dua adik yg tidak jemu menemani dan membantu saya khasnya utk subjek BA. Syukran jiddan. Selain itu, ALLAH limpahkan lagi Rahmat-Nya. Dikurniakan lagi sahabat sefikrah yg sangat mengambil berat. Kak Pah, Kak Farah, Kak Asanah, Syirah, Anip. Syukran Jiddan. Tanpa bantuan kalian, mungkin agak sukar untuk saya melalui fasa pertama kehidupan seorang musafir ilmu dibumi Kuantan ini. Ya ALLAH, berkati dan rahmati insan2 ini. Insan yang pernah membantu perjalanan musafir Ilmu ini. Jaga dan peliharalah kami dalam nikmat IMAN dan ISLAM sehingga tiba di hari pertemuan dengan-Mu dan himpunkanlah kami bersama insan2 soleh. Amiiin.