::Ahlan Wa Sahlan::

::Wahai Pemilik Ilmu::

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, The figure she carries, or the way she combs her hairs. The beauty of a woman must be seen from her eyes. Because that is the doorway to her heart, The place where love resides. The beauty of a woman is not the facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is caring that she lovingly gives, The passion that she shows. The beauty of a woman, With passing years-only grows..."

Saturday, May 15, 2010

Hidup Sunyi Tanpa Dakwah

BismiLLAH wa hamdan shukran liLLAH...

Assalam'alaikum warahmatuLLAH...

Salam mujahadah. Agak kekok untuk menulis semula setelah lebih sebulan tidak menulis. Bukan ketandusan ilmu atau idea bahkan sentiasa memikirkan apa yang ingin dikongsi. Tidak mahu sekadar mengisi ruang dengan cerita-cerita harian tanpa diisi dengan pekongsian ilmu. Sekarang musim cuti, maka banyaklah program-program yang berjalan. Di tanah kelahiran yang sedang menanti, keluarga, sahabat bersama program-program pelajar sepanjang cuti. Program besar tentunya, Kem Remaja Islam (KRIS), program wajib setiap tahun yang diadakan setiap jun bersempena cuti persekolahan pelajar menengah yang biasanya menelan belanja ribuan ringgit dengan peserta yang pernah mencecah 450 orang pelajar seluruh Sabah itu amat menggamit hati untuk kembali berkhidmat di daerah sendiri. Beberapa hari lepas panggilan yang ana terima daripada seorang adik usrah semasa berada di medan PERPPIS suatu masa dulu amat menyentak hati. Maafkan kakak, itu jawapan atas semua pertanyaan yang diajukan. E-mail dari sekretariat MARSIS juga ana balas dengan jawapan maaf. Kenapa? jawapan yang sama buat semua yang bertanya, sebabnya biarlah hanya Allah yang tahu. =) Mungkin mengundang ketidakpuasan hati setengah pihak, ada yang persoalkan tanggungjawab ana sebagai dai'e dan ahli gerakan, tapi percayalah ana tidak pernah menyendiri apatah lagi untuk lari dari medan ini.

Benar, ramai yang terkejut jika mendengar jawapan "tidak" dari ana atas pertanyaan sama ada cuti 3 bulan semester ini akan balik atau tidak, termasuklah pensyarah dan staf kolej apatah lagi adik2 seperjuangan. Mak dan pa' mulanya agak terkejut namun amat memahami jiwa anak mereka yang 'agak degil' ini. Mak dan pa' sememangnya sudah bertanya lebih awal untuk menempah tiket buat ana, tapi yalah, anak mereka ini berjiwa pengembara, jadi hanya keizinan dan doa yang ana sangat perlukan dari keduanya.  Ya, sememangnya amat terkilan, cuti yang agak lama tidak dapat dikongsikan bersama keluarga, sahabat dan yang paling penting ilmu tidak dapat dikongsi bersama ratusan adik2 bakal perserta yang menanti.  Siapa kata hati ini tidak terkilan. Tapi ada hakikat yang adakalanya tidak mampu dikongsikan. Apa yang mampu dikongsikan, banyak sangat perancangan yang telah dirancang, tetapi rupanya jauh berbeza dengan percaturan ALLAH. Itulah bukti ana hanya hamba. Ana merancang, ALAH juga merancang, dan sesungguhnya ALLAH jualah sehebat-hebat Perancang. Siapapun kita, hatta seorang ahli geologi atau kaji cuaca, kita hanya mampu meramal esok akan hujan, panas atau ribut berdasarkan bukti-bukti awal, teori dan pengalaman. Tapi ALLAH berkuasa menurunkan atau menghalang hujan bahkan Dia juga mampu menghalang dari matahari memancarkan cahayanya. Kita tahu tanda-tanda kiamat, kita lihat dan rasa tanda-tanda akhir zaman ini tapi tiada siapa yang tahu bila Hari Kebangkitan itu akan tiba melainkan ALLAH jua. Kerana apa, kerana segalanya berlaku hanya dengan izinNya. Semua terjadi atas kehendakNya. Hanya setelah kalimah "Kun fa yakuun".

Tidak pernah dinafikan kebenarannya, sebagai seorang yang terlalu biasa bergerak aktif dengan program dakwah dan kemasyarakatan sejak sekolah menengah lagi, sangat kekok dan janggal untuk mengharungi hari-hari tanpa terlibat secara langsung dengan program2 dan majlis2 ilmu. Tawaran kakak sulung untuk menjadi tenaga pengajar sambilan di Johor pun terpaksa diketepikan. Bukan tidak mahu, tapi adakalanya ana perlu berkata "Tidak". Tidak bukan bermakna tidak mahu. Dalam bahasa arab, bukan Lan (tidak selamanya), tapi Lamma baad(sekarang tidak, tapi nanti ya). Tidak pernah ana nafikan kemuliaan menjadi pendidik kerana ana juga pernah manjadi seorang guru. Tapi tempoh itu hanya untuk 2 bulan, sedangkan apa yang sedang ana lakukan adalah untuk bulan2 dan tahun2 bahkan untuk sepanjang hidup ana akan datang. Ada satu jawapan yang mungkin akan sedikit memuaskan hati, ya, mungkin ini jawapan yang hampir tepat. "Ana sedang berada dalam satu ruang untuk mencari makna DIRI". Mencari kekuatan, membina kekuatan JIWA.
WaLLAHU 'ALAM.


*******************************************************************

 
Petikan dari sebuah buku karya penulis terkenal, Ust Hasrizal,
dalam 'Secangkir Teh Pengubat Letih':
Untuk diri ana dan anak-anak muda yang berjiwa da'i..
"carilah satu dunia asing, untuk kamu keluar dari diri kamu
yang sudah rapuh dan kering itu.
Basahkan kembali dengan bersunyi-sunyian dengan Allah,
samada ditikar sejadah atau hamparan yang bumi
dan alam yang tekun dengan zikrullah.
Carilah damai untuk diri sendiri,
khususnya buat anak muda berjiwa da'i,
yang sering hidupnya berfikir tentang orang lain
hingga lupa kepada perlunya diri dibelai damai oleh
minda, emosi dan spiritual yang kemas
antara diri dan Ilahi,
hanya kamu dan Dia,
hanya kita dan Allah..tiada yang ketiga"


 Petikan kata azimat dari seorang ahli Tarbiah, Allahyarham Ust. Rahmat Abdullah,
dalam sedutan filem Sang Murabbi;
Setiap Jiwa yang berggerak di Jalan Dakwah,
Seharusnya kembali kepada Allah dan Rasul.
Komitmen harus dibina di atas keaslian Islam itu sendiri.
Jangan otak cerdas, kognitif, maju dengan panah-panah,
TETAPI kosong hatinya,
menyebabkan sombong, bangga, angkuh terjadi.
Tidak lagi bangga dengan Islam,
Tidak lagi bangga dengan hasil2 Tarbiah.
TETAPI Bangga dengan hasil kemajuan dan kecerdasan.
Dan menjadi bertambah 'dungu', sombong;
Dengan mentaklid cara2 orang lain padahal belum tentu benar..."


************************************************************

 
"Mujahidah Solehah; Gagah pada Mujahadah,
Haraki pada Jiwa Da'i
 Sufi pada kezuhudan Dunia...
Pada Zahirnya Sempurna,
Hakikatnya;
Jasad, Jiwa Dan Cintanya Hanya Pada ALLAH"


**************************************************************

...Hidup sunyi tanpa Dakwah
tetapi
Hati lebih sunyi tanpa cinta Allah...


Sunday, May 9, 2010

AZIMAT IBUNDA

Langit kirmizi menghantar dirimu
Menuju jalan pulang
Hari hari indah bersamamu
Bertabur di tanah kenangan


Wajah berona simpati kau tatapi
Buat kali terakhir
Sedih dan sayu dari kamar atma
Mengundang airmata


Hanya rindu dan doa buatmu
Semoga kau tenang dan bahgia
Agar syurga menjadi milikmu
Bukan hanya di telapak kakimu


Menumpang di segenap ruang
Yang ada di lubuk perkasihan
Begitu indah setiap detik didalam rahimmu
Sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
Keperitan itu kau rasa indah demi anakmu


Setitis airmata ibu yang gugur kerana kesedihan
Segaris luka di hati ibu kerana kederhakaan
Tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
Azimat ini kutanam di lubuk hati yang dalam


Di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
Bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
Tiada yang terindah di dunia dapat mengganti hilangmu
Pilihan yang terbaik takkan dapat mengisi relung hatiku

Followers

::Mutiara Hadith::

::Mutiara Hadith::
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang ansar telah datang mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sesungguhya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu," sambil Baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan". (H.R Tirmidzi)

::IAIN AR-RANIRY (2011/2013)::

Semester 7 (11/12)
INU 1001 Pendidikan Kewarganegaraan

INU 1004 Bahasa Indonesia

INU 3002 Ilmu Budaya Dasar

INK 3004 Matematika Dasar

INK 3007 Hadis

SYA 1009 Ilmu Hukum

SPH 3009 Asbab Ikhtilaf Al-Fuqaha

SPH 3010 Sosiologi Hukum

SPH 3011 Hukum Islam Di Indonesia
*******
Semester Pendek (10/11)
SYA 7701 Filsafat Hukum Islam

SYA 7702 Praktikum

SYA 7703 Membahas Kitab Fiqh II
*******

Semester 8 (11/12)

SYA 2007 Hukum Adat

SYA 4701 Ushul Fiqh II

SYA 4702 Hukum Islam Dan Masyarakat

SPH 4708 Ushul Fiqh Muqaranah I

SMI 4709 Epistomologi Perundang-Undangan I

SYA 6701 Ushul Fiqh III

SPH 6805 Epistomologi Perundang-Undangan II

SPH 6806 Ushul Fiqh Muqaranah II

SPH 6807 Syari’at Islam Di Aceh

SPH 6808 Takhrij Hadis

SPH 6809 Hukum Perkahwinan Di Indonesia

*******

Semester 9 (11/12)

SYA 5702 Membahas Kitab Fiqh I

SPH 5803 Membahas Kitab Tafsir

SPH 5804 Muqaranah Mazhab Fil Jinayah

SPH 5805 Hukum Tata Negara

SPH 5806 Ilmu Falak

SPH 5809 Legal Drafting I

SPH 7804 Metode Penelitian Hukum

SPH 7806 Metode Ijtihad Kontemporer

SPH 7809 Legal Drafting II

*******

Semester 10 (12/13)

SYA 8701 KPM

SYA 8702 Skripsi

SYA 8703 Ujian Komprehensif

:: KIPSAS 2008/2011 ::

Semester 4 (09/10)

ASU 2012 Qawaidh Fiqhiyah

ASU 2022 Pengantar Fiqh Islam

ASU 2073 Usul Fiqh

ASU 2102 Siyasah Syar'iyyah

ASU 2142 Al-'arabiyyah li al-syariyyah 1

ASU 2202 Undang-Undang Jenayah Perbandingan

ASU 2222 Undang-Undang Keluarga Perbandingan

ASU 2262 Bahasa Inggeris 3

KIP 2031 Halaqah Usrah 3
*******

Semester 5 (10/11)

KIP 2041 Usrah II

ASU 2272 Bahasa Inggeris IV

ASU 2152 Al-Arabiyyah Li Al-Syar'iyah II

ASU 2083 Pentadbiran Harta Orang Islam

ASU 2232 Undang-Undang Syarikat & Perkongsian

ASU 2242 Undang-Undang Keterangan Perbandingan

ASU 2212 Undang-Undang Probet Perwarisan

ASU 2062 Fiqh Muamalat
*******

Semester 6 (10/11)

ASU2052 Ayat & Hadith Ahkam

ASU2282 English For Law

ASU2122 Kaunseling Islam & Guaman Syari'e

ASU2132 Undang-Undang Prosedur Mal & Jenayah

ASU2252 Undang-Undang Acara Sivil & Jenayah

ASU2093 Ulum Al-Quran & Ulum Hadith

ASU2984 Kertas Projek

~Bicara Zahidah~

~Bicara Zahidah~
"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...